Selasa, 26 April 2011

Kucing Itu Tidak Bertelinga!


Assalamualaikum wbt.


Post hari ini berkisar tentang gambar berikut :



Ya, DORAEMON! Saya pasti ramai yang mengenali beliau ini. Mungkin kartun ini yang kamu tonton ketika kecil dahulu?


Sedikit pertanyaan, apa pendapat kamu tentang kartun ini? Oh, maaf, saya tahu saya tidak boleh mendengar jawapan kamu. Tetapi tidak mengapa kerana pada post kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya tentang kartun ini. Apa makna DORAEMON ini bagi saya? Herm, bagi saya, Doraemon ini bukan sekadar kartun biasa. Ya, kamu boleh dapat lebih daripada hiburan kartun!


Doraemon merupakan salah satu kartun daripada banyak-banyak kartun yang saya kenali ketika kecil. Saya membesar dengan Doraemon ini. Saya ingat lagi ketika saya berumur dalam 3 atau 4 tahun, saya tinggal di Sabah dan dah kenal kartun ini. Buktinya, saya masih ingat kakak saya tolong melukis Doremon di atas sehelai kertas untuk saya, manakala Nobita untuk abang saya. Kemudian, lukisan-lukisan ini ditampal di dinding yang kerap kami conteng. (Haha, kesian dinding tu, comot habis! Saya tak ingat bagaimana dinding itu ditutup dari pandangan ketika raya.)


Kemudian, ketika saya bersekolah rendah di Pulau Pinang. Saya tak ingat ketika darjah berapa, kartun itu beralih siaran ke NTV7. Tak silap dulu kat RTM. Doraemon ke udara di NTV7 setiap hari Sabtu kalau tak silap, tetapi saya agak yakin kerana Sabtu selalunya ada pasar malam di kawasan kediaman saya.

Kemudian, ketika Darjah 4, NTV7 siarkan pelbagai kartun setiap hari antara pukul 7 hingga 8. (Waktu Maghrib jugalah nak pasang). Setahun kemudian, NTV7 ubah plan kot. Crayon Shin Chan yang sebelum ini disiarkan pada hari Isnin, pukul 7.30 mlm ditukarkan ke hari Sabtu untuk bergandingan dengan Doraemon. Saya ingat kerana ketika Darjah 4, saya kempunan nak tengok Shin Chan sebab ada tuisyen pukul 8. Saya kena keluar awal sebab kena jalan kaki ke pusat tuisyen.


Saya rasa sejak itu sehingga sekarang, NTV7 menetapkan siaran Crayon Shin Chan hari Sabtu, pukul 7.00 mlm, diikuti Doraemon pukul 7.30 mlm. Kalau ada perubahan waktu siaran pun tidak lama, kemudian ditukar balik ke masa asal.
Ada rupa Doremon tak? Hehe~
Idea untuk menghasilkan post ini setelah saya menonton satu episod Doraemon. Ketika itu baru saya terfikir bahawa Doraemon ini bukan sekadar kartun. Kenapa saya berkata sedemikian? Cuba kamu lihat salah satu episod Doraemon ini. [Saya galakkan untuk tonton, tetapi kamu boleh teruskan ke perenggan seterusnya jika mahu.]




Dari episod tersebut, dapat saya simpulkan bahawa banyak pengajaran yang ditonjolkan melalui satu episod Doraemon. Antaranya :

1. Yang paling jelas dan nyata, kemaafan itu penghapus dendam dan benci terhadap orang lain. Walau kadangkala, kemaafan itu tidak dapat kembalikan yang telah tiada, tetapi tak semua kesalahan itu dilakukan dengan sengaja. Keikhlasan seseorang amat penting dalam hal ini.

2. Berbuat baik sesama manusia tidak kira usia, tua mahupun muda. Ketika Nobisuke (ayah Nobita) masih kecil, beliau suka menolong nenek tersebut. Begitu juga dengan nenek tersebut yang gemar menghidangkan Nobisuke dengan hidangan yang enak. Nenek itu terus bersikap demikian, turut menghidangkan makanan kepada Nobita dan Doremon. Doremon juga menolong menyambung semula tali persaudaraan antara Nobisuke dengan nenek tersebut. Amat bagus!

3. Jangan selalu bersangka buruk terhadap orang lain! Mama tersilap dengan menuduh Nobita memecahkan pasu bunganya sedangkan itu perbuatannya sendiri. Begitu juga nenek yang dengan mudahnya menyangka Nobisuke yang memecahkan pasu bunganya yang amat disayangi. Juga, jangan suka menuduh orang tanpa usul periksa dulu ya!

4. Seperti lagu popular Aznil, Jangan Cepat Marah! Kesabaran yang tinggi amat diperlukan ketika menghadapi kemarahan. Marah memang sesuatu yang buruk. Sebab itu marah itu kegemaran syaitan. Orang-orang yang bersabar pula disayangi Allah.

5. Usaha tangga kejayaan! Kakak tu dulu gemuk, sekarang kurus dan cantik! Boleh jadi motivasi buat yang nak kuruskan badan! Hehe~

6. Semua yang hidup akan membesar dan akhirnya menjadi tua. Tak kisahlah waktu muda dia comel ke, hensem ke, ayu ke tapi akhirnya semua itu akan hilang dan berubah apabila tua. Teringat hadis tentang lima perkara yang datang sebelum lima perkara. Antaranya, muda sebelum tua.

7. Saya juga perasan yang sikap orang Jepun yang ditunjukkan dalam episod ini juga lebih kurang dengan orang kita sahaja. Malu untuk menegur, juga malu untuk mengaku salah dan meminta maaf sehinggakan rasa bersalah terus bersarang dalam diri. Jadi, kalau orang Jepun bersopan santun, orang Melayu berbudi bahasa. Jangan nak bandingkan lagi ya.
Memang banyak pengajaran yang ditonjolkan oleh kartun Doraemon. Ini baru satu episod, dan ada juga pengajaran episod ini yang tidak saya huraikan.


Jadi, saya amat menggalakkan anda, adik anda, anak anda, dan sesiapa juga yang berkaitan dengan anda untuk menonton Doraemon. Kerana anda akan dapat lebih daripada sekadar kartun yang menghiburkan. Set alarm kat handphone – setiap Sabtu pukul 7.30pm khas untuk Doraemon di NTV7.

Siapa sangka kartun yang telah berusia hampir tiga dekad ini masih lagi sesuai dengan zaman sekarang. Dan saya rasa mesti ada sahaja episod baru yang penuh pengajaran. Saya dan saya yakin kamu juga tidak akan jemu dengan kartun ini.

Tetapi semuanya pasti ada akhirnya. Saya pun tak pernah terfikir bagaimana Nobita dan rakan-rakannya ketika sudah besar. Pasti akan berakhir kisah mereka kerana Doraemon adalah kartun yang memaparkan kisah mereka ketika kecil sahaja. Kamu nak tahu kesudahan Doraemon? Baca di bawah.

















Sekian, wassalam.

Jimie : Pernah terfikir kenapa Doremon tak nampak seperti kucing pun? Episod akhir itu menjelaskan segalanya. :)

1 ulasan:

  1. ドラえもんは、あなたが言及した値とは何の関係もしていた。シンエイ動画、アニメーションや監督と私の仕事は楽しいのは、のためだけに言った。笑。

    BalasPadam