Khamis, 31 Mei 2012

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 Dikuatkuasa Mulai 1 Jun 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Anda perlu kisah tentang perkara ini tidak kira sekiranya anda berkaitan dengan bidang perguaman dan pengadilan undang-undang atau tidak, terutama pada yang kerap melayari internet dan mempunyai akaun pengguna pada laman-laman web tertentu.

Apa yang penting sangat tentang Rang Undang-undang ini? Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 yang baru dipinda ini bertujuan menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian (online), dan bakal dikuatkuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Namun berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan BERNAMA dan mStar, undang-undang ini dipinda dan dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah jenayah siber yang agak sukar untuk dikesan terutamanya bagi yang merekacipta akaun palsu.
“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. “Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.
Apa perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang ini? Akta ini menyatakan setiap kandungan dalam mana-mana laman web mahupun WiFi, akan dipertanggungjawab pada pemiliknya.

Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  • > Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.


  • > Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

  • > Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

  • > Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

  • > Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

  • > …dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Perkara ini memang ada kebaikan dan keburukan. Harapnya akan ada bijak pandai yang mengutarakan penyelesaian yang lebih baik bagi memperbaiki akta ini.


JIMIE : Selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam laman web dan perlu juga memantau aktiviti orang lain yang berkaitan dengan diri kita.


SUMBER :
1. Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012; Radio Informasi; 20 April 2012; http://www.radioinformasi.com/2012/04/20/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-keterangan-pindaan-2012/

2. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok - 1 Jun 2012;
amanz.my; 31 Mei 2012; http://amanz.my/2012/05/akta-keterangan-pindaan-2012-berkuat-kuasa-mulai-esok-1-jun-2012/

Campak dan Cacar Air

Assalamualaikum wbt.
Ketika dijangkiti penyakit cacar air kira-kira sebulan yang lalu, saya ada membuat sedikit kajian ilmiah bagi penyakit tersebut.

Banyak fakta menarik yang telah saya pelajari. Maka saya ingin kongsikan di blog saya ini.

Campak dan Cacar Air : Serupa atau berbeza?

"Cacar air ni kena sekali seumur hidup je. Kalau kena kali kedua tu memang kes terpencil."
"Eh, yeke? Abang aku dah kena banyak kali dah."
"Dulu waktu dekat-dekat SPM aku kena banyak kali."

Fakta cacar air akan menjangkiti seseorang sekali seumur hidup memang betul, dan diperakui oleh doktor dan saintis seluruh dunia. Jadi bagaimana ada orang yang kena banyak kali?

Kebanyakan orang tersilap fakta. Ramai menganggap campak dan cacar air merupakan perkara yang serupa. Hakikatnya, dua penyakit ini hampir serupa, namun tak sama.

Cacar air pada orang dewasa
Cacar air (dalam English : chicken pox) dan campak (dalam English : measles) mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan. Kedua-duanya berpunca dari dua virus yang berbeza, tetapi memberikan simptom yang hampir sama.

Secara umumnya, kebanyakan orang lebih teruk sekiranya terkena campak berbanding cacar air, mempunyai demam yang lebih tinggi, dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi.Beberapa persamaan antara campak dan cacar air dapat dikenalpasti pada hari pertama penyakit. Kedua-dua penyakit berkongsi tanda-tanda awal seperti demam, hidung berair dan batuk. Campak penghidap mungkin melaporkan sakit tekak, tetapi sekali-sekala cacar boleh terbentuk di tekak, menyebabkan kerengsaan (irritation).

Demam campak akan meningkatkan suhu badan sehingga kira-kira 104-105 darjah F (40-40.56 darjah C). Sebaliknya, penghidap cacar air cenderung untuk demam pada suhu yang lebih rendah, walaupun beberapa orang yang benar-benar sakit, sama ada bayi atau remaja dan orang dewasa, mungkin mempunyai suhu badan yang lebih tinggi.Ruam campak bermula dengan bermulanya demam dan peningkatan suhu badan. Biasanya, ruam cacar air berlaku sedikit lebih awal dan tidak diikuti demam yang teruk. 

KOMPLIKASI PENYAKIT


Penyakit cacar air boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk, terutamanya bagi orang dewasa (kanak-kanak jarang mengalami komplikasi).

  • >    Cedera parah pada kulit anda
  • >    Radang otot jantung (myocarditis)
  • >    Radang buah pinggang (Glomerulonephritis)
  • >    Radang hati (Hepatitis)
  • >    Radang pankreas (Pankreatitis)
  • >    Keradangan testis (radang testis)
  • >    Keradangan pelbagai bahagian mata
  • >  Komplikasi yang paling teruk berpunca dari penyakit ini adalah jangkitan bakteria dan radang paru-paru.

Sewaktu saya berjumpa dengan doktor, beliau ada menyatakan bahawa penyakit ni boleh memberikan komplikasi sehingga jangkitan pada otak (paling teruk). Seram!

NASIHAT & PANTANG LARANG KETIKA DIJANGKITI

> Jumpa doktor!
    Ini merupakan perkara pertama yang paling penting untuk dilakukan sekiranya sudah nampak tanda-tanda akan dijangkiti.
     Doktor akan bagi nasihat dan ubat yang sepatutnya. Patuhi arahan dengan sebaiknya bagi mengelakkan sebarang komplikasi lanjutan.

> Elakkan dari menggaru

   Kalau nak garu sikit-sikit tu boleh la, tapi jangan kerap sangat. Takut nanti satu pecah, jangkit banyak-banyak ke kawasan lain pulak.
    Kalau tak nak jadi hodoh sebab parut penyakit ni, baik ikut petua ni.

> Losyen Calamine
    Losyen ni memang berkesan untuk mengurangkan rasa gatal. Dan juga boleh meredakan penyakit dalam masa yang lebih singkat.
    Selalunya losyen ni akan diberikan oleh doktor, tidak kira anda menghidap cacar air mahupun campak. Warnanya putih dan cepat kering.

> Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa
    Pastikan air kelapa tersebut fresh dari buahnya. Jangan beli dalam cawan yang jual tepi jalan tu. Isi buah kelapa yang warna putih tu tak termasuk dalam senarai yang perlu dimakan sekali.
    Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

> Daun semambu

    Ha, ni petua tradisional. Letakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa.

> Pantang larang Makan
    Elakkan makan kicap/makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam. Elakkan juga makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.

> Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

TAKUT KENA JANGKIT?

Alhamdulillah, teknologi sekarang telah berkembang. Manusia zaman sekarang boleh pilih untuk dijangkiti sekali seumur hidup atau tak dijangkiti langsung seumur hidup.

Caranya, pergi ke klinik atau hospital, bagitau nak dapatkan suntikan cacar air/campak. Bukan nak suntik virus penyakit tu dalam badan, tapi nak masukkan antivirus yang akan membunuh virus dari penyakit tersebut andai cuba dijangkiti.


Memang bagus vaksin ni, tapi agak rugilah kerana tak berpengalaman nak rasa penyakit ni. Nanti kalau anak-anak terkena, tak dapat nak cerita pulak. Kalau boleh vaksin ni diambil oleh hanya mereka yang sering terkena demam campak.

MENGHILANGKAN PARUT

Sebagai info tambahan, bolehlah lihat video berikut; iaitu cara-cara menghilangkan parut akibat penyakit ini. Saya pakai Bio-Oil je. Hehe~



INFO SELANJUTNYA
Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut tentang cacar air dan campak ini, boleh lihat sumber rujukan saya di bawah.

Sekian, wassalam.


Sumber : 
1. How Do I Tell the Difference Between Measles and Chickenpox?; WiseGEEK; http://www.wisegeek.com/how-do-i-tell-the-difference-between-measles-and-chickenpox.htm

2. Chicken Pox in Adults; SkinTurgor.com; Apr 27th, 2012; http://www.skinturgor.com/turgor/chicken-pox-in-adults


3. Chicken Pox Pictures; SkinTurgor.com; Feb 9th, 2012; http://www.skinturgor.com/turgor/chicken-pox-pictures


4. Petua dan Pantang Larang Demam Campak dan Cacar Air; Blog Cik Tom Gadis Tomato; December 28, 2011; http://www.ciktom.com/petua-dan-pantang-larang-demam-campak-dan-cacar-air/

5. Chickenpox vs. Shingles; canada.com; December 30, 2006; http://www.canada.com/edmontonjournal/news/bodyandhealth/story.html?id=ee12d7d4-6977-46cf-baf4-ea3c7a8f8927


6. DermTV.com : How to Remove Chickenpox Scars; 5min Ltd.; February 23, 2012; http://www.5min.com/Video/How-to-Remove-Chickenpox-Scars-517280020


7. Google Translate; http://translate.google.com.my

Sabtu, 26 Mei 2012

Lychee Cobbler Recipe



Prep Time:
15 Min

Cook Time:
1 Hr

Ready In:
1 Hr 15 Min

Servings:
8

Ingredients
  • - 1 cup all-purpose flour
  • - 2 teaspoons baking powder
  • - 3/4 cup white sugar
  • - 3/4 cup milk
  • - 1/4 cup butter
  • - 1 tin can of lychee

Instructions  

1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Melt butter in a 9 x 9 inch baking dish.
2. Blend together flour, baking powder, sugar, and milk.
3.
Filter the lychee in the can so that we get only the fruits.
4. Pour batter in baking dish over the butter. Sprinkle fruit on top of the batter, do not stir. Bake for 1 hour or until golden brown. 
5. Slice and ready to serve!

Jumaat, 25 Mei 2012

Satu Destinasi

Assalamualaikum wbt.



Sebuah sajak pendek terilham dalam minda apabila melihat gambar di atas.

Kau berkereta, dia naik bas, sedang aku hanya berjalan kaki.
Mungkin kau tiba awal, dia lewat sedikit dan aku kepenatan.
Tetapi kita menuju ke destinasi yang sama, walau berbeza cara.
Moga kita semua selamat sampai ke sana;
Syurga yang kekal abadi.

=)

Disclaimer :
Gambar di atas dipetik dari Facebook Brotherhood Arts.