Jerebu melanda negara lagi tahun ini. Sepanjang lebih 20 tahun saya hidup,
dah banyak kali saya mendengar masalah jerebu ni. Entah bila akan selesai, atau
sekurang-kurangnya jarak berlakunya jerebu ni dapat dipanjangkan; sekali dalam
10 tahun ke.
Ok, kali ni, saya nak kongsikan tentang perihal jerebu ni yang saya telah
buat sedikit kajian ilmiah kat internet. Selamat membaca.
Definisi
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila
debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
Fenomena ini disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh
dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara.
Disebabkan keadaan ini, cahaya matahari telah mengurangkan atau menyekat cahaya matahari dari sampai ke muka bumi.
Jerebu tebal juga dikenali sebagai ‘asbut’.
Punca
Punca jerebu ni bergantung kepada jenis jerebu ni. Ada yang berpunca
daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan abu gunung berapi. Ada
disebabkan ribut pasir atau salji. Ada juga disebabkan wap air macam fenomena
kabus.
Tapi, jerebu yang selalu diperkatakan dan sering melanda Asia Tenggara
tentunya dari asap akibat daripada pembakaran sesuatu. Asap kenderaan dari
pembakaran bahan api, asap dari kilang (pemprosesan) dan juga pembakaran
terbuka. Tetapi kebanyakan jerebu yang berlaku besar-besaran disebabkan
pembakaran hutan sama ada terbakar sendiri (cuaca panas) atau dibakar orang.
IPU
IPU merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara. Kalau dalam bahasa
international (English), orang pakai API atau Air Pollution Index atau AQI (Air
Quality Index); tapi benda yang sama je.
Ni pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU di Malaysia:
Nilai IPU
|
Kualiti udara
|
0 - 50
|
Baik
|
51 - 100
|
Sederhana
|
101 - 200
|
Tidak sihat
|
201 - 300
|
Sangat tidak
sihat
|
301 - 400
|
Berbahaya
|
401 - 500
|
Sangat
berbahaya
|
Lebih 501
|
Darurat
|
Setiap negara ada level API yang berbeza. Macam kat US, lebih 300 dah
dikira berbahaya dan mengancam nyawa. Korea Selatan meletakkan lebih 350 dikira
berbahaya. Singapura
letak lebih 400 sebagai berbahaya.
Mana nak dapat IPU terkini? Boleh berkunjung ke laman web Sistem Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar.
Kesan & Akibat
1.
Masalah kesihatan terutamanya kepada:
- Kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
- Perokok
2.
Sektor ekonomi negara terjejas. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan
aktiviti luar disekat dan pelbagai industri terutamanya sektor perikanan dan
pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja.
Sumber
pendapatan berasaskan industri pelancongan turut akan merosot kerana industri
pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam
negeri malah dari negara luar tidak akan berkunjung ke negara yang terlibat
dengan jerebu sekiranya jerebu masih berlaku kerana bimbang akan keselamatan
dan kesihatan mereka semasa melancong. Secara tidak langsung, ekonomi negara
kita akan terjejas akibat jerebu.
3.
Apabila
pelbagai sektor tak berjalan, nelayan tak tangkap ikan, petani tak bercucuk
tanam dan mengutip hasil, kilang (makanan) pun tak hasilkan produk; maka
kuantiti makanan akan berkurangan. Krisis makanan mungkin boleh berlaku andai
tiada alternatif atau bantuan luar dihulurkan.
4.
Flora
dan fauna turut terancam. Kandungan partikel-partikel asing dalam udara akan
menjejaskan kualiti udara. Maka udara yang digunakan tumbuhan dan haiwan juga
akan tercemar. Udara yang tercemar ini
boleh menyebabkan sistem pernafasan tumbuhan dan haiwan ini terganggu.
Berkemungkinan boleh menyebabkan kematian.
Sejarah Jerebu
1.
Jerebu di Asia Tenggara
- 1997 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei)
- 2005 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia)
- 2006 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Saipan, Korea Selatan)
- 2013 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura)
2.
Kemarau
& Ribut Debu di China (2010) (Vietnam dan Thailand turut terlibat)
3.
Asian Dust
4.
Jerebu
di Pittsburgh (1940)
Berkaitan
- Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas
Sempadan (ASEAN
Agreement on Transboundary Haze Pollution) (2002)
- Jerebu:
Panduan Kesihatan Untuk Anda (diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan