Khamis, 13 Januari 2011

Kerana Doa



Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu [seperti di dalam video di atas], Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.

Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak!

Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. 


Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada setiap hari. Ini benar-benat terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.

Wallahu'alam. -..
 
 
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULILLAH ......"

Nota : Petikan nukilan Abu Naqibah di Mahligai Yahoo! Groups.

Jumaat, 31 Disember 2010

That's Not My Problem!



A mouse looked through a crack in the wall to see the farmer and his wife opening a package; what food might it contain?

He was aghast to discover that it was a mouse trap!

Retreating to the farmyard, the mouse proclaimed the warning, "There is a mouse trap in the house, there is a mouse trap in the house."


The chicken clucked and scratched, raised her head and said, "Mr. Mouse, I can tell you this is a grave concern to you, but it is of no consequence to me; I cannot be bothered by it."


The mouse turned to the pig and told him, "There is a mouse trap in the house."


"I am so very sorry Mr. Mouse," sympathized the pig, "but there is nothing I can do about it but pray; be assured that you are in my prayers."


The mouse turned to the cow, who replied, "Like wow, Mr. Mouse, a mouse trap; am I in grave danger, Duh?"


So the mouse returned to the house, head down and dejected to face the farmer's mouse trap alone.


That very night a sound was heard throughout the house, like the sound of a mouse trap catching its prey. The farmer's wife rushed to see what was caught.

In the darkness, she did not see that it was a venomous snake whose tail the trap had caught.


The snake bit the farmer's wife.


The farmer rushed her to the hospital.


She returned home with a fever. Now everyone knows you treat a fever with fresh chicken soup, so the farmer took his hatchet to the farmyard for the soup's main ingredient.

His wife's sickness continued so that friends and neighbors came to sit with her around the clock. To feed them, the farmer butchered the pig.

The farmer's wife did not get well, in fact, she died, and so many people came for her funeral the farmer had the cow slaughtered to provide meat for all of them to eat.

So the next time you hear that someone is facing a problem and think that it does not concern you, remember that when the least of us is threatened, we are all at risk.

Khamis, 2 Disember 2010

ADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA?

AMARAN : artikel kali ini tidak ada kaitan dengan harga minyak yang akan naik lagi, mahupun harga getah yang melambung. Juga bukan artikel perniagaan internet. Mungkin boleh kaitkan, tetapi tidak dibahaskan di sini.

“Ali, pinjam buku Matematik engkau kejap. Aku nak salin formula yang cikgu bagi tadi.”

“Ok, harganya dua ringgit tunai.”

“Alahai, aku nak pinjam kejap je pun. Nak salin formula je. Bukannya nak buat harta pun.”

“Amir, dalam dunia sekarang ni, mana ada benda yang percuma. Kau nak buang air pun kena bayar tau. Dah, kau nak bayar ke tak? Kalau tak nak, pergi cari buku orang lain.”

“Yelah, camnilah kawan.”

***************************************************************************************************************

Itu cuma situasi yang cuba saya gambarkan. Maaf, saya tak pandai sangat membuat cereka, tapi harapnya sampailah maksud yang inigin disampaikan.

Persoalan dari saya berdasarkan situasi tersebut, benarkah dalam dunia ini tiada yang percuma? Benarkah semua benda ini mempunyai harga dan perlu dibeli? Kalau begitu bolehkah berhutang atau dibayar secara ansuran?

Ada tanggapan yang menyatakan bahawa masih ada lagi yang percuma. Cuba kenalpasti perkara yang kamu sedang lakukan sekarang. Bernafas, menyedut udara yang segar mahupun yang kurang enak (kalau-kalau ada yang ‘melepas’). Melihat, dengan dua mata (bukan empat mata, kaca mata itu dipanggil lensa) dan mampu menggerakkan bebola mata kira-kira 180 darjah ke kiri, kanan, atas, bawah, timur laut, barat daya dsb. Mampu membaca dan memahami, dengan akal (bukan otak). Saya pasti kamu boleh menyenaraikan sendiri sampai 1001 malam. Kata mereka, inilah kurniaan Tuhan secara percuma kepada kita.

Maaf andai kata-kata saya seterusnya mampu menyebabkan jantung hampir terkeluar. Harap-harap tiada yang akan dipapah untuk beralih dari skrin komputer. Pada saya, pendapat seperti di atas adalah karut, falsafah semata-mata. Pada pendapat saya, segala kurniaan Allah itu tidak percuma. Tahukah kamu, bahawa bebola mata itu ada harganya? Ya, perut pun ada harga yang diberi Tuhan. Pada hemat saya,

TIADA YANG PERCUMA DALAM DUNIA INI!

Kamu tahu kenapa saya berpendapat begitu? Elektrik mengalir ke setiap bahan yang menggunakannya. Kalau kanak-kanak, pasti mereka fikir semua itu percuma. Namun pada hakikatnya satu surat panjang dipanggil bil akan diterima pada setiap bulan dan perlu dijelaskan bayaran sebelum tarikh akhir. Begitu juga air. Jadi, sesiapa yang masih menggunakan tanpa berjimat, saya berpendapat anda masih kanak-kanak.

Apa kaitannya dengan pendapat saya sebelum ini? Cuba masukkan situasi bil elektrik dan air itu dalam kehidupan kita. Ya, Allah kurniakan penglihatan, pendengaran, deria, dan berbagai-bagai lagi yang pada mulanya dianggap percuma oleh pada sesetengah manusia. Tetapi hakikatnya kamu perlu membayar, tetapi bukanlah dalam bentuk wang ringgit (Allah Maha Kaya, tak perlukan duit kamu itu).

Bagaimana kamu mahu menjelaskan segala bayaran itu? Sudah pastinya dengan tidak mensyirikkan-Nya dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan segala larangannya. Kalau mahu perhalusi lagi, cuba perhatikan contoh-contoh di bawah :

1. Nikmat penglihatan, bayarannya melihat perkara-perkara baik sahaja terutamanya tanda-tanda kebesaran Allah dan mengalihkan pandangan dari yang dilarang.

2. Dikurniakan perut, bayarannya makanlah makanan yang halal sahaja.


3. Nikmat dikurniakan ibu bapa, bayarannya berbuat baik, taat dan menjadi anak yang soleh.

4. Nikmat dikurniakan saudara dan rakan-rakan di sekeliling, bayarannya hormat-menghormati dan saling menasihati antara satu sama lain.

5. Diberi semut, nyamuk dan lalat di sekeliling kamu, bayarannya penjagaan kebersihan.

Kalau mahu dipanjangkan ‘bil’ di atas, dipersilakan, tetapi andai dari saat kamu lahir hingga kamu menjadi tulang rangka pun saya kira tidak akan habis.

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
~Al-Khafi; 18:109~
Sekarang kamu dapat apa yang cuba saya sampaikan? Sekarang kamu tahu kenapa saya menafikan bahawa kurniaan Allah itu semua percuma? Kamu tahu sekarang bagaimana mahu menjelaskan bil-bil kegunaan nikmat-nikmat Allah SWT. Jadi, tunggu apa lagi? Marilah bayar bil tersebut sekarang sebelum tarikh akhirnya, yakni hari kematian. Insya-Allah akan terbayar oleh amalan-amalan ikhlas kita.

JIMIE1402 : Jangan kedekut bagi kawan pinjam buku atau nota pelajaran. ;)

Nota : Ilham dari Allah SWT melalui buku “Online dengan Tuhan” karya Zulkifli Khair terbitan PTS.

Ahad, 31 Oktober 2010

Kembali ke Fesyen Islam Sebenar

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya bawakan tentang isu yang agak hangat ketika ini. Festival Fesyen Islam atau singkatannya IFF. Bukanlah mahu memberi komen terhadap festival itu, mahupun menyatakan bantahan terhadap IFF ini. Namun, tidak pula menyokong. Saya tahu sudah banyak nukilan di blog-blog, media cetak mahupun elektronik. Ingin saya nyatakan terlebih dahulu bahawa saya berada di pihak yang neutral.

Jadi, apa yang saya mahu nukilkan kali ini? Saya cuma mahu menyatakan kepelikan saya terhadap isu ini. Sebelum itu, baik saya beritahu mengapa perkara ini menjadi isu. Pastinya kerana IFF itu dikatakan menghina Islam kerana memperagakan pakaian yang dikatakan 'Islam' tetapi pada hakikatnya tidak menepati kriteria pakaian dalam Islam iaitu menutup aurat. Tambah-tambah lagi kehadiran isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Bagi saya, isu ini saya rasa sengaja dihangatkan. Pada saya, perkara ini patut jadi isu lama dah. Kerana apa? Kerana semua sudah sedia maklum bahawa isu aurat seperti ini telah lama timbul, saya agak sudah menjangkau berpuluh abad. Ramai je kalau kita menjenguk ke luar, pakai baju adik, tak bertudung, nampak lurah dsb. (Astaghfirullah!). Apabila tengok kat IC, terdapat perkataan 'Islam'.

Itu belum lagi dikira yang pakai tudung, tapi baju melekat kat kulit. Bagaimana pula dengan berpakaian elok, tetapi bertudung bonggol unta? yang menampakkan bahagian depan yakni dada? Lihatlah pula si anu yang menampakkan pusatnya (Ingat ye, aurat bukan hanya pada wanita). Juga si pemain bola sepak hensem yang memakai stokin panjang tetapi nampak juga lututnya. Mengapa pula tiada bahang isu seperti ini? Mungkin ada lah sedikit percikan api, tapi tak mampu menghasilkan abu pun. Saya pasti kebanyakan kita tahu apa maksud sebenar aurat itu, bagi lelaki mahupun wanita.

Jadi saya agak tidak berkenan dengan mereka yang menimbulkan isu IFF ini. Bukan bermaksud untuk menyokong IFF, tetapi seolah-olah menampakkan bahawa terdapat niat lain di sebalik bantahan tersebut (ikhlas ke?). Padahal masyarakat bawahan ini (macam saya) pun tidak sempurna lagi pun dalam penutupan aurat. Ingin saya ingatkan bahawa pastinya sebahagian besar pemimpin datangnya dari masyarakat bawahan juga. Mereka pernah menjadi rakyat biasa. Jadi andai sejak mereka berada di kelas bawahan pun tidak dididik dengan ilmu agama yang sempurna, adakah anda agak mereka dapat menjalankan suruhan dan larangan agama dengan sempurna apabila mereka menjadi pemimpin?
Ingin saya ingatkan sekali lagi, saya berada di pihak yang neutral. Saya mahu kita mencari solusi, bukannya menuding jari. Bukan mahu cari siapa salah, siapa benar, kerana menang jadi abu, kalah jadi arang. Andai kita teruskan untuk berbuat demikian, maka impian untuk umat Islam bersatu padu mungkin sekadar angan kosong.
Sekarang, Adakah masalah ini akan selesai andai bantahan penganjuran IFF dilakukan besar-besaran? Adakah semua umat Islam akan menutup aurat mereka andai Rosmah Mansur mahupun sesiapa yang terlibat memnita maaf? Pastinya kita mahukan solusi yang amat berkesan bagi mengatasi isu ini. Pada hemat saya, bagi mengelak isu yang sama timbul pada masa akan datang (ingat ye, kita tak boleh delete perkara yang dah lepas), saya cadangkan agar kita memantapkan lagi ilmu agama semua golongan, tidak kira anak raja (yang bernama Raja sekali) mahupun penoreh getah. Kerana sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin suatu hari nanti.

Bagi pemimpin yang sedang memimpin rakyat pada masa kini, pastinya mereka perlukan panduan untuk memantapkan lagi iman mereka. Andai teguran tidak berkesan, gunakanlah cara lain seperti menghantar surat atau emel tentang ajaran sebenar Islam atau mungkin juga boleh sesiapa yang tinggi ilmu agama meminta kerja bersama pemimpin seperti jadi driver ke, pembantu rumah ke, tukang kebun ke, kemudian bolehlah berdakwah sedikit demi sedikit sepanjang bersama dengan pemimpin tersebut. (Gaji, duit dan harta bukan segalanya bagi yang ikhlas menyebarkan Islam).

Tukang kebun yang sedang tekun bekerja
Atau kalau tak mampu (yelah, pemimpin tu dah ada berpuluh pembantu rumah) bolehlah doakan agar pemimpin tersebut mendapat petunjuk sebenar (Bukan doa semoga dia mati cepat ye!). Bukankah antara quote yang popular;
 
"senjata umat Islam adalah doa".


Ketahuilah dakwah terbaik adalah dengan cara berhikmah. Bukan dengan melemparkan kata cacian dan makian. Dan ketahuilah hidayah itu hak milik mutlak Allah SWT, bukan mufti, bukan pegawai agama, bukan juga ustaz. Lantas, kepada Allah juga kita memohon.

Justeru, marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita. Tegurlah sesama muslim secara baik andai terdapat kesalahan yang dilakukan. Insya-Allah, suatu hari nanti impian melangit untuk melihat wujudnya negara Islam yang benar-benar tulen akan terlaksana dengan izin Allah.

Jimie1402 : T-shirt Muslimah tu menutup aurat ke?










Ahad, 24 Oktober 2010

Hold My Hand

Once a little girl and her father were crossing a bridge. The father was kind of scared so he asked his little daughter, "Sweetheart , please hold my hand so that you don’t fall into the river."
The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."

"What’s the difference?" asked the puzzle father.

"There’s a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."




Sabtu, 16 Oktober 2010

Makara dan Hiqid

Suatu hari yang cerah, rakan Alif telah menelefon Alif.

“Hello, Alif, cepat tengok berita TV3! Jambatan Pulau Pinang runtuh la!”

“Hah? Yeke?”

“Kau dengar ni, dianggarkan 46 orang mati lemas, kira-kira 200 orang masih hilang termasuk 19 orang nelayan, beribu-ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan dan seorang kena tipu.”

“Huh, seorang kena tipu?”

“Engkaulah kena tipu. Hahaha!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum itu, Assalamualaikum wbt diucapkan.

Topik hari ini, tipu. Menipu, penipu, tertipu semua terlibat. Alahai, simple-nya tajuk kali ni. Tak bestlah. Dah common sangat.
NANTI DULU! Tahukah anda (atau lagi sesuai, masih ingatkah anda) bahawa menipu dan berbohong tergolong dalam perbuatan yang berdosa BESAR

Jadi, perlukah kita ambil mudah perkara ini? Anda sendiri pasti tahu apakah balasan orang yang melakukan dosa-dosa besar. Say welcome to the hell!
Stay tune, rileks2kan diri anda, harap membaca dengan penuh sabar. Insya-Allah, kali ini saya cuba bawakan dengan santai.
---------------------------BACA SELANJUTNYA

Sabtu, 11 September 2010

Jejak Rasul 16

Assalamualaikum wbt.

Memandangkan tak banyak masa untuk tonton televisyen memandangkan tak tinggal kat rumah, cuti raya ni baru berkesempatan menghadap tv. Nasib baik ada cerita yang best waktu ditonton.

Salah satunya Jejak Rasul yang telah masuk edisi ke-16. Memang amat2 best. Setiap tahun kalau tertengok pun mesti terpikat. Edisi kali ni pasti ada pembaharuan dilakukan seperti setiap edisi.

Waktu first tengok Jejak Rasul 16 ni dah episod ke-29. Intronya pun dah menarik. Ni episod penuhnya.
#ancPlayer

Harap-harap dapatlah download siri2 Jejak Rasul. Memang agak banyak, kalau boleh nak beli DVD/VCD dari siri 1. Pernah nampak, tapi boleh tengok harga ajelah dah duit tak cukup. Huhu~

Akhir kata, saya amat2 recommend anda menonton siri Jejak Rasul. Kat youtube ada, tapi episodnya tak penuh. Carilah.

Sekian, wassalam.

Jimie1402 : Kalau ada beli DVD/VCD, boleh kasi pinjam sama saya? ;)