Anda mungkin juga meminati : |
---|
- IIUM Kuantan - IIUM Kuantan : Taaruf Week - Mahallah At-Tabari |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Maaf buat sesiapa yang menantikan entri terbaru tentang UIAM Kuantan. Tak
berkesempatan nak menulis, juga tak ada sumber internet untuk online.
Kali ini saya bawakan entri tentang Kuantan dan tempat menarik/tumpuan
sekitarnya.
Tasik Taman Bandar/Taman
Jubli Perak Sultan Ahmad Shah
Haa, tengok nama tempat pun dah tau kan apa yang ada kat sini. Taman Jubli
Perak Sultan Ahmad Shah atau nama manjanya, Taman Bandar sememangnya tempat tumpuan buat
penduduk sekitar untuk beriadah dan bersantai.
Selalu juga ada pertandingan memancing, senamrobik dan pelbagai lagi acara
berlangsung di sini. Pada Mei 2012, dilangsungkan Hari Belia (Yo!Fest)
peringkat negeri Pahang di sini.
Terletak agak berhampiran dengan UIAM Kuantan iaitu kurang daripada 1km,
dan lebih kurang 500m dari Mahallah At-Tabari. Sememangnya tempat tumpuan buat
pelajar UIAM Kuantan juga untuk beriadah dan bersantai di samping mengadakan
pelbagai aktiviti dan majlis/acara di sini. Ada juga buat filem (pendek) kat
sini dan ada juga yang buat birthday surprise (prank) kat sini!
Maklumat lanjut tentang Taman Bandar ni boleh didapati di sini.
Teluk Chempedak
Salah satu kawasan pantai yang terkenal di Kuantan. Agak pesat di sini
dengan pelbagai aktiviti perniagaan di samping pelbagai bangunan restoran,
hotel dan kedai wujud di tepi pantai ini. Kalau nak aman sikit dari kawasan
orang ramai, kena berjalan sikit menaiki jambatan panjang ke bahagian belakang
Teluk Chempedak.
Jalan ke bahagian belakang Teluk Chempedak |
Pantai bahagian belakang Teluk Chempedak |
Air Terjun Sungai Pandan
Sebuah tempat tumpuan orang ramai yang mahu dekat dengan alam. Perjalanan
dari Kuantan memakan masa kira-kira sejam.
Ada kemudahan asas disediakan seperti tempat letak kenderaan, tandas dan
pondok kecil. Boleh juga berkhemah (camping)
di samping berkelah dan mandi-manda.
Setiap kenderaan yang masuk dikenakan bayaran RM2.
Gua Charas
Salah satu gua yang terkenal di Kuantan, tapi sebenarnya bukanlah tempat
menarik untuk dilawati pun. Saya masukkan sekali untuk beritahu bahawa anda
tidak digalakkan untuk berkunjung di sana.
Dikenakan bayaran RM5 (kalau tak silap) untuk setiap kenderaan, kemudian
perlu panjat tangga yang curam. Ingatkan RM5 tu ada pemandu pelancong ke,
hampeh. Kemudian sampai di puncak (gua) dan ada gua lah, dengan dindingnya
penuh dengan contengan nombor ekor, in
memory dan lain-lain, selain dapat melihat hutan dari pandangan atas.
Ada sebuah gua di bahagian bawah sikit dari puncaknya, ada aktiviti
keagamaan bagi agama Buddha. Sebaiknya anda tidak masuk, kerana gua tersebut
tak tembus ke mana-mana selain perlu menghirup udara yang terperangkap di dalam
gua tersebut. Ada juga patung-patung Buddha dan alat-alat keagaamaan Buddha.
Tangga di situ juga agak curam dengan tempat pemegang yang agak rapuh.
Oh ya, untuk sampai ke sana, anda perlu melalui jalan kelapa sawit yang
penuh dengan najis haiwan dan jalan tanah yang kurang lancar.
Sungai Lembing
Perjalanan ke Sungai Lembing memakan masa lebih dari sejam. Sama jalan kalau nak ke Sungai Pandan. Jadi, kalau nak pergi sungai lembing ni, pergi la sekali Sungai Pandan tu. Sekali harung je orang kata.
Sungai Lembing
ini sekadar kawasan kampung, tapi bagi saya aman damai suasananya.
Ada muzium (sejarah) dan beberapa kawasan pelancongan (tak ingat). Ada juga
sungai tempat mandi-manda.
Semasa berada di sana, saya sempat makan di medan seleranya, yang turut ada
kedai menjual cenderamata. Harganya agak murah jika dibandingkan dengan harga
di Kuantan. Penduduk di situ juga agak ramah.
Bukit Gambang Waterpark
Satu tempat bertemakan taman air (seperti Sunway Lagoon dan Lost World
Tambun). Bayaran masuk untuk dewasa sekitar bawah RM30. Ada promosi istimewa
jika anda pergi pada hari jadi anda.
Jika anda ke sini, kena bawa duit lebih sikit sebab (sebaiknya) perlu sewa
pelampung untuk kebanyakan aktivitinya. Ada juga disediakan locker untuk
menyimpan barang berharga. Juga ada beberapa kedai makan dan restoran
disediakan, selain surau dan tandas.
Pastikan anda berpakaian sesuai untuk masuk ke taman air ini.
Tempat-tempat Lain
>Pusat beli-belah
- • Kuantan Berjaya Megamall
- • East Coast Mall
- • Kuantan Parade
- • Giant Kuantan
- • Tunas Manja, Indera Mahkota
- • Cowboy, Kuantan
>Pasar Malam
- • Bandar (Jalan Gambut) – setiap Sabtu
- • Indera Mahkota 1 – setiap Jumaat
- • Hari Selasa ada jugak rasanya tapi tak pasti kat mana, tak pernah pergi. IM2 rasanya.
- *lain-lain pasar malam tak ada info
>Makan & Minum
- • Tanjung Lumpur
- • Bukit Sekilau (Murtabak Mengkasar)
- • Medan Selera Jungle, Indera Mahkota
>Siar-siar
- • Espalanade Kuantan
- • Pantai Cherating
- • Pantai Balok
- • Taman Gelora
- • Tanjung Api
- • Bukit Bay Route
>Landmark
- • Masjid Sultan Ahmad 1 (Masjid Negeri)
- • Stadium Darul Makmur
- • Terminal Bas Makmur
- • Kompleks Sukan Pahang (Sukpa)
- • Wisma Belia, Indera Mahkota
>Bandar Terdekat
- • Pekan (Bandar Diraja)
- • Kemaman
- • Kuala Terengganu
- • Dungun
- • Besut
Penutup
Akhir kata, selamat menjejakkan kaki ke Kuantan. :)
Kredit
Terima kasih kepada kawan satu batch; Tawfiq, Fitri, Irfan, Nazmi & Burhan; yang terlibat sama dalam gambar-gambar di atas. :D
gua charas tu xperlu lah...
BalasPadamtks.
BalasPadam