Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu: Yang Perlu Anda Tahu



Jerebu melanda negara lagi tahun ini. Sepanjang lebih 20 tahun saya hidup, dah banyak kali saya mendengar masalah jerebu ni. Entah bila akan selesai, atau sekurang-kurangnya jarak berlakunya jerebu ni dapat dipanjangkan; sekali dalam 10 tahun ke.

Ok, kali ni, saya nak kongsikan tentang perihal jerebu ni yang saya telah buat sedikit kajian ilmiah kat internet. Selamat membaca.

Definisi
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
Fenomena ini disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara.

Disebabkan keadaan ini, cahaya matahari telah mengurangkan atau menyekat cahaya matahari dari sampai ke muka bumi.

Jerebu tebal juga dikenali sebagai ‘asbut’.

Punca
Punca jerebu ni bergantung kepada jenis jerebu ni. Ada yang berpunca daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan abu gunung berapi. Ada disebabkan ribut pasir atau salji. Ada juga disebabkan wap air macam fenomena kabus.

Tapi, jerebu yang selalu diperkatakan dan sering melanda Asia Tenggara tentunya dari asap akibat daripada pembakaran sesuatu. Asap kenderaan dari pembakaran bahan api, asap dari kilang (pemprosesan) dan juga pembakaran terbuka. Tetapi kebanyakan jerebu yang berlaku besar-besaran disebabkan pembakaran hutan sama ada terbakar sendiri (cuaca panas) atau dibakar orang.

IPU
IPU merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara. Kalau dalam bahasa international (English), orang pakai API atau Air Pollution Index atau AQI (Air Quality Index); tapi benda yang sama je.

Ni pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU di Malaysia:

Nilai IPU
Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat

Setiap negara ada level API yang berbeza. Macam kat US, lebih 300 dah dikira berbahaya dan mengancam nyawa. Korea Selatan meletakkan lebih 350 dikira berbahaya. Singapura letak lebih 400 sebagai berbahaya.

Mana nak dapat IPU terkini? Boleh berkunjung ke laman web Sistem Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar.
Kesan & Akibat
1.      Masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
2.      Sektor ekonomi negara terjejas. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan pelbagai industri terutamanya sektor perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja.

Sumber pendapatan berasaskan industri pelancongan turut akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara luar tidak akan berkunjung ke negara yang terlibat dengan jerebu sekiranya jerebu masih berlaku kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

3.      Apabila pelbagai sektor tak berjalan, nelayan tak tangkap ikan, petani tak bercucuk tanam dan mengutip hasil, kilang (makanan) pun tak hasilkan produk; maka kuantiti makanan akan berkurangan. Krisis makanan mungkin boleh berlaku andai tiada alternatif atau bantuan luar dihulurkan.

4.      Flora dan fauna turut terancam. Kandungan partikel-partikel asing dalam udara akan menjejaskan kualiti udara. Maka udara yang digunakan tumbuhan dan haiwan juga akan tercemar. Udara yang tercemar ini  boleh menyebabkan sistem pernafasan tumbuhan dan haiwan ini terganggu. Berkemungkinan boleh menyebabkan kematian.

Sejarah Jerebu
1.      Jerebu di Asia Tenggara
  • 1997 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei)
  • 2005 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia)
  • 2006 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Saipan, Korea Selatan)
  • 2013 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura)
2.      Kemarau & Ribut Debu di China (2010) (Vietnam dan Thailand turut terlibat)

3.      Asian Dust

4.      Jerebu di Pittsburgh (1940)


Berkaitan
- Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) (2002)
- Jerebu: Panduan Kesihatan Untuk Anda (diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

Jumaat, 14 Jun 2013

Blog Fake Enough?

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni saya agak sibuk membina dan membangunkan sebuah blog baru bertajuk 'Fake Enough?'.

Paparan halaman utama blog Fake Enough?

Blog baru ini dibuat untuk menyertai Pertandingan Blog Pengguna sempena Hari Pengguna Malaysia 2013 (HPM 2013). Blog ini berbahasa Inggeris dan membawa tajuk 'Counterfeit and Consumers' (kod BBE2).

Dijemput semua memeriahkan blog baru ini di http://fakeenough.blogspot.com
Banyak informasi boleh dapat.

Juga doakan saya mendapat kejayaan setimpal dengan usaha saya.

Terima kasih.