Hari ini hari kedua terakhir dalam bulan ketiga kalendar masihi tahun ini. Manusia lain hanyut dengan kehidupan masing-masing. Aku pun yang sedang bercuti panjang menjalankan rutin kehidupan aku yang membosankan.
Petang itu, tiba-tiba, aku terdengar ketukan perlahan pintu pagar rumah aku. Oh, siapakah itu? Adakah jiran-jiran yang marahkan aku kerana melalak? Lantas, aku berdiam diri, cuba menipu sang pengetuk bahawa tiada manusia di dalam rumah ketika itu.
Beberapa ketika kemudian, aku dapat merasakan orang itu telah pergi. Aku buka pintu untuk memastikannya. Oh, nampaknya ada surat yang ditinggalkannya! Misteri betul. Dah la tajuknya “Sorry Letter”, nama aku pula tertera sebagai penerima surat itu.
***************************************************************************
Semalam, aku pergi mendapatkan jawapan kepada Sorry Letter yang aku dapat minggu lepas. Surat itu ditukarkan dengan satu bungkusan kecil. Sesi pertukaran itu dilakukan di satu kawasan yang agak asing bagi aku. Tetapi demi menyelesaikan misteri itu, aku beranikan diri untuk ke sana.
Satu bungkusan berbalut kertas minyak berwarna coklat aku terima. Nama pendek aku juga tertulis di atas bungkusan itu. Saiznya agak kecil dan ini mengingatkan aku kepada siri televisyen yang menayangkan bungkusan seperti itu adalah bom. Ah, itu sekadar di televisyen! Selepas selesai proses pertukaran, aku segera pulang ke rumah dan tidak membuka bungkusan itu sehinggalah aku sampai di rumah.
Di rumah, aku masuk bilik bersama dengan bungkusan itu. Dengan perasaan yang berdebar, aku membuka bungkusan itu dengan berhati-hati. Agak susah untuk membukanya apabila banyak pita pelekat yang melingkarinya. Jadi aku mengambil keputusan untuk menggunakan pisau.
Sesudah selesai membuka bungkusan itu, aku terkejut! Inilah yang aku terima!
Sebuah novel terbitan Alaf 21 bertajuk Legenda Elfarren, dikarang oleh Mohd Zahar Yasin. Oh, inilah jawapan kepada misteri yang menyelubungi aku selama ini.
Sebenarnya bungkusan ini agak istimewa kerana ia adalah hadiah sebenarnya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ustaz Azrai yang juga merupakan pemilik kedai buku Pustaka Nur Najma di Rawang, Selangor. Saya agak bertuah kerana menjadi salah seorang pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh blog Ustaz (boleh tengok detail pertandingan di blog post di sini).
Lebih istimewa, ini merupakan pertandingan pertama yang dianjurkan Ustaz menerusi blognya, dan saya juga pertama kali memenangi peraduan yang dianjurkan melalui blog!
Lagi sekali, saya berikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz di atas hadiah ini. Saya baru baca sinopsis dan prolog, tetapi tengok muka depan dengan tajuknya sudah mengujakan saya untuk membaca. Terima kasih!
Sebagai tanda penghargaan, maka dengan ini saya ingin mempromosi sekali lagi blog Ustaz Azrai/Pustaka Nur Najma iaitu Travelog Usahawan Muslim. Memang banyak informasi yang boleh didapati di situ, bukan sekadar tentang buku, lebih dari itu! Nak tahu? Berkunjunglah ke blog tersebut di www.travelogusahawanmuslim.blogspot.com.
Sekian, wassalam.
Jimie : Maaf, buat cerita suspen mula-mula, dan tajuk tak ada kaitan dengan ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian yang baru berlangsung baru-baru ini. Hehe~ :P

wah ! bestnya jazmi oi..haha..tahniah la !
BalasPadamThankz, errr... otak! haha~
BalasPadamknape letak name pelik benor, name blog pon lebih kurang je... :P
btw, nnti kalo ade pape contest lg nnti ak ajak ko join. ;)