Anda mungkin juga meminati : |
---|
- IIUM Kuantan - Sekitar Kuantan - Mahallah At-Tabari |
Assalamualaikum wbt.
Kali ini saya bawakan entri tentang Taaruf Week di IIUM Kuantan yang saya
terlibat iaitu pada Februari 2012.
Seperti kebanyakan Taaruf Week, semua pelajar (dari CFS terutamanya) akan
mendaftar seminggu awal daripada bermulanya kuliah. Namun satu kejutan bagi
saya (anda akan terkejut juga) setelah mendapat tahu bahawa Taaruf Week di IIUM
Kuantan ini berlangsung selama DUA hari sahaja!
Berbeza dengan Taaruf Week di CFS IIUM, juga di IIUM Gombak yang
berlangsung selama seminggu. Saya tak pasti adakah ketika Feb 11/12 Intake ini
sahaja yang dibuat sebegitu atau tidak. Anda akan tahu kelak.
Apa-apa pun, saya nak bawakan kepada anda melalui entri ini tentang
aktiviti-aktiviti dan segala yang saya lalui ketika Taaruf Week itu.
>>>HARI PERTAMA<<<
PENDAFTARAN
Sudah semestinya sesi pendaftaran akan menjadi sesi pertama Taaruf Week. Untuk
Feb 2012 Intake, tempat pendaftaran di Office of Campus Director (OCD). Bermula
pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari, anda perlu berpakaian kemas;
berkemeja dan seluar gelap bagi lelaki; baju kurung bagi perempuan.
Bawa segala dokumen dan bahan yang diminta. Mungkin akan ada borang
tambahan yang perlu diisi. Ada beberapa saringan yang perlu dilalui seperti
kaunter A&R, kaunter mahallah dan kad matrik (sesi penggambaran sekali).
Lepas daftar, boleh terus ke mahallah masing-masing, kemas-kemas barang
& bilik, berkenal-kenalan dengan ahli bilik atau boleh meluangkan masa-masa
terakhir bersama keluarga.
Ketika TaWe Feb 2012, waktu pendaftaran ini adalah waktu terakhir untuk
anda berada di bilik sebelum akan pulang lewat malam/pagi, terutamanya pelajar
lelaki yang mahallahnya lebih jauh.
BRIEFING BY STUDENT
COMMITTEE
Sesi pertama (pukul 12.00 t/h) setelah dengan rasminya menjadi pelajar IIUM
Kuantan. Lokasi untuk Feb 2012 Intake adalah di Banquet Hall, OCD. Tetapi untuk
intake yang ramai (sem 1 intake selalunya) mungkin di dewan yang lebih besar
seperti di Grand Hall, OCD.
Ketika sesi ini, komiti akan beri penerangan serba sedikit tentang Taaruf
Week yang sedang berlangsung, selain sesi perkenalkan komiti. Kemudian, kami
berjalan kaki dalam barisan macam budak tadika, berjalan ke masjid IIUM Kuantan
untuk solat Zuhur.
Info tambahan : Pelajar Feb 2012 Intake merupakan batch pelajar baru
pertama yang melakukan aktiviti taaruf di Masjid UIA Kuantan yang baru
didirikan.
Notis yang ditampal di masjid baru IIUM Kuantan |
BRIEFING BY DEAN &
DEPUTY DEAN (ACADEMIC AFFAIRS) KULLIYYAH
Bagi sesi ini, mungkin akan diepcahkan mengikut kulliyyah kerana setiap
kulliyyah mempunyai dean dan deputy dean masing-masing. Feb 2012 Intake di Main
Auditorium Kulliyyah of Science (KoS).
Sesi ini akan dengar ucapan pengurusan tertinggi sambil berkenalan dengan
pihak pentadbiran dan pensyarah. Kemudian diceritakan secara ringkas study plan
untuk jurusan masing-masing.
CAMPUS TOUR
Satu acara yang agak dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar baru.
Malangnya saya merasai Campus Tour yang tidak menepati jangkaan saya (dan
kebanyakan pelajar baru). Kami duduk dalam bas, bas bergerak dari satu tempat
ke tempat lain (tanpa berhenti) dan ada komiti yang bercakap di hadapan (dengan
PA system yang kurang memuaskan) beritahu ini tempat apa dan itu tempat apa.
Ada yang bertanyakan soalan, namun kebanyakannya tidak dengar dengan jelas
penerangan komiti. Dan ada beberapa lokasi tidak kami lalui.
Maka, kebanyakan pelajar baru masih samar-samar dengan lokasi di dalam
kampus. Saya dan rakan-rakan meneroka sendiri sekeliling kampus setelah tamat
Taaruf Week dan baru boleh dapat gambaran lebih luas tentang lokasi di dalam
kampus.
OUTDOOR ACTIVITY
Dikumpul di kawasan tempat letak kereta OCD, kami berpakaian sukan (bawak
siap-siap dari mahallah) dan mainlah permainan apa yang komiti nak main.
Dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar dan mainlah sampai senja.
BRIEFING BY ONE STOP STUDENT
CENTRE
Malam pertama di IIUM Kuantan, saya menghadapi 3 slot briefing selain
tambahan slot dengan komiti. Briefing pertama dari One Stop Student Centre
(OSC) yang menggabungkan semua department pentadbiran seperti Academic
Department, Counseling Department, Finace Department dan lain-lain lagi. Dapat
gambaran yang agak samar-samar jugak kerana masa yang diperuntukkan sangat
terhad untuk setiap department. Briefing ini sepatutnya dihabiskan dalam masa
sejam, tapi TaWe hari tu terlebih sikit.
BRIEFING BY PRIMARY CARE
CLINIC
Briefing kedua dari pihak klinik UIA Kuantan. Beritahu pasal prosedur,
kecemasan dan yang berkaitan.
BRIEFING BY INFORMATION
TECHNOLOGY DEPARTMENT (ITD)
Briefing dari pihak ITD pulak. Diasingkan dari briefing OSC berkemungkinan
kerana nak beritahu pasal WiFi, servis-servis, ITD Client Day dan lain-lain.
SLOT WITH STUDENT
COMMITTEE
Ikut jadual, pukul 10.30 malam slot ni. Tapi sebab briefing ambil masa yang
agak lama, nak dekat 11.30 malam baru start slot ni.
Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak belajar menyanyi lagu IIUM dan
bai’ah. Buat la banyak-banyak kali sampai komiti puas hati. Nak dekat pukul 1
pagi baru sampai bilik.
Esoknya kena bangun awal pulak sebab ada Qiamulail, kat masjid, bukan kat
mahallah. Kena tunggu bas awal-awal pagi, nanti tertinggal tak ada transport
pulak nak pegi kampus. Ada juga suara-suara kata nak ponteng.
Dugaan dan cabaran.
>>>HARI KEDUA<<<
Qiyamullail & Subuh
Prayer & Tazkirah
Sukarela atau paksatakrela, kenalah berdiri solat jugak. Ada yang lepas satu
dua solat, pergi tandas (kononnya), wuduk batal dan lain-lain. Tengah qiamulail
tu lepas beberapa solat, tiba-tiba hujan turun. Maka ramailah yang berlari
keluar selamatkan beg dan kasut. Lepas tu saf jadi pendek. Haha.
Tazkirah atau lebih tepatnya kuliah subuh, disampaikan imam Masjid UIA
Kuantan, dan diikuti Timbalan Presiden MPP. Ramai ambil kesempatan untuk
menggantikan waktu tidur yang tak cukup. Bagi saya, pengisiannya tak menarik
sangat. Orang yang mula-mula bukak mata dengar kuliah tu pun tutup mata
kemudiannya.
Lepas kuliah subuh, makan sarapan (Oh, lupa, info tambahan: makanan
disediakan 3 kali sehari iaitu sarapan (kecuali hari pertama), makan tengahari
dan makan malam.).
FUNDAMENTAL KNOWLEDGE
TEST
Lepas sarapan, ada Fundamental Knowledge Test (FKT). Test ni bagi sesiapa
yang tak pernah ambil Fardhu Ain/Study Circle kat CFS dulu. Bagi yang dah
ambil, ada la masa sikit nak rehat-rehat. Eh, tiba-tiba kena ke dewan, baca
Ma’thurat. Huhu.
BRIEFING BY SECURITY
MANAGEMENT
Pagi ni sambung lagi beberapa briefing. Pertama sekali dari Security
Management atau senang kata, dari pihak guard UIA Kuantan. Diberitahu apa yang
boleh, apa yang tak boleh, macam mana nak dapatkan sticker kenderaan UIA, cara
bayar saman dan lain-lain
BRIEFING BY IIUM LIBRARY
Briefing dari Library pulak. Diberitahu waktu dibuka/ditutup, lokasi, cara
pinjam buku, cara pulangkan buku dan lain-lain.
Info tambahan : IIUM Library ada bangunannya tersendiri setinggi 3 tingkat
bersebelahan dengan Kulliyyah of Dentistry. Memang best, aircond pun sejuk,
cantik, ada surau, tandas bersih dan lain-lain. Memang kondusif untuk belajar
(atau tidur, haha).
TILAWAH PLACEMENT TEST
(TPT)
Test ni perlu diambil oleh semua pelajar baru, sama ada dahulu pernah
belajar Tilawah atau tak kat CFS. Perlu baca Al-Quran mengikut yang
ustaz/ustazah suruh. Kemudian, baca surah lazim (Ad-Dhuha sampai An-Nas).
Ada 3 level. Kalau lepas, exempted, tak perlu ambil Tilawah langsung
sepanjang di IIUM Kuantan. Second level (intermediate), perlu ambil Tilawah 2
(satu semester). 3rd level (lowest), perlu ambil Tilawah 1 dan Tilawah 2
(berasingan semester).
Ikut jadual, Test ni sampai ke Asar, tapi sesiapa yang dah sudah, kena
praktis Baiah & lagu IIUM pulak.
BAI’AH PREPARATION
Persiapan terakhirlah untuk Bai’ah Ceremony. Kira final rehearsal sebelum upacara sebenar.
BAI’AH CEREMONY
Lebih kurang macam kat CFS je. Duduk diam-diam, jangan cakap. Quranic
recitation, Asmaul Husna, Negaraku, lagu IIUM, Bai’ah, ucapan, gimik dan habis.
Lepas semua VIP keluar tu baru tayangkan Multimedia Presentation. Maka
berakhirlah sudah Taaruf Week.
>>>POST TaWe<<<
Hari ketiga sebagai pelajar UIA Kuantan, kena pergi kulliyyah, pergi buat
course registration. Kemudian ada juga Interview for Tahfiz Package bagi yang
nak ambil Tahfiz Package menggantikan Pakej Kokurikulum.
Seminggu lepas tu, ada pulak (lagi) Seminar Kenegaraan Biro Tatanegara
(BTN), tak kira pernah pergi BTN kat CFS dulu atau tak. Compulsary for all
Malaysian students. Kemudian katanya tak akan ada BTN dah sampai kerja nanti.
Tapi saya dapat tahu sebelum grad nanti ada lagi satu. Haisshh...
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, saya agak kecewa dengan Taaruf Week yang saya lalui.
Sangat singkat dan tak ‘taaruf’ sangat dengan UIA Kuantan ni. UIA Gombak pun
taaruf seminggu, siap ada explorace lagi. Kalau ada kenalan di UIA Kuantan
lebih baik sebab mereka boleh tolong lebih dari apa yang akan dapat dalam TaWe.
Apa-apa pun, layan je, tak lama pun. Lepas tu pergi enjoy! Hehe.
Last words, WELCOME TO GARDEN OF KNOWLEDGE & VIRTUE!
Jimie : Ada orang kata, UIA Kuantan ni bukan garden, tapi jungle! :D
tahfiz package tu macam menarik je... kene bayar pape ke??
BalasPadamasal ada outdoor activity tu?? macam budak2 sekolah je gayanya... hmm..
x kena bayar pape utk tahfiz tu. Kena lepas interview je la.
BalasPadamHaa, korg jadik la budak2 sekolah nanti. :D
hahahahahahha, xbleh blah la kao.
BalasPadam