Ahad, 19 Jun 2011

Menggodam Hati Penggodam (Hacking Hackers' Heart)

Assalamualaikum wbt.

Sepanjang minggu ini, kecoh satu Malaysia tentang kes kerajaan block laman web untuk download (10 laman web je). Lagi menambah perisa, selepas sahaja kerajaan block laman-laman web itu, ada penggodam atau hackers yang cuba hack (godam) beberapa laman web kerajaan.


 Pastinya yang terasa tempiasnya pengguna-pengguna internet terutamanya yang selalu berkunjung ke laman web yang diblock itu. Maka keluarlah beberapa kenyataan, post kat blog, komen kat Facebook mahupun Twitter dan sebagainya; memaki hamun kerajaan atas tindakan tersebut. Hasil pemerhatian saya, ramai yang komen : 

“Yang pergi block website download tu kenapa? Website lucah tu bukannya nak block. Menyusahkan aku nak download free je!”
Agak-agaknya, adakah kenyataan itu berlandaskan akal fikiran atau perasaan?

“Kalau tiada yang melawatnya, maka taklah berkembang laman web itu, tiadalah orang tahu khabar berita laman web itu sama ada kena block, kena hack dan sebagainya.”
Yang komen-komen ni kira baik la lagi. Ada satu kumpulan yang digelar Anynomous pula menggodam pelbagai laman web terutama yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia. Ada yang berjaya, ada yang tidak.

Tujuan hack, godam menggodam ni? Katanya sebagai amaran kepada kerajaan supaya tidak block laman web tertentu terutamanya untuk aktiviti muat turun. Ada yang kata sebagai amaran agar sentiasa penuhi kehendak rakyat. Jangan sekat kebebasan dalam internet!

Dalam erti kata lain, kebebasan itu bererti : “ikut suka aku la nak buat apa, kau sibuk apa?” Setuju? Maka kebebasan yang dimaksudkan berlandaskan hawa nafsu semata-mata.
“Andai kebenaran itu menurut nafsu manusia, maka langit dan bumi serta semua yang ada di dalamnya pasti telah binasa. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka peringatan (untuk) mereka (iaitu Al-Qur’an), akan tetapi mereka berpaling dari peringatan tersebut.”

[AQ; Al-Mu’minun; 23:71]

Satu sahaja persoalan yang mengundang dalam fikiran aku. Jika benar mereka berkata-kata berlandaskan akal fikiran, jika benar mereka mahu laman web lucah terkubur, jika benar mereka menggodam untuk tujuan yang baik, maka kenapa sejak dahulu mereka tidak godam sahaja laman-laman web lucah? Ubah supaya wujudnya ayat-ayat Al-Quran dan hadis atau gambar kubur atau kisah tentang kematian agar pengunjung laman web lucah ni insaf. Atau godamlah sampai tiada siapa dapat buka laman web itu lagi. Kalau godam laman web berkaitan kerajaan, buat apa? Dapat apa?

Fikir-fikirkanlah. Biarlah kata-kata dan tindakan seiring dengan akal fikiran. Jangan diikutkan perasaan, takut nanti sampai kebinasaan.

Sekian, wassalam.

Rujukan :
1. Islam dan Kebebasan; Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni; Kompasiana; http://agama.kompasiana.com/2011/02/06/islam-dan-kebebasan/

JAZMI : Berdoa agar blog ni tak tersenarai antara target penggodam. ;)

4 ulasan:

  1. aku nak godam blog ko jazmi..tunggu la..haha =P

    BalasPadam
  2. blog seterusnya.. jimie1402.blogspot.com
    haha...

    BalasPadam
  3. salam.kerajaan cm bodoh pe cerita.... bukan semer yg depa dok down tu semer porno..hangpa tau x, dgn org download file mereka, depa dok dapat duit per down from user.. depa pon marahla... lenla kerajaang bagi duit kt depa salu..nie dak..cukai + barang naik ja..botak lah pala.. sungguh geli nak masukkan ayat suci al-quran ke website gitu.. hangpa ingt potongn2 ayt suci al-quran tu undang2 negara ka? """Dalam erti kata lain, kebebasan itu bererti : “ikut suka aku la nak buat apa, kau sibuk apa?” Setuju? Maka kebebasan yang dimaksudkan berlandaskan hawa nafsu semata-mata.""""" aku setuju ckp hang tapi bukan sema nak ikutkan hawa nafsu sahaja.... hak kebebasan rakyat pi mana? nk bersuara pon xboleh? media main peranan tipu ja? dgn media camni lah ada diantara kita leh sebarkan link2 untuk dimuat turun untuk edar kpd rakyat...( simpanan bukti ) aku xnafi mang byk yg buat salah guna web niey. copyright cerita pe cerita kan? lagu? byk lah..tapi yg penting... kerajaan mainkn peranan penting..asal nk bakar perasaan rakyat? nie pikiaq aku ja..jgn amek hati..just nk kongsi2 n bincang2..kalo ak salah ak mintak hampun ya... ak insan biasa, byk buat salah... salam.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama, pertama sekali terima kasih kerana membaca.

    Buat pengetahuan saudara, pandangan politik saya adalah neutral, tak menyokong kerajaan mahupun pembangkang.

    Saya juga persoalkan kenapa kerajaan block laman web download tp tak block website2 lucah.

    Tetapi dalam artikel saya kali ni, saya cuma nak beri idea dalam membangunkan 'kerajaan yang benar'.

    Cuba bayangkan, kalau ada di pihak pembangkang ada satu pasukan khas yang celik IT, setiap hari akan memburu dan menggodam website2 lucah ni. Akhirnya, website2 sebegini terkubur di negara ni. Mestilah lagi ramai yang menyokong 'kerajaan yang akan dibangunkan' ni.

    Kesimpulannya, kalau nak sebuah negara yang diimpikan; tiada jenayah, tiada rasuah, negara Islam, negara kebajikan atau apa-apa sajalah; biarlah orang memlilih kita kerana teladan yang baik, kerana segala tuturkata dan tingkah laku kita baik.

    Maaflah kalau saya letak ayat Al-Quran tu bagi awak rasa geli ke apa, tapi saya tidak akan main2 dengan agama saya. Saya nasihatkan awak belajar bersangka baik.

    Sekali lagi, terima kasih atas pendapat saudara, saya hargainya. Moga kita mengambil manfaat daripadanya. =)

    BalasPadam