Ahad, 29 Julai 2012

Kurnia




Tajuk : Kurnia
Artis  : Nowseeheart
Album : Kembali (2011)
Lagu : Azahari NSH
Lirik : Azahari NSH

Sejak dari mula diri berimaginasi
Disegenap minda gambaran bukan ilusi
Percaya segala mimpi pastikan menjadi kenyataan
Semoga tuhan terangi semua lorong-lorong perjalanan
Tunjukkan

Aku mengerti
Tiada yang lebih upaya dari Nya
Aku ketahui
Kepada Nya kita berserah berdoa
Kurniakan padaku Tuhan

Satu kehidupan persis perjalanan
Liku dan berduri menanti seribu halangan
Tempuhi akan pasti ku berusaha sedaya diri ini
Ku pasti

Aku mengerti
Tiada yang lebih upaya dari Nya
Aku ketahui
Kepada Nya kita berserah berdoa
Kurniakan

Kemenanganku di dunia
Bila di aturi pencipta
Tidaklah ku di syurga
Tanpa menerima rahmat Nya

Tuhan peliharalah
Hamba Mu ini yang lemah
Tuhan kurniakanlah
ganjaran Mu di syurga

يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين**

Tuhan tempatkanku di syurga


 **Menurut Anas bin Malik iaitu pembantu nabi,apabila Rasulullah s.a.w. berhadapan dgn sebarang kesusahan,Baginda akan membaca doa ini yg bermaksud:

"Wahai Allah Yang Maha Hidup dan Maha Kekal,dgn rahmat-Mu aku memohon permohonan.Perbaikilah keadaanku seluruhnya dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata."

(Riwayat al-Nasa'i)



Download lagu penuh Kurnia di sini :
http://www.4shared.com/mp3/x7ZQ1s6D/Nowseeheart_-_Kurnia.html

Download album penuh Kembali (2011) di sini :
http://jiwang.org/full-album-malaysia/93375-nowseeheart-kembali-2011-a.html

Isnin, 9 Julai 2012

SUKMA 2012 : Sesuatu Yang Menarik

Assalamualaikum wbt.


Saya berhasrat menulis tentang perkara ini sejak kali pertama mengetahuinya. Namun, kerja yang agak banyak dan kekangan masa membataskan diri. Alhamdulillah, hari ini dapat menyiapkannya.

Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, saya sedang menjadi sukarelawan SUKMA 2012, menguruskan bahagian sukan sepak takraw. Banyak perkara menarik yang saya lalui. Namun, ada satu perkara yang menarik perhatian saya, juga sukarelawan lain serta kebanyakan yang berada di gelanggang pertandingan.

Skuad Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang telah tampil dengan imej tersendiri iaitu mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, sedangkan kebanyakan lawan mereka berpakaian seperti atlet lelaki. Mereka bertudung, memakai seluar panjang, mengenakan stokin tangan dan kaki dan pakaian mereka tidak menunjukkan bentuk tubuh langsung.
Skuad Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang sedang melakukan latihan ringan sebelum pertandingan bermula.
Bukan seorang dua yang berpakaian sebegitu, tetapi kesemua pemain wanitanya. Sekadar makluman, hanya seorang yang saya lihat mendedahkan bahagian tangannya sewaktu latihan. Namun, beliau bukan pemain utama.

Saya ingatkan perkara ini hanya akan berlegar di dewan pertandingan, namun petang tadi (9 Jun 2012) ada disiarkan secara langsung di kaca TV perlawanan separuh akhir yang melibatkan pasukan wanita Pulau Pinang. Maka, sebahagian rakyat Malaysia telah melihat dengan jelas skuad yang saya katakan. Dan telah pun berlegar di sekitar laman sosial, terutamanya Facebook.

Adakah keputusan perlawanan mereka cemerlang? Ya, kedua-dua pasukan wanita (Regu Dua Orang dan Regu Tiga Orang) berjaya melangkah hingga ke perlawanan akhir dan menghadiahkan dua butir pingat perak kepada skuad negeri mereka. Skuad Regu Tiga Wanita Pulau Pinang pula telah mencapai kemenangan bersih (3-0) pada setiap perlawanan kecuali ketika akhir, di mana mereka tewas 1-3 kepada Perak.

Separuh Akhir Wanita Regu Tiga : Pulau Pinang vs Kuala Lumpur (sumber gambar)
Perkara yang telah dibuktikan oleh mereka tentunya tentang pentingnya menutup aurat meskipun bersukan. Dan mereka telah buktikan bahawa bersukan dengan menutup aurat boleh cemerlang.

Dalam kalangan sukarelawan mahupun pengadil, ada yang mengharapkan dan mendoakan kejayaan skuad Pulau Pinang itu meskipun bukanlah negeri mereka. Apa yang boleh saya katakan, andai anda berbuat baik, pastinya ada doa yang dihulurkan orang.

Saya ingin memberikan standing ovation atau tepukan gemuruh dan tabikan buat skuad ini atas usaha dakwah anda secara tidak langsung,

Maka, beginilah yang diharapkan oleh umat Islam, di Malaysia khususnya, salah satu cara dakwah Islam. Beginilah caranya yang kita mahukan untuk "Majulah Sukan Untuk Negara", dan juga majulah juga untuk Islam.



Jika anda ketinggalan untuk menonton skuad tersebut di televisyen, boleh lihat video yang diletakkan dalam artikel ini. Skuad wanita itu akan bertanding lagi sekali untuk acara berpasukan pada 11 Julai 2012. Mungkin ada siaran langsung, mungkin tidak. Atau boleh datang sendiri ke gelanggang pertandingan sepak takraw di Kompleks Sukan UIA Kampus Kuantan.

Semoga mereka terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan dengan mematuhi peraturan Allah SWT.

JIMIE : Semoga perkara ini tidak dipolitikkan dan disalahtafsir oleh sesetengah pihak.

***UPDATED (13 Julai 2012):  Berdasarkan pemerhatian saya untuk acara berpasukan wanita pula yang berlangsung 3 hari kemudian, jumlah peserta wanita bertudung bertambah, namun tidak menutup aurat dengan sempurna.
***UPDATED (16 Julai 2012):  Pasukan Sepak Takraw Wanita Pulau Pinang telah berjaya memenangi pingat emas bagi acara berpasukan wanita. TAHNIAH!

Jumaat, 6 Julai 2012

IIUM Kuantan : Taaruf Week

Anda mungkin juga meminati :
- IIUM Kuantan
- Sekitar Kuantan 
- Mahallah At-Tabari


Assalamualaikum wbt.

 
Kali ini saya bawakan entri tentang Taaruf Week di IIUM Kuantan yang saya terlibat iaitu pada Februari 2012.

Seperti kebanyakan Taaruf Week, semua pelajar (dari CFS terutamanya) akan mendaftar seminggu awal daripada bermulanya kuliah. Namun satu kejutan bagi saya (anda akan terkejut juga) setelah mendapat tahu bahawa Taaruf Week di IIUM Kuantan ini berlangsung selama DUA hari sahaja!

Berbeza dengan Taaruf Week di CFS IIUM, juga di IIUM Gombak yang berlangsung selama seminggu. Saya tak pasti adakah ketika Feb 11/12 Intake ini sahaja yang dibuat sebegitu atau tidak. Anda akan tahu kelak.

Apa-apa pun, saya nak bawakan kepada anda melalui entri ini tentang aktiviti-aktiviti dan segala yang saya lalui ketika Taaruf Week itu.

>>>HARI PERTAMA<<<

PENDAFTARAN

Sudah semestinya sesi pendaftaran akan menjadi sesi pertama Taaruf Week. Untuk Feb 2012 Intake, tempat pendaftaran di Office of Campus Director (OCD). Bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari, anda perlu berpakaian kemas; berkemeja dan seluar gelap bagi lelaki; baju kurung bagi perempuan.

Bawa segala dokumen dan bahan yang diminta. Mungkin akan ada borang tambahan yang perlu diisi. Ada beberapa saringan yang perlu dilalui seperti kaunter A&R, kaunter mahallah dan kad matrik (sesi penggambaran sekali).

Lepas daftar, boleh terus ke mahallah masing-masing, kemas-kemas barang & bilik, berkenal-kenalan dengan ahli bilik atau boleh meluangkan masa-masa terakhir bersama keluarga.

Ketika TaWe Feb 2012, waktu pendaftaran ini adalah waktu terakhir untuk anda berada di bilik sebelum akan pulang lewat malam/pagi, terutamanya pelajar lelaki yang mahallahnya lebih jauh.

BRIEFING BY STUDENT COMMITTEE

Sesi pertama (pukul 12.00 t/h) setelah dengan rasminya menjadi pelajar IIUM Kuantan. Lokasi untuk Feb 2012 Intake adalah di Banquet Hall, OCD. Tetapi untuk intake yang ramai (sem 1 intake selalunya) mungkin di dewan yang lebih besar seperti di Grand Hall, OCD.

Ketika sesi ini, komiti akan beri penerangan serba sedikit tentang Taaruf Week yang sedang berlangsung, selain sesi perkenalkan komiti. Kemudian, kami berjalan kaki dalam barisan macam budak tadika, berjalan ke masjid IIUM Kuantan untuk solat Zuhur.

Info tambahan : Pelajar Feb 2012 Intake merupakan batch pelajar baru pertama yang melakukan aktiviti taaruf di Masjid UIA Kuantan yang baru didirikan.

Notis yang ditampal di masjid baru IIUM Kuantan

BRIEFING BY DEAN & DEPUTY DEAN (ACADEMIC AFFAIRS) KULLIYYAH

Bagi sesi ini, mungkin akan diepcahkan mengikut kulliyyah kerana setiap kulliyyah mempunyai dean dan deputy dean masing-masing. Feb 2012 Intake di Main Auditorium Kulliyyah of Science (KoS).

Sesi ini akan dengar ucapan pengurusan tertinggi sambil berkenalan dengan pihak pentadbiran dan pensyarah. Kemudian diceritakan secara ringkas study plan untuk jurusan masing-masing.

CAMPUS TOUR

Satu acara yang agak dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar baru. Malangnya saya merasai Campus Tour yang tidak menepati jangkaan saya (dan kebanyakan pelajar baru). Kami duduk dalam bas, bas bergerak dari satu tempat ke tempat lain (tanpa berhenti) dan ada komiti yang bercakap di hadapan (dengan PA system yang kurang memuaskan) beritahu ini tempat apa dan itu tempat apa.

Ada yang bertanyakan soalan, namun kebanyakannya tidak dengar dengan jelas penerangan komiti. Dan ada beberapa lokasi tidak kami lalui.

Maka, kebanyakan pelajar baru masih samar-samar dengan lokasi di dalam kampus. Saya dan rakan-rakan meneroka sendiri sekeliling kampus setelah tamat Taaruf Week dan baru boleh dapat gambaran lebih luas tentang lokasi di dalam kampus.

OUTDOOR ACTIVITY

Dikumpul di kawasan tempat letak kereta OCD, kami berpakaian sukan (bawak siap-siap dari mahallah) dan mainlah permainan apa yang komiti nak main. Dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar dan mainlah sampai senja.

BRIEFING BY ONE STOP STUDENT CENTRE

Malam pertama di IIUM Kuantan, saya menghadapi 3 slot briefing selain tambahan slot dengan komiti. Briefing pertama dari One Stop Student Centre (OSC) yang menggabungkan semua department pentadbiran seperti Academic Department, Counseling Department, Finace Department dan lain-lain lagi. Dapat gambaran yang agak samar-samar jugak kerana masa yang diperuntukkan sangat terhad untuk setiap department. Briefing ini sepatutnya dihabiskan dalam masa sejam, tapi TaWe hari tu terlebih sikit.

BRIEFING BY PRIMARY CARE CLINIC

Briefing kedua dari pihak klinik UIA Kuantan. Beritahu pasal prosedur, kecemasan dan yang berkaitan.

BRIEFING BY INFORMATION TECHNOLOGY DEPARTMENT (ITD)

Briefing dari pihak ITD pulak. Diasingkan dari briefing OSC berkemungkinan kerana nak beritahu pasal WiFi, servis-servis, ITD Client Day dan lain-lain.

SLOT WITH STUDENT COMMITTEE
Ikut jadual, pukul 10.30 malam slot ni. Tapi sebab briefing ambil masa yang agak lama, nak dekat 11.30 malam baru start slot ni.

Ingatkan nak buat apa, rupa-rupanya nak belajar menyanyi lagu IIUM dan bai’ah. Buat la banyak-banyak kali sampai komiti puas hati. Nak dekat pukul 1 pagi baru sampai bilik.

Esoknya kena bangun awal pulak sebab ada Qiamulail, kat masjid, bukan kat mahallah. Kena tunggu bas awal-awal pagi, nanti tertinggal tak ada transport pulak nak pegi kampus. Ada juga suara-suara kata nak ponteng.

Dugaan dan cabaran.

>>>HARI KEDUA<<<

Qiyamullail & Subuh Prayer & Tazkirah

Sukarela atau paksatakrela, kenalah berdiri solat jugak. Ada yang lepas satu dua solat, pergi tandas (kononnya), wuduk batal dan lain-lain. Tengah qiamulail tu lepas beberapa solat, tiba-tiba hujan turun. Maka ramailah yang berlari keluar selamatkan beg dan kasut. Lepas tu saf jadi pendek. Haha.



Tazkirah atau lebih tepatnya kuliah subuh, disampaikan imam Masjid UIA Kuantan, dan diikuti Timbalan Presiden MPP. Ramai ambil kesempatan untuk menggantikan waktu tidur yang tak cukup. Bagi saya, pengisiannya tak menarik sangat. Orang yang mula-mula bukak mata dengar kuliah tu pun tutup mata kemudiannya.

Lepas kuliah subuh, makan sarapan (Oh, lupa, info tambahan: makanan disediakan 3 kali sehari iaitu sarapan (kecuali hari pertama), makan tengahari dan makan malam.).

FUNDAMENTAL KNOWLEDGE TEST

Lepas sarapan, ada Fundamental Knowledge Test (FKT). Test ni bagi sesiapa yang tak pernah ambil Fardhu Ain/Study Circle kat CFS dulu. Bagi yang dah ambil, ada la masa sikit nak rehat-rehat. Eh, tiba-tiba kena ke dewan, baca Ma’thurat. Huhu.


BRIEFING BY SECURITY MANAGEMENT

Pagi ni sambung lagi beberapa briefing. Pertama sekali dari Security Management atau senang kata, dari pihak guard UIA Kuantan. Diberitahu apa yang boleh, apa yang tak boleh, macam mana nak dapatkan sticker kenderaan UIA, cara bayar saman dan lain-lain

BRIEFING BY IIUM LIBRARY

Briefing dari Library pulak. Diberitahu waktu dibuka/ditutup, lokasi, cara pinjam buku, cara pulangkan buku dan lain-lain.

Info tambahan : IIUM Library ada bangunannya tersendiri setinggi 3 tingkat bersebelahan dengan Kulliyyah of Dentistry. Memang best, aircond pun sejuk, cantik, ada surau, tandas bersih dan lain-lain. Memang kondusif untuk belajar (atau tidur, haha).

TILAWAH PLACEMENT TEST (TPT)

Test ni perlu diambil oleh semua pelajar baru, sama ada dahulu pernah belajar Tilawah atau tak kat CFS. Perlu baca Al-Quran mengikut yang ustaz/ustazah suruh. Kemudian, baca surah lazim (Ad-Dhuha sampai An-Nas).

Ada 3 level. Kalau lepas, exempted, tak perlu ambil Tilawah langsung sepanjang di IIUM Kuantan. Second level (intermediate), perlu ambil Tilawah 2 (satu semester). 3rd level (lowest), perlu ambil Tilawah 1 dan Tilawah 2 (berasingan semester).

Ikut jadual, Test ni sampai ke Asar, tapi sesiapa yang dah sudah, kena praktis Baiah & lagu IIUM pulak.

BAI’AH PREPARATION

Persiapan terakhirlah untuk Bai’ah Ceremony. Kira final rehearsal sebelum upacara sebenar.

BAI’AH CEREMONY


Lebih kurang macam kat CFS je. Duduk diam-diam, jangan cakap. Quranic recitation, Asmaul Husna, Negaraku, lagu IIUM, Bai’ah, ucapan, gimik dan habis. Lepas semua VIP keluar tu baru tayangkan Multimedia Presentation. Maka berakhirlah sudah Taaruf Week.

>>>POST TaWe<<<

Hari ketiga sebagai pelajar UIA Kuantan, kena pergi kulliyyah, pergi buat course registration. Kemudian ada juga Interview for Tahfiz Package bagi yang nak ambil Tahfiz Package menggantikan Pakej Kokurikulum.

Seminggu lepas tu, ada pulak (lagi) Seminar Kenegaraan Biro Tatanegara (BTN), tak kira pernah pergi BTN kat CFS dulu atau tak. Compulsary for all Malaysian students. Kemudian katanya tak akan ada BTN dah sampai kerja nanti. Tapi saya dapat tahu sebelum grad nanti ada lagi satu. Haisshh...

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya agak kecewa dengan Taaruf Week yang saya lalui. Sangat singkat dan tak ‘taaruf’ sangat dengan UIA Kuantan ni. UIA Gombak pun taaruf seminggu, siap ada explorace lagi. Kalau ada kenalan di UIA Kuantan lebih baik sebab mereka boleh tolong lebih dari apa yang akan dapat dalam TaWe.

Apa-apa pun, layan je, tak lama pun. Lepas tu pergi enjoy! Hehe.

Last words, WELCOME TO GARDEN OF KNOWLEDGE & VIRTUE!

Jimie : Ada orang kata, UIA Kuantan ni bukan garden, tapi jungle! :D

Khamis, 5 Julai 2012

Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15, Pahang

Assalamualaikum wbt.


 Sejak dari semalam, saya telah berada di Kuantan bagi memenuhi tanggungjawab di kejohanan sukan terbesar di Malaysia iaitu Sukan Malaysia atau singkatannya SUKMA kali ke-15 atau dalam nombor roman : XV

Untuk sekadar perkongsian, saya nak kongsikan sedikit info tentang SUKMA Ke-15 ini.
SUKMA 2012 di Pahang ini secara rasminya berlangsung dari 7 Julai 2012 hingga 16 Julai 2012. Pelbagai pertandingan dianjurkan di tiga buah bandar utama : Kuantan, Temerloh dan Pekan. Acara berbasikal dilangsungkan di Temerloh, manakala angkat berat dipertandingkan di Pekan. Selebihnya acara dilangsungkan di sekitar daerah Kuantan.

Sebanyak 27 acara dipertandingkan bagi kejohanan SUKMA kali ini. Sebanyak 1207 pingat untuk direbuti atlet, termasuk 377 pingat emas. Rujuk jadual di bawah (credit to Facebook Sukma Pahang 2012).

Bagi jadual pertandingan pula, boleh rujuk gambar di bawah (klik bagi paparan yang lebih besar) :


Untuk informasi yang banyak lagi, kunjungi laman web rasmi Sukan Malaysia ke-15 di http://sukanmalaysia2012.pahang.my/

Juga boleh lawati Facebook Sukma Pahang 2012 dan Sukma XV Pahang 2012.

Sekian, wassalam.

Jazmi : SUKMA ini juga akan disiarkan melalui media cetak dan elektronik seperti akhbar dan televisyen, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jangan ketinggalan!