Sabtu, 23 Julai 2011

Kau Terhebat!

Hari ini saya ingin bicarakan tentang lirik lagu. Cuba baca lirik ni :

“Harum mawar mekar mewangi, indah mewangi taman syurgawi, namun tak dapat menandingi dirimu yang ku cinta.”

Agak-agaknya lagu ni jenis apa? Cinta? Semangat? Nasyid? Sekali baca dah tahu kan? Tapi lirik kat atas ni macam zaman 80/90-an sikit. Kalau sekarang lebih kurang macam ni la.

“Jangan pandang-pandang, pandang saja yang tersayang, atau jumpa ayah bagi penampar melayang.”

Yang agak berteknologi sikit tu, liriknya lebih kurang begini :

“Umpama iPad keluaran kelima, Belum keluar tapi dah tahu berharganya.” Woha!

Ok2, kita baca pulak lirik yang berjenis seperti berikut :

“Jika kau fikir kau boleh, maka kau boleh la, tak faham bahasa ka?”

Opss, sori, kita tengok lirik lain lah :

“Biar satu bumi bergegar, biar panahan halilintar, kau teguh berlayar, berjuang hingga akhirnya.”

Lagi satu :

“Di kala malam hari, sejuta bintang bertaburan, kau yang berkelipan gemilang, satu dalam seribu.”
Ok, sekarang, saya nak tanya pendapat anda semua. Jenis-jenis lirik seperti contoh kat atas tu agak-agak jenis apa? Pastinya ramai yang kata, yang pertama tu tentang cinta. Yang kedua tu lagu bersemangat, bagi semangat nak hidup! Pandai anda semua! Satu tumbukan gemuruh pada skrin PC anda(kalau berani la)!

Kalau saya kata, lagu yang seperti di atas tu, sebenarnya mampu menjadi selawat dan pujian ke atas Rasulullah percaya tak? “Hmm, kalau yang cinta tu boleh la kaitkan jugak. Macam lagu nasyid cintan cintun tu. Yang lagu bersemangat tu macam mana pulak? Tak pernah dengar pulak.” Betul-betul, selalunya lagu semangat tu selalu kita nyanyi bagi diri kita seorang sahaja (mungkin yang nyanyi sekali pun boleh), betul tak?

Cuba baca lirik ni :

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu di lautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar


Betul tak lirik lagu ni macam lirik lagu semangat? Cuba tengok yang ni pulak :

Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata


Lirik atas ni macam bagi idea dan semangat kat kita untuk buat benda-benda bagus, betul tak?


Kalau anda nak tahu, dua rangkap lirik tersebut, sebenarnya lirik lagu yang memuji junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.! Jom kita baca lirik penuhnya :


Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata


Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat!


Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadimu pesona


Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu di lautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar


Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu
Dikau terhebat

Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Asyraf, Nur One, Fahren (Arteffects Production)


Lirik ini adalah lirik lagu yang bertajuk “Kau Terhebat (S.A.W.)” nyanyian kumpulan nasyid baru, Nur One di bawah pasukan produksi Hafiz Hamidun (ex-UNIC) iaitu Arteffects Production. Jom dengar lagu penuh :


Boleh juga dengar dan download di sini :


Secara keseluruhannya, lagu ini amat bagus dalam ciptaan lirik terutamanya, kerana berjaya menghasilkan lagu puji-pujian ke atas Rasulullah S.A.W. melalui cara yang berbeza. Kalau dahulu kebanyakan lagu jenis ini cuma menyatakan secara terus atau langsung (direct) seperti “Ya Rasul, kau umpama bulan yang bercahaya.” dan juga diterjemahkan dari sajak dan syair Arab.


Berdasarkan lagu ini, pendekatan berbeza diambil. Selain dapat memuji dan mengingati Rasul yang tercinta, juga secara tidak langsung dapat mencontohi peribadi Rasulullah dan menjadikan baginda idola dan teladan yang perlu diikuti. Boleh lihat pada bahagian lirik rangkap yang pertama :


Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata


Maka kita boleh contohi baginda yang selalu tersenyum manis, berjiwa yakin dan berkata-kata yang baik berdasarkan rangkap tersebut.


Harapan saya, lagu-lagu yang gaya sebegini dihasilkan dengan lebih kerap kerana terasa lebih dekat dan senang untuk mencontohi Rasulullah. Lagu-lagu sebegini juga saya kira mampu menarik jiwa Muslim, pemuda pemudi terutamanya untuk mencintai dan menteladani Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.



[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
[Sumber]
*Nota : Selawat bereti pujian dan pengagungan
Sekian sahaja, bicara tentang lirik kali ini. Wassalam.


JIMIE : Kau boleh, kau terhebat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan