Assalamualaikum wbt.
Sepanjang minggu ini, kecoh satu Malaysia tentang kes kerajaan block laman web untuk download (10 laman web je). Lagi menambah perisa, selepas sahaja kerajaan block laman-laman web itu, ada penggodam atau hackers yang cuba hack (godam) beberapa laman web kerajaan.
Pastinya yang terasa tempiasnya pengguna-pengguna internet terutamanya yang selalu berkunjung ke laman web yang diblock itu. Maka keluarlah beberapa kenyataan, post kat blog, komen kat Facebook mahupun Twitter dan sebagainya; memaki hamun kerajaan atas tindakan tersebut. Hasil pemerhatian saya, ramai yang komen :
“Yang pergi block website download tu kenapa? Website lucah tu bukannya nak block. Menyusahkan aku nak download free je!”
Agak-agaknya, adakah kenyataan itu berlandaskan akal fikiran atau perasaan?
“Kalau tiada yang melawatnya, maka taklah berkembang laman web itu, tiadalah orang tahu khabar berita laman web itu sama ada kena block, kena hack dan sebagainya.”
Yang komen-komen ni kira baik la lagi. Ada satu kumpulan yang digelar Anynomous pula menggodam pelbagai laman web terutama yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia. Ada yang berjaya, ada yang tidak.
Tujuan hack, godam menggodam ni? Katanya sebagai amaran kepada kerajaan supaya tidak block laman web tertentu terutamanya untuk aktiviti muat turun. Ada yang kata sebagai amaran agar sentiasa penuhi kehendak rakyat. Jangan sekat kebebasan dalam internet!
Dalam erti kata lain, kebebasan itu bererti : “ikut suka aku la nak buat apa, kau sibuk apa?” Setuju? Maka kebebasan yang dimaksudkan berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
“Andai kebenaran itu menurut nafsu manusia, maka langit dan bumi serta semua yang ada di dalamnya pasti telah binasa. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka peringatan (untuk) mereka (iaitu Al-Qur’an), akan tetapi mereka berpaling dari peringatan tersebut.”
[AQ; Al-Mu’minun; 23:71]
Satu sahaja persoalan yang mengundang dalam fikiran aku. Jika benar mereka berkata-kata berlandaskan akal fikiran, jika benar mereka mahu laman web lucah terkubur, jika benar mereka menggodam untuk tujuan yang baik, maka kenapa sejak dahulu mereka tidak godam sahaja laman-laman web lucah? Ubah supaya wujudnya ayat-ayat Al-Quran dan hadis atau gambar kubur atau kisah tentang kematian agar pengunjung laman web lucah ni insaf. Atau godamlah sampai tiada siapa dapat buka laman web itu lagi. Kalau godam laman web berkaitan kerajaan, buat apa? Dapat apa?
Fikir-fikirkanlah. Biarlah kata-kata dan tindakan seiring dengan akal fikiran. Jangan diikutkan perasaan, takut nanti sampai kebinasaan.
Sekian, wassalam.
Rujukan :
1. Islam dan Kebebasan; Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni; Kompasiana; http://agama.kompasiana.com/2011/02/06/islam-dan-kebebasan/
JAZMI : Berdoa agar blog ni tak tersenarai antara target penggodam. ;)