Anda mungkin juga meminati : |
---|
- IIUM Kuantan : Taaruf Week - Sekitar Kuantan - Mahallah At-Tabari |
Assalamualaikum wbt.
Buat kali kedua, entri tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditulis selepas pos Asasi UIAM. Kali ini saya bawakan pula tentang UIAM Kampus Kuantan, ringkasnya UIAMK atau UIA Kuantan.
Insya-Allah saya cuba update post ini dari semasa ke semasa dengan penambahan gambar, atau apa-apa tentang IIUM Kuantan yang terlintas di fikiran.
***Blogpost akan datang (insya-Allah) : Bachelor in Biotechnology (BSBT), Food
Artikel yang telah siap : Taaruf Week, Sekitar Kuantan
Artikel yang telah siap : Taaruf Week, Sekitar Kuantan
LOKASI
UIAM Kampus Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota, kira-kira 7km dari
Bandar Kuantan. Berhampiran juga dengan Jalan Pintasan Kuantan.
Bagi yang mahu kunjungi Kuantan dari Zon Tengah (Negeri Sembilan, Selangor,
KL & Perak Selatan), boleh menggunakan Lebuhraya Karak yang menghubungkan
Gombak-Karak dan seterusnya terus bersambung dengan Lebuhraya Pantai Timur yang
menghubungkan Karak-Jabor. Untuk memasuki Bandar Kuantan, boleh lalui simpang
keluar lebuhraya sama ada persimpangan Gambang atau Kuantan.
Jika anda dari Zon Utara (Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah & Perlis)
pula, anda juga boleh menggunakan Lebuhraya Karak, tetapi rasanya lebih dekat
sekiranya menggunakan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik (Perak)-Jeli
(Kelantan). Seterusnya ikut Machang, kemudian ikut Jertih atau Setiu, kemudian masuk
ke Kuala Terengganu, kemudian boleh ikut Besut atau Dungun-Kemaman (jalan
pantai) dan akhirnya sampai Kuantan. Begitu juga yang dari Kelantan dan
Terengganu, boleh ikut Besut atau Kemaman.
Bagi yang dari Perak Tengah dan Zon Utara juga boleh menggunakan Lebuhraya
Utara Selatan (PLUS) dan lalui persimpangan keluar Serendah, Batang Kali &
Genting Highland, dan kemudiannya menuju ke Lebuhraya Karak.
Sekiranya dari Selatan Tanah Air (Johor, Melaka & Selatan Pahang) boleh
menggunakan Jalan Pesisir (JB-Kuantan). Dari Melaka dan Barat Laut Johor boleh
masuk melalui persimpangan Tangkak berhampiran Jasin yang menghubungkan ke
Segamat, kemudian Muadzam Shah dan seterusnya ke Kuantan. Tapi jalan ni
selalunya banyak lori dan bas yang lalu. Orang Nogori dan Melaka juga boleh
ikut Serting, kemudian ke Temerloh atau Maran dan masuk ke Lebuhraya Pantai
Timur.
Bagi orang Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) seperti biasa sebolehnya
menaiki kapal terbang. Ada Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di pinggir
bandar Kuantan. Kalau penerbangan terus ke Kuantan saya tak pasti ada, tetapi
dari Kuala Lumpur memang ada.
Kalau pening lagi boleh tanya saudara-mara dan rakan-rakan yang pernah ke
Pantai Timur. Tak pun guna GPS. Kalau tak sekaya mana nak ada GPS, boleh buka Google
Maps atau Google Search. Banyak info di forum-forum dan sesetengah laman web.
Satu laman web yang saya cadangkan : http://pelancongan-terengganu.blogspot.com/2010/10/panduan-perjalanan-ke_16.html
; tetapi laman web ni sampaikan maklumat kalau nak ke Kuala Terengganu, tapi
Kuantan dengan Kuala Terengganu ni berjiran.
INFRASTRUKTUR
Setiap kulliyyah atau fakulti ada bangunan masing-masing kecuali Kulliyyah Kejururawatan
atau Kulliyyah of Nursing (KON) yang
bergabung dengan Kulliyyah of Medicine.
Semua ada lima bangunan kulliyyah iaitu Kulliyyah
of Medicine (KOM), Kulliyyah of
Dentistry (KOD), Kulliyyah of
Pharmacy (KOP), Kulliyyah of Allied
Health Sciences (KAHS) dan Kulliyyah
of Science (KOS).
Kulliyyah of Medicine |
Kulliyyah of Dentistry (credit to Flickr Hive Mind) |
Kulliyyah of Pharmacy (credit to IIUMRx6th) |
Kulliyyah of Science (credit to nuryfah02) |
Kulliyyah of Allied Health Sciences (credit to najwahamali) |
KOM merupakan titik tengah kampus kerana dahulu di sini letaknya semua pejabat pentadbiran selain masjid lama (kini surau KOM), kafe, kiosk, koperasi UIAM, mesin ATM, pejabat pos, dewan peperiksaan dan banyak lagi. Kini pejabat pentadbiran telah berpindah tetapi kemudahan-kemudahan yang ditulis sebelum ini masih lagi wujud di situ.
Selain itu juga, ada bangunan-bangunan pentadbiran iaitu Office of Campus Director (OCD), One Stop Student Centre (OSC) dan pejabat Security
Management. Bangunan Fasiliti pelajar juga ada iaitu Centre Facilities Brother (CF Bro) dan Centre Facilities Sister (CF Sis). Juga ada sebuah bangunan 3 tingkat iaitu IIUM Kuantan Library.
Office of Campus Director (OCD) dari pandangan belakang |
Pandangan Luar IIUM Kuantan Library
(credit to nuha) |
Suasana di dalam IIUM Kuantan Library |
Di dalam Perpustakaan UIA Kuantan |
UIAM Kuantan juga mempunyai Kompleks Sukan atau Sport Complex. Pelbagai kemudahan disediakan di sana termasuklah
kolam renang, dewan gelanggang utama (untuk futsal dan bola keranjang
selalunya), bilik permainan dalam dewan (indoor games) untuk chess dan karom,
surau, bilik persalinan, gelanggang tenis, gelanggang luar bola keranjang, dan
yang paling utama tentunya stadium bola sepak yang turut mempunyai trek larian
bersaiz standard. Kawasan bersukan juga wujud di hadapan KOM, selalunya
digunakan pelajar perempuan.
Sebuah masjid di dalam kampus juga baru sahaja disiapkan dan dirasmikan
oleh Sultan Pahang. Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Sultan Ahmad Shah
dibuka setiap kali solat lima waktu dan dibuka kepada umum untuk solat Jumaat.
Terdapat dua buah mahallah yang terletak di dalam kawasan kampus iaitu
Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah. Setiap mahallah mempunyai beberapa blok.
Sehingga sesi 2011/2012, kedua-dua mahallah ini diduduki oleh pelajar perempuan
sahaja.
UIA Kuantan juga mempunyai beberapa infrastruktur di luar kawasan kampus.
Salah satunya ialah Kampus Jalan Hospital iaitu tempat khas untuk kegunaan
pelajar perubatan dan kejururawatan, serta wujud perpustakaan di kampus tersebut.
Kolam renang di Sport Complex |
Pintu masuk ke kolam renang |
Gelanggang skuasy |
Gelanggang Dalam Dewan Utama |
Stadium IIUM Kuantan |
Gelanggang tenis |
Masjid Sultan Ahmad Shah a.k.a Masjid IIUM Kuantan (credit to Flickr Hive Mind) |
Suasana di dalam masjid IIUM Kuantan |
Mahallah Maimunah |
Jalan Hospital Campus, IIUM Kuantan |
Selain itu, Mahallah Tabari di Indera Mahkota 7 (IM7) berhadapan dengan
Kompleks Dagangan Mahkota (KDM). Mahallah ini mempunyai 4 buah blok, 2 buah
blok diduduki pelajar lelaki (Tab 1 & Tab 2) dan lagi 2 buah blok diduduki
pelajar perempuan (Tab 3 & Tab 4). Setiap blok setinggi 3 tingkat (termasuk
tingkat bawah). Tab 1 adalah tempat tumpuan kerana wujudnya kafe, kiosk, surau
dan pejabat mahallah (Mahallah Office/MO) di tingkat bawah blok.
Terdapat sebuah lagi mahallah di Indera Mahkota 2 (IM2) yang (baru-baru ini
diletakkan sekali di bawah mahallah Tabari, sebelum ini diletakkan di bawah
nama Talhah) dinamakan sebagai T6 & T7. Setiap blok setinggi 2 tingkat
sahaja. Dua blok ini diduduki sepenuhnya oleh pelajar lelaki.
Mahallah At-Tabari, IM7 |
PEMBANGUNAN
Bandar Indera Mahkota dan kawasan Indera Mahkota (IM) yang lain juga
kebanyakannya sedang dalam proses pembangunan yang pesat. Jadi masih banyak
kemudahan yang tidak lengkap atau tak wujud.
Di dalam kampus UIAM Kuantan, bangunan utama mahallah sedang dalam proses
pembinaan. Terletak berhadapan dengan KOS, bangunan ini mampu menempatkan
kesemua pelajar UIAM Kuantan setelah siap kelak dan penuh dengan pelbagai
kemudahan.
Selain itu, di pintu masuk lama bersebelahan dengan masjid dan mahallah
Maimunah, juga sedang pesat dibangunkan hospital UIAM yang bakal berfungsi sama
seperti hospital universiti yang lain, contohnya HUKM dan Hospital Universiti
(UM). Dijangkakan pelajar kemasukan 2012/2013 akan menjadi penggerak pertama
hospital berkenaan.
PENGANGKUTAN
Kampus UIA Kuantan memang besar. Anda akan kepenatan yang sepenat-penatnya
sekiranya hanya berjalan kaki mengelilingi kampus. Oleh itu, pihak UIA Kuantan
ada sediakan bas henti-henti yang beroperasi sekitar kampus setiap hari kecuali
cuti hujung minggu dan cuti am. Bas ini akan melalui beberapa kulliyyah. Selain
itu, ada juga bas dari mahallah luar seperti mahallah Tabari dan T7/T8.
Namun, kebanyakan pelajar lebih memilih untuk memiliki kenderaan sendiri
seperti motor dan kereta kerana lebih memudahkan perjalanan ke mana-mana sahaja,
ke kelas mahupun ke bandar. Ada juga yang memiliki basikal yang boleh digunakan
juga ketika riadah.
Namun sekiranya mahu masuk ke kawasan UIA Kuantan, sticker kenderaan perlu
dimiliki dan ditampal pada kenderaan. Bagi Mahallah Talhah, Maimunah dan Tabari,
sticker yang dikeluarkan ketika ini sangat terhad (kereta terutamanya) kerana
kekurangan kawasan tempat letak kenderaan. Pelajar senior (3rd
year ke atas) diberikan keutamaan.
Tetapi mahallah di IM2 mudah sahaja untuk dapatkan kelulusan.
Bagi yang nak menaiki bas antarabandar atau bas henti-henti ke bandar, agak
susah untuk menaikinya di hadapan UIA Kuantan kerana tak banyak bas yang lalu.
Kadang-kadang ada pelajar yang berjalan lebih 1 kilometer untuk ke jalan besar
utama ke bandar dan menunggu bas di situ. Jadi memiliki kenderaan sendiri amat
digalakkan (oleh saya).
INTERNATIONALIZATION
Satu perkataan yang agak serasi dengan UIAM iaitu internationalization atau
pengantarabangsaan. UIA Kuantan juga dihuni pelajar dan staf dari seluruh dunia
selain warganegara Malaysia. Banyak juga pensyarah yang bukan rakyat Malaysia.
Jadi bahasa utama tentunya Bahasa Inggeris. Ada juga pensyarah dan staf bukan
beragama Islam.
Ketika khutbah Jumaat, dibacakan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris untuk khutbah utama selain bahasa Arab untuk bacaan lazim.
Perkara yang sama dipraktikkan di masjid UIAM Gombak. Selalunya, khatib yang
bertugas merupakan pensyarah atau staf UIA Kuantan sendiri dari pelbagai
kulliyyah. Ini menunjukkan kekuatan UIA itu sendiri yang mampu menyediakan
insan untuk duniawi dan ukhrawi.
Walaupun tidak semeriah UIA Gombak (lebih internationalize), tetapi bagi
pelajar yang baru nak memasuki UIA Kuantan, diharapkan bersedia untuk
menghadapi pelajar, pensyarah dan staf yang berbeza budaya, adat dan
kepercayaan.
LAGU RASMI IIUM
Atas cadangan rakan saya, AhTaw, saya sertakan sekali lagu rasmi IIUM. Bolehlah cuba-cuba nak berlatih menyanyi, nanti waktu Taaruf Week kena dera menyanyi lagu ni. :P
Info tambahan, lagu ni sama saja sama ada IIUM Gombak atau Kuantan. Jadi jangan nak tanya lagu UIA Gombak macam mana.
Untuk lirik lagu yang bertajuk Leading The Way ini, boleh berkunjung ke sini :
http://www.iium.edu.my/medicine/resource-centre/downloads/iium-song
Boleh download lagu ni (dalam format mp3) di sini :
http://staff.iium.edu.my/abdmubin/iiumedic/01-iiumsong.mp3
KESIMPULAN
Anda sebenarnya tidak akan tahu setahu-tahunya tentang IIUM Kuantan sebelum
menjejakkan kaki ke sini. Apa yang dapat saya berikan hanyalah gambaran secara umum. Saya
pun dulu nampak dunia Kuantan ni bila dah menjejakkan kaki kat sini.
Akhir kata, welcome to garden of knowledge and virtue! :)
PAUTAN PENTING
1. IIUM Kuantan Website : http://www.iium.edu.my/ocd
2. IIUM Student Portal : http://my.iium.edu.my/
3. Facebook OSC IIUM Kuantan : https://www.facebook.com/pages/One-Stop-Student-Centre-OSC-IIUM-Kuantan/262875820432802
terima kasih atas penjelasan awal tentang uia kuantan, abg senior!!! =)
BalasPadambgus2 jazmi.. tp bile bdak2 ni msk nnt,kao akn tgk d'org akn update kt status..
BalasPadamUIA kuantan, indah khabar dari rupa.
camne nk main badminton.dewan tu boleh main sukat ati ke camne
BalasPadamKalo dah ada jaring semua & xde org main, bleh je pegi main terus kalo pintu tak kunci.
PadamTapi kalau ade event, x boleh kacau la.
Tab tu apa ye?
BalasPadamBtw, biasanya student baru(perempuan) kos bioSc dapat mahallah mana ye?
Tab merujuk kepada blok di Mahallah Tabari.
PadamContohnya blok 1 di mahallah Tabari dinamakan Tab 1.
Penempatan student baru di asrama UIA selalunya berbeza pada setiap kemasukan. Jadi saya tak boleh la nak kata pelajar baru perempuan selalu dapat mahallah mana.
Salam..utk student perubatan yg xdapat hostel, kt mne diorg perlu menyewa?? indera mahkota atau berhampiran dgn hospital?? terima kasih..=)
BalasPadamsalam..sister first year bole duk luar x?
BalasPadamboleh, tapi waktu mula2 daftar, kena masuk asrama dulu kejap.
Padamsalam , kalau student matrik or asasi boleh ke masuk fakulti perubatan uia?
BalasPadamWslm.
PadamKalau tak salah saya, peluang utk student matrik/asasi (selain dpd UIA) utk masuk fakulti perubatan agak susah.
Tetapi kalau student asasi UIA, dah ada tempat disediakan. :)
boleh tau tak dalam kolam brape meter?
BalasPadam