Sabtu, 16 Oktober 2010

Makara dan Hiqid

Suatu hari yang cerah, rakan Alif telah menelefon Alif.

“Hello, Alif, cepat tengok berita TV3! Jambatan Pulau Pinang runtuh la!”

“Hah? Yeke?”

“Kau dengar ni, dianggarkan 46 orang mati lemas, kira-kira 200 orang masih hilang termasuk 19 orang nelayan, beribu-ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan dan seorang kena tipu.”

“Huh, seorang kena tipu?”

“Engkaulah kena tipu. Hahaha!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum itu, Assalamualaikum wbt diucapkan.

Topik hari ini, tipu. Menipu, penipu, tertipu semua terlibat. Alahai, simple-nya tajuk kali ni. Tak bestlah. Dah common sangat.
NANTI DULU! Tahukah anda (atau lagi sesuai, masih ingatkah anda) bahawa menipu dan berbohong tergolong dalam perbuatan yang berdosa BESAR

Jadi, perlukah kita ambil mudah perkara ini? Anda sendiri pasti tahu apakah balasan orang yang melakukan dosa-dosa besar. Say welcome to the hell!
Stay tune, rileks2kan diri anda, harap membaca dengan penuh sabar. Insya-Allah, kali ini saya cuba bawakan dengan santai.
---------------------------BACA SELANJUTNYA

Sabda Rasulullah SAW:
“Celakalah untuk sesiapa yang berbicara dan berbohong untuk membuat orang tertawa. Celakalah untuknya.”
~HR Abu Dawud~
Semua tahu menipu dan berbohong itu berdosa besar, tetapi secara terus-terusan tetap lakukannya, terutamanya dalam gurau senda. Kenapa? Adakah setiap kali nak bergurau senda dan bercanda, perlu menipu dan berbohong?
Mari kita ikuti kisah Rasulullah SAW ini.
Begitulah serba sedikit cara Rasulullah s.a.w dalam bergurau. Jika dilihat gurauan baginda sentiasa berpaksikan kebenaran kerna sesungguhnya baginda selalu mengatakan yang benar sepanjang hayat baginda.
Dalam sebuah riwayat, seorang lelaki Badwi bernama Zahir sering memberi hadiah kepada Nabi s.a.w. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah kepada Rasulullah s.a.w menyebabkan baginda menyayanginya.


Suatu hari ketika Rasulullah memeluk Zahir dari belakang di pasar madinah menyebabkannya terkejut dan terus menjerit:
”Lepaskan saya, lepaskan saya!”

Lalu Rasulullah bergurau dengan para sahabat yang berada dalam pasar Madinah dengan sabdanya yang bermaksud:
“Siapa yang mahu membeli hamba?”


Apabila Zahir menyedari bahawa Rasulullah s.a.w yang memeluknya, dia lantas bertanya:
“Wahai Rasulullah, adakah engkau mahu menjual aku? Aku bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya”.


Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau di sisi Allah adalah teramat mahal!!”
Boleh juga membaca artikel bergurau dalam Islam di website ni :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Padan muka kau. Dahulu kau suka menipu orang. Sekarang, kau pula ditipu.”
Ahah! Saya rasa tak pernah ada dalam Islam bahawa penipu kena hukuman qisas, yakni mereka perlu dihukum dengan ditipu kembali. Namun, yang jelas, terang dan nyata, insan yang mengungkapkan kata-kata ini membalas dendam. Saya ada soalan. Saya pasti semua boleh jawab soalan ini. Dendam itu baik atau buruk? Hah, apa jawapan? Tak dengarlah. Eh, sori, lupa pulak, kita di alam maya, mana boleh berkata-kata. Nanti orang kata gila pula dok terjerit-jerit depan komputer. (Eh, apa aku merepek ni?)
Ehem, maaf, keluar topik sikit. (serius2!) Dendam dalam bahasa Arab disebut Al-Hiqid, iaitu mengandungi permusuhan di dalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami. Juga dendam disebut sebagai Al-Ghill iaitu dendam yang terpendam.

Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf, yakni tiada wujud perasaan dendam dalam hatinya. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sihat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa menggoda manusia.

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa kebersihan itu sebahagian dari cabang-cabang keimanan. Islam sangat memperhatikan kebersihan hati, bukan sekadar bersih secara lahiriah sahaja, kerana hati yang penuh dengan noda-noda kotoran itu dapat merusak amal soleh, bahkan menghancurkannya. Sedang hati yang bersih, jernih dan bersinar itu dapat menyuburkan amal dan dorongan semangat untuk meningkatkan amal ibadah dan Allah memberkahi dan memberikan segala kebaikan kepada orang yang hatinya bersih.
Syaitan kadangkala tidak mampu menggoda orang yang pandai supaya menyembah berhala atau mensyirikkan Allah tetapi syaitan sering juga mampu menggoda dan menyesatkan manusia melalui celah-celah pergaulan dengan cara merosakkan perdamaian diantara mereka itu sendiri, sehingga dengan hawa nafsunya yang tidak terkendalikan, mereka tersesat dan tidak mengetahui hak-hak Tuhannya, bagaikan menyembah berhala. Di sinilah syaitan mula menyalakan api permusuhan di hati manusia dan jika api permusuhan itu telah menyala, maka senanglah melihat api itu membakar manusia dari zaman ke zaman sehingga turut terbakarnya hubungan dan segi-segi keutamaan manusia. Kita harus mengetahui bahawa manusia itu berbeza tabiat dan wataknya berbeza dan juga kecerdasan akal.

Kerana itu dalam pergaulan sesama manusia kadangkala mereka membuat kesempatan yang mengakibatkan perselisihan dan permusuhan. Maka Islam telah memberikan cara penyelesaian dengan mensyariatkan supaya berakhlak baik yang membuat hati mereka luluh dan sarat dengan kasih sayang sesama manusia.

Memang kita sering merasakan seolah-olah keburukan itu dilemparkan kepada kita, sehingga kita sering tidak mampu mengendalikan perasaan kita yang apabila fikiran kita sempit, maka timbullah niat untuk membalas dendam. Namun, bukankah lebih elok kita saling bermaafan dan saling mengingati seperti dalam surah Al-Asr? Ingatkanlah dia bahawa perbuatannya itu bukanlah sesuatu yang mulia di sisi Allah. Maka berpesanlah padanya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Kesimpulannya hendaklah orang-orang yang mempunyai penyakit hati, seperti dengki dan dendam ini selalu ingat bahawa kekuasaan Allah mengatasi segala kekuasaan. Dan ingatlah bahawa harta benda dan kedudukan yang bersifat duniawi itu selamanya tidak kekal. Paling jauh dan lama sepanjang hidupnya saja bahkan mungkin sebelum itu. Ingatlah dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:


Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
~Al-Baqarah; AQ 2:10~
Jimie1402 : Dalam Bahasa Inggeris, tipu disebut 'lie', tetapi lie juga mempunyai banyak maksud... :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan