Assalamualaikum wbt.
Baru-baru ni, saya ada menggunakan Liquid Paper (tak tahulah apa istilah
dalam Bahasa Melayu), dan waktu tengah tunggu kering tu, tangan saya terkena
liquid paper yang belum kering tu.
Saya pun jadi risau lah sebab tak solat lagi waktu tu. Nanti wuduk tak sah
pulak kan. Plus, annoying benda tu melekat kat tangan. Jadi macam mana nak
hilangkan?
Saya pun buatlah sedikit kajian ilmiah. Saya buka laman web produk pelopor (dan
pencipta) liquid paper ni bernama... Liquid Paper lah (di bawah syarikat
bernama Newell Rubbermaid), dan ada soalan berkaitan di bahagian FAQ dia.
Soalan:
Apa yang saya buat jika saya Liquid Paper terkena dan terlekat pada kulit
saya?
Jawapan:
Jika anda secara tidak sengaja terkena Liquid Paper pada kulit anda, gunakan
minyak bayi (baby oil), minyak
sayuran (vegetable oil) atau minyak
mineral (mineral oil), diikuti dengan
sabun dan air untuk menghilangkannya.
Jadi, selepas baca maklumat ni, saya pun cuba lah. Saya ambil minyak
Bio-oil saya, letakkan kat tempat yang terkena liquid paper itu, dan
gosok-gosok. Memang berkesan! Dan kemudian saya basuh dengan sabun untuk
hilangkan minyak yang dipakai tadi.
Cubalah sendiri.
Untuk info-info lain berkaitan Liquid Paper, bolehlah berkunjung ke laman
web mereka: http://www.liquidpaper.com
Sekian.
p.s: Cara yang betul untuk menyimpan pen Liquid Paper anda adalah dengan
hujung pen (tip pen) menghadap ke atas. J