Di dalam sebuah kelas darjah satu di sebuah sekolah rendah, seorang guru sedang menguji pengenalan murid-murid terhadap gambar buah-buahan.
Cikgu-ru : Albab, ini buah apa? (Sambil menunjukkan gambar di bawah)
Albab : Ini buah pisang, cikgu!
Cikgu-ru : Bagus Albab! Baik, seterusnya. Alibab, yang ni pulak buah apa? (Sambil menunjukkan gambar di bawah)
Alibab : Buah rambutan cikgu!
Cikgu-ru : Ya, pandai Alibab! Betul jawapan awak. Ok, seterusnya saya nak tanya Karibab pulak. Ini buah apa? (Sambil menunjukkan gambar di bawah)
Karibab : Oh, senang je cikgu. Nama buah ni Pearuang. (dengan muka bangga)
*Kelas tersebut menjadi riuh-rendah dengan hilai tawa murid-murid dan juga Cikgu-ru*
Cikgu-ru : (Setelah penat ketawa) Salah tu Karibab! Dari mana pula datang perkataan Pearuang ni Karibab?
Karibab : Oh, Cikgu Abubaba yang ajar English Education tu kata, bear dalam bahasa Melayunya ialah beruang. Tambah wang (-uang) je kat belakang bear tu. Jadi kalau pear, tambah -uang kat belakang jadilah pearuang.
Cikgu-ru : Haha. Salah teori kamu tu. Ini buah bukan pearuang namanya dalam Melayu.
Karibab : Habis tu, apa nama pear dalam bahasa Melayu, cikgu?
*Satu kelas terdiam. Mereka juga tak tahu jawapannya*
Cikgu-ru : Aaaa, errr... Oh, loceng dah bunyi! Selamat rehat murid-murid semua! (Dengan pantasnya cikgu-ru keluar dari kelas tersebut.)
***Idea asli penulis, Ahmad Jazmi pada 12 Jun 2011 ketika sedang makan tengah hari.***
Nota penulis : Kalau berdasarkan Google Translate, pear dalam bahasa Melayu adalah pir. Tetapi saya tak pernah dengar orang sebut pir atau kat supermarket ada perkataan pir. Tak apalah. Pear tu bukan buah-buahan tempatan, jadi tak salah kalau wujud kekeliruan. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan