Asas kepada seseorang muslim itu ada 3 perkara iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Asas Islam dan Iman selalunya telah ditekankan semenjak kecil lagi iaitu 5 perkara rukun Islam dan 6 perkara rukun Iman. Bagaimana pula dengan Ihsan?
Ihsan bererti berbuat baik. Maksud Ihsan berdasarkan hadis berikut :
Dari Umar Al-Khattab : Jibril tanyakan kepada Rasulullah : “khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?”
Jawab Nabi saw : “Ihsan itu adalah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya tetapi jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah sesungguhnya Dia melihat engkau.”
-Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi-
RUKUN IHSAN
Terdapat beberapa perkara yang menjadi rukun Ihsan iaitu :
1. Akal/Fikiran
2. Hati
3. Tujuh anggota utama : mata, lidah, telinga, perut, syahwat (kemaluan), kaki dan tangan
4. Bersifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah
5. Mengetahui dan mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya
ISI PENTING LAIN
Berikut merupakan isi-isi penting :
• Akal hanya memikirkan tentang apa yang dilihat, justeru untuk perkara-perkara yang tak dapat dilihat, Islam yang menggerakkannya
• Mepelajari dan mengamalkan sekurang-kurangnya 10 sifat mahmudah, juga menjauhi 10 sifat mazmumah
• Hati perlu dijaga kerana seperti apabila seseorang mendapat penyakit hati, kanser hati, hati berlubang dan sebagainya, jasad akan menjadi kurus dan tak bermaya. Dalam Islam, penyakit hati adalah hasad, dengki, dendam, cemburu dsb.
• Mempelajari rukun Islam itu fardu ain, mempelajari rukun Iman itu fardu ain dan mempelajari ihsan itu juga fardu ain
PENDAPAT
Rukun Iman dan Islam selalunya ditekankan semenjak dari kecil lagi. Malangnya ihsan ini tidak pula ditekankan sangat. Dalam silibus sekolah, pecahan rukun Islam dan Iman telah dijadikan bab-bab yang berlainan (cth: puasa Bab 1, haji Bab 2 dsb) sedangkan Ihsan tidak dipecahkan dan dikumpulkan dalam satu bab sahaja. Itupun tak salah saya ketika sekolah menengah.
Memandangkan mempelajari ihsan ini juga fardu ain, maka perlu ditekankan semenjak kecil lagi. Mungkin kerana kurangnya ihsan dalam diri menyebabkan banyak kes2 yang tak diingini berlaku seperti buang bayi, derhaka, zina dsb.
Lantas, perlunya kerajaan menyusun semula silibus Pendidikan Islam. Mungkin juga para munsyid boleh membuat lagu tentang Ihsan ini seperti rukun Islam dan rukun Islam yang dilagukan.
NOTA : Artikel ini adalah berdasarkan khutbah Jumaat pada 23 April 2010 di Masjid SS8 (Kelana Impian). =)
Tahun leoas nye khutbah pun kau ingat lagi??? Hebat!
BalasPadamNi aku keluarkan dari simpanan aku ni.
BalasPadamTapi khutbah kat masjid tu memang best. Khatib menyampaikan secara santai dan penuh bermakna.
Rindu nak gi solat kat situ. =')