Jumaat, 26 Februari 2010

In The Name of Allah

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Alhamdulillah, akhirnya, pada tanggal 12 Rabiulawal 1431, terciptalah sebuah blog baru yang dimiliki seorang insan bernama Jazmi.

Insya-Allah, post akan ditambah pada masa yang akan datang. Untuk makluman, Jazmi turut memiliki 2 lagi blog yang dicipta sebelum blog ini wujud. Sesiapa yang mahu lihat pergi ke link berikut:
http://jimie1402.wordpress.com/
http://jimie-92.blog.friendster.com/


Sekian, wassalam. =)

Rabu, 3 Februari 2010

PANDUAN MENGISI E-BORANG UPU FASA 2

PANDUAN MENGISI E-BORANG UPU FASA 2 (Sesi 2010/2011)

*Dipetik daripada blog jimie1402.wordpress.com

  1. Pertama sekali, buka pelayar web (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera dll.) dan masuk ke laman web ini : http://upu.mohe.gov.my/

Anda akan melihat page seperti di bawah:

2. Anda boleh menekan ‘Masuk’ tetapi sebaiknya tekan perkataan ‘Lepasan SPM / Setaraf (FASA 2)’. Sekiranya anda menekan Masuk, tekan link yang tertulis ‘Permohonan Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2010/2011’. Page seperti di bawah akan terpapar selepas anda menekan perkataan tersebut.

3. Isi maklumat seperti yang diminta. Perhatian pada No. Unik ID adalah seperti yang tertera pada slip bayaran BSN. Jika anda tidak tahu nombor mana satu yang perlu dirujuk, tekan ‘Contoh Slip BSN’ di sebelah ruangan mengisi no unik ID.

Juga dimaklumkan bahawa kata laluan adalah yang anda reka sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengingatinya. Untuk Kategori Permohonan, Kategori A bagi Lepasan SPM 2009 / setaraf. Untuk kategori lain, sila rujuk dengan menekan link Info Kategori. Setelah habis mengisinya, tekan butang ‘MASUK > >’.

~~~PERHATIAN! Hanya ruangan yang mempunyai bintang merah(*) sahaja wajib diisi. Ruangan lain ditinggalkan kosong pun tak apa~~~

4. Kemudian, page ini akan muncul.

Semua maklumat pada bahagian ini telah diisi sewaktu Fasa 1. Jadi, anda hanya perlu semak dan tekan butang ‘Langkah Seterusnya > >’.

Begitulah juga pada halaman-halaman berikutnya sehingga anda berada pada Laman 4/8 seperti di bawah:

5. Untuk pengetahuan anda (kalau saya tak silap), ruangan Keterangan Kejohanan baru sahaja ditambah. Jadi, sesiapa yang berkaitan, silalah isi mengikut yang dikehendaki. Semak sebetulnya terutamanya markah PLKN dan Markah Bonus. Klik ‘Langkah Seterusnya’ setelah siap menyemak.

6. Laman berikut akan terpapar pada Laman 5/8

Sila isi Pilihan Program Pengajian Megikut Keutamaan berdasarkan kehendak anda mengikut urutan. Sekiranya anda tidak tahu maksud kod dsb, sila rujuk pada laman web ini :

https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

Tekan ‘Langkah Seterusnya’ setelah mengisi nombor 26 hingga 31.

7. Kemudian, halaman semakan akan keluar seperti di bawah. Sila semak maklumat anda. Sekiranya terdapat kesalahan, tekan butang ‘PEMBETULAN’ di hujung setiap kategori. Sekiranya tiada apa-apa kesalahan, tekan butang ‘Sah & Hantar > >’. Pastikan anda tekan kotak di sebelah perkataan Peringatan dan Perakuan Pemohon sebagai tanda anda bersetuju.

8. Kemudian, halaman terakhir muncul dan menyatakan bahawa permohonan anda telah diterima oleh sistem. Anda dinasihatkan save halaman tersebut sebagai rujukan pada masa akan datang.

Selesailah sudah proses pendaftaran UPU Fasa 2. Diharapkan info ini sedikit sebanyak membantu sesiapa yang memerlukan. ;-)

Sekian, wassalam.

~~~PERHATIAN! Tarikh akhir pengisian e-borang UPU Fasa 2 adalah pada 30 Mac 2010. Harap maklum~~~