Khamis, 31 Mac 2011
Kerana Doa
Tajuk : Kerana Doa
Artis : Nowseeheart
Album : 12 Cinta : Cinta Ilahi Cinta Insani
Lirik : Habsah Hassan
Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakanku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan
Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga (hakis curiga)
Putaran masa pasti menekan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang
Aku tahu Kau selalu bersamaku
Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izin-Mu
Ku kembali ke pangkalanku
Jumaat, 25 Mac 2011
Pendidikan Fantasi & Realiti
Keputusan SPM 2010 telah pun diumumkan. Seperti biasa, pastinya wujudnya wajah-wajah ceria. Juga pasti ada sesuatu yang luar biasa. Kalau tak, macam mana akhbar-akhbar nak menarik pembacanya dengan berita yang tidak luar biasa.
Tetapi bagi aku (mungkin juga beberapa orang lain juga) sekadar menyelak surat khabar dengan membaca tajuk sahaja. Ya, berita-berita tentang SPM ini tentu sahaja bagi aku biasa. Ya, dah jadi biasa apabila setiap kali sahaja pasti ada yang luar biasa. Luar biasa yang banyak akan menjadi biasa.
Saya pun dah boleh agak tajuk yang akan keluar untuk akhbar pada hari keluarnya keputusan SPM 2011, 2012, 2013 dan seterusnya. Pastinya akan tertulis, “Keputusan SPM tahun ini paling terbaik” atau “Keputusan SPM tahun ini menunjukkan peningkatan”. Kemudian pelajar-pelajar tahun ini pastinya bangga memandangkan mereka lebih baik dari pelajar tahun lepas (kononnya).
Sistem berubah, tetapi saya agak yakin berita-berita begitu akan berulang saban tahun. Maaflah, bunyi agak tipikal, agak sinis tetapi inilah yang saya fikirkan. Betulkah sistem pendidikan kita bertambah baik? Adakah benar pelajar-pelajar kita semakin pandai?
Maaf, bukan apa, saya agak marah apabila ada seorang muslim ini yang menganggotai persatuan yang ada perkataan ISLAM pada namanya menyindir pelajar Islam. Bagaimana yang dikatakan beliau menyindir itu?
Di laman facebook, beliau berkongsi link ini : Berita Harian Online | Pelajar Cina dapat A+ dalam Tasawwur Islam
Dan menulis komen : Pelajar Islam?
Kamu nampakkah maksudnya? Seakan tidak ada langsung pelajar Islam yang cemerlang gemilang terbilang dalam subjek Islamik.
Keputusan PMR 2010 lagilah saya pelik. Berita tentang pelajar Cina (bukan muslim ya) mendapat Anugerah Tokoh Maal Hijrah semata-mata kerana mendapat A untuk subjek Bahasa Arab. Bukan sengaja mahu mempertikaikan, tetapi beberapa perkara perlu diteliti.
Pertama, tentang wujudnya golongan yang akan menyindir kononnya pelajar ISLAM itu lemah, terutamanya dalam subjek berkaitan agama. Mungkin dia cuba untuk menaikkan semangat pelajar Islam agar lebih berusaha, tetapi bagi saya bukan itu caranya. Kamu tahu apabila berdepan musuh, pastinya semangat menjadi lemah andai wujudnya sindiran sebegitu.
Kedua, sikap pelik sesetengah golongan yang melihat dan menyanjung orang bukan Islam yang berjaya dengan cemerlangnya dalam kertas peperiksaan berteraskan agama Islam. Sedangkan sudah ramai pelajar Islam yang berjaya sedemikian, tidak dipandang langsung walau sebelah mata. Lagipun, pelajar itu tidak langsung menganut agama Islam selepas ‘kejaayan’ cemerlangnya itu. Kamu tahukan, kalau pelajar Islam itu mendapat A++++ sekalipun untuk subjek Bahasa Cina atau Bible Knowledge, tidak ada tokoh agama mereka akan memberikan penghargaan. Mengapa pula kita begitu?
Ketiga, ke'gedik'an (maaf, itu sahaja istilah yang terlintas di fikiran saya) media-media untuk mengeluarkan berita-berita sensasi. Saya tahu itu yang diperlukan kamu. Kalau tak, mana nak dapat duit kan? Tetapi janganlah terlalu ‘over’ kerana kamu tahu apa yang kamu tulis, itulah yang akan diperkatakan orang. Maka, bagaimana pelajar-pelajar yang kurang berjaya? Pastinya mereka tersinggung. Janganlah nanti andai langit yang runtuh, tajuk berita : “Langit Hari Ini Cerah!”.
Persoalan keempat, berkaitan dengan mukadimah post saya hari ini iaitu sistem pendidikan yang, benarkah meningkat dengan jayanya? Benarkah pelajar-pelajar yang mendapat straight A+ dan disanjung itu benar-benar cerdik? Itulah sistem pendidikan kita sekarang. Ukuran kecerdikan seseorang itu hanya pada kertas peperiksaan. Kamu rasa dia akan 100% berjaya dunia akhirat dengan mendapat straight A+? dengan pointer 4.000? Kamu ingat dia boleh hidup nanti?
Kamu sendiri tahu, yang belajar itu sekadar apa yang ada dalam buku. Tengoklah nanti bahawa berapa ramai sangat engineer-engineer yang cemerlang yang tahu masak (terutamanya engineer wanita. Ala, beli kat warung je). Berapa ramai doktor-doktor yang akan tahu membasuh pinggan. (Eh, lupa pulak, doktor tentu kaya, ambik orang gaji sahaja). Berapa ramai arkitek yang tahu memcuci darah di pakaian. Berapa ramai graduan-graduan cemerlang universiti, kolej dan lain-lain institut pendidikan mampu hidup andai hanyut di pulau tak berpenghuni.
Kamu dapat apa yang saya maksudkan? Ya, mereka tidak belajar untuk hidup! Mereka tidak belajar tentang kehidupan! Saya sendiri tak pasti apa yang diinginkan sistem pendidikan. Kamu tahu kebanyak pelajar mengejar kecemerlangan kerana itu yang akan diperkatakan orang. Itu yang akan menjadi buruan media massa. Tetapi kamu tahu tak, kebanyakan mereka tidak tahu tujuan hidup! Maka sesetengah mereka yang mengalami tekanan dengan mudahnya mengambil jalan mudah, MATI! Kerana apa, kerana tiada tujuan hidup, maka mereka fikir mengapa mereka perlu hidup?
Yang saya mahukan, sistem pendidikan kita berubah. Tidak menilai pelajar dengan sekadar di atas kertaas peperiksaan. Saya mahu sistem pendidikan memandu pelajar ke arah tujuan hidup yang sebenar.
Saya juga mahukan sistem pendidikan yang lebih telus dan jujur. Kalau wujud penurunan, katakan sajalah pada umum. Saya yakin kita mampu menerimanya dan cuba untuk berubah. Tolonglah, jangan biar masyarakat umum hidup dalam fantasi. Saya tahu kalau berbuat demikian, maka para pengkritik akan mengambil kesempatan. Kamu tahu kenapa wujudnya pengkritik-pengkritik yang bertauliah mahupun tidak? Saya rasa kerana sistem pendidikan sekarang yang mengajar mereka menjadi sedemikian. Kerana sistem pendidikan kita tidak mengajar untuk menerima hakikat kelemahan yang kita miliki dan sistem pendidikan kita tidak mengajar untuk berusaha membaiki kelemahan.
Saya tahu siapalah saya, menulis di blog yang sekadar ada 50 lebih follower sahaja. Itu tidak termasuk kawan-kawan yang sengaja follow, tetapi tak baca pun. Tetapi saya harap suara saya ini dapat didengari. Saya pasti ada spesis orang yang sependapat dengan saya. Kalau boleh, kongsilah luahan saya ini dengan pihak yang berkaitan. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Sekian, wassalam.
Sabtu, 5 Mac 2011
Siapakah BAHLOL?
Dalam Bahasa Melayu, bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah anda siapakah BAHLOL itu yang sebenarnya? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid. Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.
Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan-perbuatan yang tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ini.
Mari kita ikuti kisah Bahlol :
KISAH 1:
Ketika zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Kira berganda-ganda lah panas dari kita yang tinggal di Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulama, solat beramai-ramai, tetapi tak ada hujan yang turun pun. Pening habis khalifah masa tu. Dipanggil la menteri dia mengadap.
"Hah, habis ulama dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat mintak hujan!"
Bahlol pun pergi la ke masjid. Masa tu ramai dah yg ikut berkumpul. Ya la, nak solat mintak hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang-sorang ni.
Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia mintak "Ya Allah, turunkan lah hujan". Tak ada solat apa pun.
Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.
KISAH 2:
Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar-Rashid berjalan-jalan dengan isterinya, Zubaidah, mereka ternampak Bahlol sedang buat rumah dari tanah liat.
Zubaidah ni pun tanya, “Buat apa tu Bahlol?”
“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah, saya jual dgn 10 dinar”.
Zubaidah pun memberi 10 dinar kepada Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit tu dalam sungai.
“Haa.. baliklah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah.”
Gelak-gelak Harun masa tu. Dia berkata kepada isterinya, “Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.
Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yg tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tetapi dihalang oleh malaikat.
“Eh kenapa halang-halang ni? Ni rumah isteriku!”
Malaikat menjawab, “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia, bukan di syurga!”
Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.
“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni.”
“Boleh!” jawab Bahlol.
“Berapa harga?” tanya Harun Ar-Rashid.
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"
Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?
***Maka, adakah berdosa kita apabila memperbodohkan nama seorang ulama?
Sumber asal : http://www.tranungkite.net/
Jumaat, 4 Mac 2011
1st Travelog Contest Usahawan Muslim
Buat pertama kalinya, pemilik kedai buku Pustaka Nur Najma yang terletak di Pusat Bandar Rawang menganjurkan pertandingan berlatarkan blog. Pemilik blog Travelog Usahawan Muslim ini menganjurkan pertandingan sebegini sekadar untuk suka-suka memandangkan ramai pemilik blog yang lain turut menganjurkan pertandingan.
“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid.”
(Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)
Begitulah sedikit petikan mukadimah dari blog Travelog Usahawan Muslim. Petikan hadis itu dapat mengingatkan para pengunjung blog, juga pemiliknya agar sentiasa berlaku jujur dalam berurus niaga.
Pada pendapat saya, blog Travelog Usahawan Muslim ini menarik kerana selain daripada dapat mengetahui update terkini tentang bahan bacaan yang telah sampai stoknya di kedai buku Pustaka Nur Najma, terdapat juga beberapa entri blog yang berkisarkan hal-hal keagamaan (cth : kiblat, hadis dsb), juga tentang pengalaman dan pemerhatian pada sekeliling (cth : pelanggan, rabun, dsb). Turut terkandung dalam blog ini tentang penulis-penulis buku, petua, dan usahawan. Buat peminat lagu-lagu nasyid dan ketuhanan (seperti saya) boleh juga mendapatkan bahan-bahan berkaitan di sini (cth : lirik, video dsb). Dalam erti kata lain, blog ini agak serba lengkap dengan pelbagai informasi.
Kalau kamu semua nak tahu, hobi saya ialah membaca. Ya, SAYA SUKA MEMBACA.
Saya suka membaca kerana orang lama-lama pernah berkata, jauh perjalanan, luas pandangan. Apa kaitannya? Kalau anda nak tahu, kita boleh berjalan melalui pembacaan. Ya, percayalah, sebab itu makin banyak yang dibaca (yang elok-elok sahaja) makin luas pandangan, makin luas ilmu pengetahuan. Misalnya, kalau ada orang bertanya pada anda tentang Mekah, anda boleh sahaja menerangkan tentangnya melalui pembacaan anda, sedangkan anda belum lagi menjejakkan kaki ke sana. Satu lagi contoh, Maher Zain, mana anda tahu dia kelahiran Lebanon dan sebagainya? Tentunya melalui pembacaan. Anda tahu melalui televisyen? Kalau anda nak tahu, suara yang keluar untuk memberitahu anda sesuatu maklumat itu tentunya dari pembacaan skrip. Lagi satu perkara,
Tahniah, anda sekarang sedang MEMBACA!
Bagi saya membaca bukan terhad hanya kepada bahan yang dipanggil buku sahaja. Membaca blog, akhbar, malah papan tanda jalan sekali pun, itu dikira membaca. Percayalah, membaca itu hampir tiada hadnya. Sebab itu, ayat pertama Al-Quran adalah...
Semua dah tahu (agaknya), inilah hujah yang biasa kita dengar andai bicara tentang membaca. Jadi, tak perlulah saya huraikan panjang-panjang lagi.
___________________________________________________________
Kamu juga ingin menyertai pertandingan ini? Mudah sahaja. Mari saya beritahu cara-caranya :
Semua dah tahu (agaknya), inilah hujah yang biasa kita dengar andai bicara tentang membaca. Jadi, tak perlulah saya huraikan panjang-panjang lagi.
___________________________________________________________
Kamu juga ingin menyertai pertandingan ini? Mudah sahaja. Mari saya beritahu cara-caranya :
1. Anda mesti mempunyai blog sendiri.
2. Anda dijemput menjadi follower Travelog Usahawan Muslim.
3. Post satu entri tentang contest ini di dalam blog anda dengan tajuk "1st Travelog Contest Usahawan Muslim" dan letakkan "banner" di atas berserta link terus ke blog tersebut.
4.Letakkan juga "banner" diatas disisi blog anda dengan tajuk "1st Contest TUM" link terus ke page ini
6.Tag 5 orang atau lebih rakan blog anda dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
3. Post satu entri tentang contest ini di dalam blog anda dengan tajuk "1st Travelog Contest Usahawan Muslim" dan letakkan "banner" di atas berserta link terus ke blog tersebut.
4.
5. Salin dua ayat dibawah dan sambung mengikut kreativiti anda (tidak kurang dari 10 patah perkataan dan jika lebih sampai 200 patah perkataan adalah dialu-alukan.....)
Ayat yang perlu disambung itu ialah:
>>>>> 1. Blog Travelog Usahawan Muslim Ini menarik kerana .......
>>>>> 2. Saya suka membaca kerana .......
Ayat yang perlu disambung itu ialah:
>>>>> 1. Blog Travelog Usahawan Muslim Ini menarik kerana .......
>>>>> 2. Saya suka membaca kerana .......
6.Tag 5 orang atau lebih rakan blog anda dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag.
7.Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini supaya senang saya buat lawatan.
8. Pemenang akan dikira melalui jawapan kretif bagi soalan ke-2
***Contest ini akan berakhir pada 24 Mac 2011 jam 12.00pm.
Maklumat lanjut boleh lawati blog Travelog Usahawan Muslim.
Sekian, wassalam. ;)
***Contest ini akan berakhir pada 24 Mac 2011 jam 12.00pm.
Maklumat lanjut boleh lawati blog Travelog Usahawan Muslim.
Sekian, wassalam. ;)
Langgan:
Catatan (Atom)