Assalamualaikum
wbt.
Sepanjang saya
ber-Facebook, saya dapati beberapa perkara yang kebanyakan pemilik akaun
Facebook tidak tahu. Jadi, saya senaraikan tujuh perkara atau tips yang utama.
1.
Edit dan Delete Post
Yang ni memang common.
Mula-mula buat status “bila sepak Malaysia best!”.
Kemudian kawan komen, “gila ka
apa? Kalau tak suka Malaysia keluarlah pergi negara lain!”
Mula rasa pelik dan tiba-tiba
baru perasan tersilap tulis (typo).
Pastu komen dengan tanda
asterisk (bintang *), “ *bola. Typo la weh. Siri. Haha.”
Sebenarnya anda boleh delete
terus post itu atau anda juga boleh edit!
Cuma pergi ke bucu kanan atas
post anda itu dan akan keluar caret (simbol ^) terbalik. Tekan situ dan pilih ‘Edit...’
atau ‘Delete...’.
Siap!
Kalau tak faham boleh tengok
gambar kat bawah ni.
Sila ambil maklum bahawa bukan
sahaja post dan status sahaja yang boleh diedit, malah gambar (description),
link atau apa-apa sahaja yang anda kongsikan boleh diedit.
2.
Edit dan Delete Komen
(sambungan dialog kat atas)
Kawan balas komen, “Haha, ok2.
Apa benda Siri?”
Baru perasan tersilap komen
lah pulak. Nak tulis Sori tertulis Siri.
Jangan risau, boleh edit dan
delete jugak komen itu.
Pergi komen yang nak diubah
tu. Kat bucu kanan komen tu akan keluar ikon pensel sambil keluar penyataan ‘Edit
or Delete’. Tekan situ dan pilih sama ada nak edit atau delete.
Lepas siap (kalau edit), tekan
Enter.
3.
Masalah Attachment Unavailable
Anda mungkin pernah (atau selalu) dapat masalah ni.
Attachment UnavailableThis attachment may have been removed or the
person who shared it may not have permission to share it with you.
Sebenarnya punca masalah ni
ialah kerana tukang post membuat tetapan (settings) untuk privacy pada post itu
sebagai ‘Friends’ atau ‘Only Me’ atau ‘Custom’. Dalam erti kata lain, tetapan
tersebut perlulah diset sebagai ‘Public’, maka barulah orang yang lain (terutamanya
yang tidak menjadi kawan Facebook tukang post itu) boleh tengok benda yang
dipost.
Jadi, waktu post tu, sila
setting siap-siap kepada public (lihat gambar) kalau nak sebarkan pada orang
ramai macam promosi tudung Raihana ke, maklumat tentang banjir kat kawasan anda
ke dan sebagainya.
Kalau dah post macam mana?
Jangan risau, masih boleh
diubah setting tersebut.
Pergi ke post yang nak ubah
setting privacy tu. Kat tepi masa post (e.g. 1 hour ago atau 7 minutes ago) ada
simbol kan? Kalau mula2 setting friends, akan ada ikon orang. Kalau custom,
akan ada ikon gear. Kalau public akan ada ikon bumi.
Tekan ikon tu, dan ubahlah
setting kepada yang anda mahu.
4.
‘Other’ Inbox
Haa, yang ni antara yang tersembunyi jugak
la. Saya pun dapat tahu beberapa bulan lepas. Memang agak menyusahkan jugak la.
Banyak benda terlepas.
‘Other’ inbox ni, macam
Facebook inbox (messages) yang biasa, Cuma diberi nama ‘Other’. Dalam inbox ni,
mana-mana mesej daripada orang yang kita tak friend (kat Facebook) akan masuk.
Kat mana nak tengok ‘Other’
Inbox ni?
Tekan kat simbol mesej sebelah notification tu, sebelah perkataan Inbox tu ada
perkataan Other kan? Haa, tekanlah.
Atau boleh tekan ‘See All’ (atau pergi sini) dan cari perkataan Other kat
sebelah Inbox tu.
5.
Hentikan notification sesuatu post
(Unfollow post)
Kalau anda ada komen kat
sesuatu post atau ada orang tag anda di post tersebut, maka secara automatiknya
anda akan mendapat notifications bagi post tersebut. Dalam erti kata lain,
kalau ada orang selepas anda memberi komen, maka anda akan mendapat notification
post tersebut.
Mungkin post berkenaan berita
buruk yang menimpa seseorang, anda cuma nak beri simpati dengan ucapan takziah,
tetapi selepas itu, ramai jugak yang memberi ucapan takziah. Anda rimas apabila
mendapat banyak-banyak notification, jadi macam mana nak hentikan?
Anda bolehlah ‘unfollow post’
tersebut. Pada rekabentuk Facebook yang lama, perkataan ‘unfollow post’ terletak
di sebelah Like ∙ Comment ∙
Tetapi sekiranya Facebook anda
telah dinaiktaraf ke rekabentuk baru, perkataan ‘unfollow post’ telah digantikan dengan perkataan 'stop notifications'. Jadi langkah-langkahnya sama sahaja seperti dulu.
Sesetengah post, perkataan 'stop notifications' ni tiada.
Jadi macam mana?
Haa, anda boleh buka post yang
anda nak unfollow tu, kemudian pergi ke bucu kanan atas. Akan muncul simbol karet
(simbol ^) terbalik (macam kat atas tadi), dan tekanlah simbol itu. Akan keluar
menu panjang-panjang, dan anda hanya perlu memilih ‘Stop Notifications’. Ok? J
Nota tambahan: Gambar juga boleh di-unfollow.
6.
Hide post yang tidak mahu dilihat di news
feed (Facebook homepage)
Untuk pengetahuan anda semua,
sekiranya ada post di newsfeed (home) anda yang anda tak suka dan tak nak
tengok dah (benci tahap tinggi langit kelapan), anda boleh hide post tersebut
(remove terus dari newsfeed anda).
Caranya seperti biasa, pergi
ke bucu kanan atas post yang anda nak hide daripada newsfeed anda dan tekan
simbol karet terbalik tu. Kemudian pilih ‘I don’t want to see this’.
Tadaa! Dah hilang!
(Tapi tak hilang habis-habis. Dia keluar
macam gambar kat bawah)
7.
Edit thumbnail dan caption link
Apabila anda nak share sesuatu
link (anda paste alamat link itu pada status/post anda), akan keluar preview
link tersebut (seperti gambar di bawah).
Perasan tak ayat
panjang-panjang bawah tajuk tu? Ala, yang tulis “Facebook is a social utility
that connects people with friends and bla bla bla...”.
Sebenarnya ayat tu kita boleh
edit. Macam mana? Tekan kat ayat berjela-jela tu. Cuba tengok gambar-gambar kat
bawah ni.
Haa, kan best. Lagi satu,
kalau tak nak ada apa-apa gambar thumbnail kat sebelah tu, boleh la tick ‘No
Thumbnail’.
Jadi itulah dia 7
perkara yang mungkin anda baru sahaja tahu. Tujuan untuk ambil tahu adalah
untuk memudahkan dan memperkasakan lagi dalam bermain penggunaan Facebook.
Semoga digunakan untuk tujuan yang baik.
Sekian.