Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Kes 1
Suatu hari, anda log in ke Facebook. Loading… Facebook Home. 1 Notification!
Lantas anda tekan notification itu dan ke halaman berikut :
Apa tindakan anda seterusnya?
Kes 2
Suatu hari, anda layari www.facebook.com. Directing… (Tak payah login, sebelum ni dah tanda kat “Keep me signed in”) Loading… Facebook Home. 1 Notification! Mr. Bean posted on your Wall. Anda terus ke wall facebook anda, dan anda dapati kawan anda post ini:
Atau mungkin kawan anda tag nama anda di salah satu post yang lebih kurang seperti di atas. Jadi apa yang anda lakukan?
Ingin saya maklumkan bahawa sekiranya anda menekan link yang diberikan seperti “See who views your profile @ http://z1p.ch/z2?01234”, maka dengan automatiknya anda akan menerima masalah! Oklah, dalam bahasa mudahnya, anda akan mendapat virus di Facebook! (Sebenarnya bukan virus, tetapi perkataan tu macam sesuai). Tetapi di blog post ini, kalau kamu nak tekan link tu, tekan la, saya dah modified dan telah diuji link tu tak wujud.
Saya nasihatkan anda tidak memarahi orang yang post atau invite benda-benda macam ni sebab saya pasti mereka tidak berniat sekalipun. Malah, mereka inilah orang yang sudah terkena virus tersebut! Anda berilah nasihat dan sedikit panduan untuk mengatasi masalah ini.
Sekarang ini semakin menjadi-jadi virus facebook ni. Setiap hari mesti ada saja yang menjadi mangsa. Wajib satu hari ada kawan saya terkena dan virus ni cuba pancing saya. Nasiblah kawan saya tak ramai sangat. Agaknya kalau yang ada beribu friends tu berapa banyak kalilah berlaku kes 1 atau kes 2 atau kedua-duanya sekali. Dalam banyak-banyak percubaan virus itu cuba memancing, pastinya pernah terdetik untuk menekan link itu dan mengetahui siapa top profile viewers, siapa stalkers kita, siapa top commenters, paling banyak like, top fans dan macam-macam jenislah.
Maka, saya nasihatkan berHATI-HATIlah. Dalam menghadapi situasi ini, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Untuk memastikan tidak tertipu pastinya seseorang itu perlu berpengalaman (dan pastinya tidak akan mengulangi kesilapan lampau), ada ilmu internet walau sedikit pun, banyak membaca tentang perkara-perkara sebegini dan sebagainya.
Pastinya virus ini tidak hanya dalam bentuk sahaja selama-lamanya. Berdasarkan kajian, setiap hari wujudnya 73,000 ancaman (computer threats) baru. Anda boleh membaca tentang perkara ini di sini. Virus di Facebook ni bukan sesuatu yang baru. Kalau dahulu, anda perlu pergi ke fanpage palsu (fake) dan tekan butang LIKE sebelum perlu menekan sesuatu link. Tidak lama selepas itu, wujud pula pelbagai application Facebook yang juga falsu (false+palsu). Kini, event invitation pula. Selepas ini apa pula agaknya.
Dalam menangani hal ini, anda perlu berhati-hati. Jangan sesekali membenarkan (allow) mana-mana application yang tidak pasti atau kurang diyakini sekiranya mereka meminta untuk access profile atau maklumat-maklumat anda di Facebook. Juga kalau benda yang kawan anda post tu macam pelik, bukan seperti yang selalu kawan anda post, maka dinasihatkan tidak menekan sebarang link. Dapatkan kepastian dari rakan anda dan selidik dahulu kebenaran.
Bagi yang sudah terkena (Wakenabeb!), jangan risau, anda tidak perlu tutup akaun Facebook anda. Saya syorkan anda mengambil langkah-langkah berikut:
Aplikasi Facebook mempunyai pelbagai tahap kawalan terhadap profil anda, bergantung pada aplikasi itu sendiri. Jika anda mahu mengehadkan kawalan sesetengah aplikasi terhadap profil anda tanpa membuangnya, anda patut tekan Edit Settings dan tetapkan tahap private anda. Sebaiknya, anda periksa senarai aplikasi tersebut dengan kerap untuk memastikan keselamatan yang maksimum.
Saya juga ingin mengajak anda semua untuk sertai Facebook page yang sering memberikan banyak info tentang perkara-perkara sebegini seperti Social Network Scams (klik pada namanya untuk ke laman tersebut), Facebook Safety dan Facebook Security. (Saya tak dapat apa-apa komisen untuk promote page-page tersebut ye!)
Harap anda dapat sebar-sebarkan perkara ini pada rakan-rakan anda supaya penyebaran virus ini dapatdihentikan dikurangkan (dihentikan susah kot). Moga bermanfaat dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
1. Pergi ke laman web http://www.facebook.com/. Langkah ini tidak akan berkesan sekiranya anda menggunakan aplikasi di telefon bimbit atau laman web di telefon bimbit.
2. Tekan Akaun (Account) yang terletak di bucu atas kanan laman web tersebut.
3. Pilih Tetapan Privasi (Privacy Settings).
4. Di bawah halaman pada bahagian Aplikasi dan Laman Web (Apps and Websites), klik pada Edit Tetapan Anda (edit your settings).
5. Anda akan mendapati satu senarai yang menunjukkan aplikasi yang anda telah benarkan access ke profil dan akaun anda.
6. Anda boleh buang (remove) mana-mana aplikasi yang anda tidak biasa dan anda syak sebagai punca virus dengan tekan “X” pada kanan nama aplikasi tersebut.
**NOTA**Anda boleh menambah semula mana-mana aplikasi yang anda terbuang.
Saya juga ingin mengajak anda semua untuk sertai Facebook page yang sering memberikan banyak info tentang perkara-perkara sebegini seperti Social Network Scams (klik pada namanya untuk ke laman tersebut), Facebook Safety dan Facebook Security. (Saya tak dapat apa-apa komisen untuk promote page-page tersebut ye!)
Harap anda dapat sebar-sebarkan perkara ini pada rakan-rakan anda supaya penyebaran virus ini dapat
Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: “Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun.
Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.” [Hadith Ibnu Majah]
**Keterangan hadis boleh didapatkan di sini.**
Sekadar perkongsian : Video tentang Virus Facebook
Sekian, wassalam.
RUJUKAN :
1. The “Profile Views” virus is spreading, here’s how you remove the attack. By Social Network Scams on 30th January 2011 6.47pm; http://www.facebook.com/note.php?note_id=107733952635134
2. Untung Rugi Belajar dan Sebarkan Ilmu; Yayasan Ilmu; http://yayasan-ilmu.blogspot.com/2011/01/untung-rugi-belajar-dan-sebarkan-ilmu_8983.html
3. Every day Malware authors produce 73 000 new threats; Security Central Forum (SCForum); http://scforum.info/index.php?topic=5799.0;prev_next=next
Tiada ulasan:
Catat Ulasan