Khamis, 30 Januari 2014

7 Perkara Tentang Facebook Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang saya ber-Facebook, saya dapati beberapa perkara yang kebanyakan pemilik akaun Facebook tidak tahu. Jadi, saya senaraikan tujuh perkara atau tips yang utama.

1.      Edit dan Delete Post

Yang ni memang common.
Mula-mula buat status “bila sepak Malaysia best!”.
Kemudian kawan komen, “gila ka apa? Kalau tak suka Malaysia keluarlah pergi negara lain!”
Mula rasa pelik dan tiba-tiba baru perasan tersilap tulis (typo).
Pastu komen dengan tanda asterisk (bintang *), “ *bola. Typo la weh. Siri. Haha.”

Sebenarnya anda boleh delete terus post itu atau anda juga boleh edit!
Cuma pergi ke bucu kanan atas post anda itu dan akan keluar caret (simbol ^) terbalik. Tekan situ dan pilih ‘Edit...’ atau ‘Delete...’.
Siap!

Kalau tak faham boleh tengok gambar kat bawah ni.


Sila ambil maklum bahawa bukan sahaja post dan status sahaja yang boleh diedit, malah gambar (description), link atau apa-apa sahaja yang anda kongsikan boleh diedit.



2.      Edit dan Delete Komen

(sambungan dialog kat atas)
Kawan balas komen, “Haha, ok2. Apa benda Siri?”
Baru perasan tersilap komen lah pulak. Nak tulis Sori tertulis Siri.

Jangan risau, boleh edit dan delete jugak komen itu.
Pergi komen yang nak diubah tu. Kat bucu kanan komen tu akan keluar ikon pensel sambil keluar penyataan ‘Edit or Delete’. Tekan situ dan pilih sama ada nak edit atau delete.


Lepas siap (kalau edit), tekan Enter.

3.      Masalah Attachment Unavailable

Anda mungkin pernah (atau selalu) dapat masalah ni.
Attachment UnavailableThis attachment may have been removed or the person who shared it may not have permission to share it with you.

Sebenarnya punca masalah ni ialah kerana tukang post membuat tetapan (settings) untuk privacy pada post itu sebagai ‘Friends’ atau ‘Only Me’ atau ‘Custom’. Dalam erti kata lain, tetapan tersebut perlulah diset sebagai ‘Public’, maka barulah orang yang lain (terutamanya yang tidak menjadi kawan Facebook tukang post itu) boleh tengok benda yang dipost.

Jadi, waktu post tu, sila setting siap-siap kepada public (lihat gambar) kalau nak sebarkan pada orang ramai macam promosi tudung Raihana ke, maklumat tentang banjir kat kawasan anda ke dan sebagainya.


Kalau dah post macam mana?
Jangan risau, masih boleh diubah setting tersebut.
Pergi ke post yang nak ubah setting privacy tu. Kat tepi masa post (e.g. 1 hour ago atau 7 minutes ago) ada simbol kan? Kalau mula2 setting friends, akan ada ikon orang. Kalau custom, akan ada ikon gear. Kalau public akan ada ikon bumi.
Tekan ikon tu, dan ubahlah setting kepada yang anda mahu.




4.      ‘Other’ Inbox

Haa, yang ni antara yang tersembunyi jugak la. Saya pun dapat tahu beberapa bulan lepas. Memang agak menyusahkan jugak la. Banyak benda terlepas.

‘Other’ inbox ni, macam Facebook inbox (messages) yang biasa, Cuma diberi nama ‘Other’. Dalam inbox ni, mana-mana mesej daripada orang yang kita tak friend (kat Facebook) akan masuk.
Contohnya mesej daripada Facebook page ‘Tekad Kukuh atau mesej daripada Joyah Spangler (bukan kawan kat Facebook).

Kat mana nak tengok ‘Other’ Inbox ni?
Tekan kat simbol mesej sebelah notification tu, sebelah perkataan Inbox tu ada perkataan Other kan? Haa, tekanlah.


Atau boleh tekan ‘See All’ (atau pergi sini) dan cari perkataan Other kat sebelah Inbox tu.



5.      Hentikan notification sesuatu post (Unfollow post)

Kalau anda ada komen kat sesuatu post atau ada orang tag anda di post tersebut, maka secara automatiknya anda akan mendapat notifications bagi post tersebut. Dalam erti kata lain, kalau ada orang selepas anda memberi komen, maka anda akan mendapat notification post tersebut.

Mungkin post berkenaan berita buruk yang menimpa seseorang, anda cuma nak beri simpati dengan ucapan takziah, tetapi selepas itu, ramai jugak yang memberi ucapan takziah. Anda rimas apabila mendapat banyak-banyak notification, jadi macam mana nak hentikan?

Anda bolehlah ‘unfollow post’ tersebut. Pada rekabentuk Facebook yang lama, perkataan ‘unfollow post’ terletak di sebelah Like ∙ Comment ∙


Tetapi sekiranya Facebook anda telah dinaiktaraf ke rekabentuk baru, perkataan ‘unfollow post’ telah digantikan dengan perkataan 'stop notifications'. Jadi langkah-langkahnya sama sahaja seperti dulu.


Sesetengah post, perkataan 'stop notifications' ni tiada. Jadi macam mana?
Haa, anda boleh buka post yang anda nak unfollow tu, kemudian pergi ke bucu kanan atas. Akan muncul simbol karet (simbol ^) terbalik (macam kat atas tadi), dan tekanlah simbol itu. Akan keluar menu panjang-panjang, dan anda hanya perlu memilih ‘Stop Notifications’. Ok? J



Nota tambahan: Gambar juga boleh di-unfollow.



6.      Hide post yang tidak mahu dilihat di news feed (Facebook homepage)

Untuk pengetahuan anda semua, sekiranya ada post di newsfeed (home) anda yang anda tak suka dan tak nak tengok dah (benci tahap tinggi langit kelapan), anda boleh hide post tersebut (remove terus dari newsfeed anda).

Caranya seperti biasa, pergi ke bucu kanan atas post yang anda nak hide daripada newsfeed anda dan tekan simbol karet terbalik tu. Kemudian pilih ‘I don’t want to see this’.


Tadaa! Dah hilang!
(Tapi tak hilang habis-habis. Dia keluar macam gambar kat bawah)


7.      Edit thumbnail dan caption link

Apabila anda nak share sesuatu link (anda paste alamat link itu pada status/post anda), akan keluar preview link tersebut (seperti gambar di bawah).



Perasan tak ayat panjang-panjang bawah tajuk tu? Ala, yang tulis “Facebook is a social utility that connects people with friends and bla bla bla...”.


Sebenarnya ayat tu kita boleh edit. Macam mana? Tekan kat ayat berjela-jela tu. Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni.




Haa, kan best. Lagi satu, kalau tak nak ada apa-apa gambar thumbnail kat sebelah tu, boleh la tick ‘No Thumbnail’.




Jadi itulah dia 7 perkara yang mungkin anda baru sahaja tahu. Tujuan untuk ambil tahu adalah untuk memudahkan dan memperkasakan lagi dalam bermain penggunaan Facebook. Semoga digunakan untuk tujuan yang baik.

Sekian.

Sabtu, 18 Januari 2014

Siapa Yang Lalai?

Assalamualaikum wbt.

Beberapa minggu lepas, saya telah pergi bersolat Jumaat di sebuah masjid. Khutbah hari tersebut berkisarkan tahun baru masihi kalau tak silap.

Keadaan di masjid hari ni biasa saja, seperti hari-hari Jumaat yang lain. Ada yang fokus kepada khatib, ada yang mengangguk-angguk sambil membelai janggut, ada yang memandang ke lantai dan ada yang berada di alam lain (tidur).

Seperti biasa, selepas selesai dua khutbah, tibalah masanya untuk solat Jumaat berjemaah. Muazzin melaungkan iqamah. Semua hadirin berdiri dan bergerak masuk ke dalam saf. Aku turut berdiri dan menuju ke hadapan seterusnya masuk ke dalam saf.

Sedang aku melangkah, tiba-tiba aku terperasan dua susuk tubuh yang masih duduk bersila dan sedang tunduk ke bawah. Ketika ramai orang bergerak melintasi mereka, mereka masih tidak bergerak dan tidak berganjak. Ada yang bertembung dengan dua orang ni, kemudian mengelak dan terus bergerak ke hadapan.


Sepatutnya sekali atau dua kali pandang, pasti ramai sudah tahu yang mereka ini sebenarnya tertidur ketika khutbah tadi dan masih belum sedar. Tetapi, kenapa seperti semua tidak pedulikan mereka? Kenapa tiada yang membantu mereka untuk kembali ke alam nyata dan seterusnya bersama-sama bersolat jemaah? Adakah pandangan orang lain 'terhijab' sebenarnya?

Mungkin. Mungkin pandangan mereka pada dua makhluk ni terhijab. Mungkin mereka berada di kawasan 'blind spot' mata orang lain. Tetapi tidak bagi aku. Aku nampak mereka dengan jelas. Maka aku yang perlu membantu mereka ini.

Aku melangkah ke arah mereka sambil merentas arus manusia yang bergerak pantas ke hadapan. Dan aku pegang badan salah seorang daripada mereka dan menggoncangkan badan mereka untuk menyedarkan mereka. "Solat," kataku. Kemudian aku tinggalkan mereka dan melangkah ke hadapan. Rasanya masa yang diambil untuk tindakan aku ni tak sampai 5 saat pun.

Selepas solat, aku terfikir. Mereka yang tertidur sewaktu khutbah ni boleh dikategorikan sebagai orang yang terlalai. Mungkin kepenatan bekerja. Mungkin semalam tidur lambat kerana study, atau bertahajud. Mungkin.

Tetapi apa yang lebih penting, bagaimanakah sebenarnya sikap kita terhadap mereka yang terlalai ini? Mereka yang terlalai dalam kehidupan? Yang hanyut dalam lumpur dosa? Adakah kita akan terus bergerak ke hadapan dan tinggalkan sahaja mereka yang lalai ini? Perlukah kita membutakan mata kita sahaja? Adakah kita perlu lalaikan sahaja mereka yang lalai ini?

Atau kita perlu kejutkan mereka yang lalai ini dan membantu mereka bergerak ke hadapan dan seterusnya membentuk satu saf yang utuh?

Perlu muhasabah semula bagaimana kita melayan mereka yang terlalai dalam hidup ini.