Sabtu, 14 September 2013

Kifarah Dosaku

Aku di mana? Waktu apa sekarang ni? Apa yang terjadi?

Dalam samar-samar, aku celikkan mata aku sedikit demi sedikit. Aku sedang bersandar di bawah sebatang pohon di tepi jalan. Mentari tidak terik. Daun-daun pokok yang aku bersandar ini banyak juga yang luruh, lantas menjadi alas tempat aku duduk.

Di hadapan aku ada beberapa orang berbaju hijau dengan logo dan tulisan ‘Daya Bersih’. Maka aku tahu mereka ini pekerja UIA. Di belakang mereka ada sebuah kenderaan, yang aku agak kenderaan mereka.

Aku tak ingat apa yang dilakukan mereka. Tetapi aku terdengar salah seorang mereka membuat panggilan kecemasan dan memberitahu lokasi kami berada.

Kemudian aku ternampak dua rakan aku yang aku kenali, datang dan memberikan aku sedikit bantuan. Aku tidak pasti sama ada mereka baru tiba atau sudah lama berada di situ.

Tidak lama kemudian, ambulans sampai. Ketika itu aku sudah sedar sepenuhnya, namun banyak persoalan masih bermain di minda aku. Aku cuba mengingati kembali kejadian sebelum itu.

Selepas kelas tadi, aku menghadiri mesyuarat bersama batch lama aku. Kemudian, kami singgah di sebuah kafe di dalam kampus untuk makan tengah hari.

Kemudian, kami bergerak untuk pulang ke asrama. Fitri gerak dahulu dengan motosikalnya. Aku pula gerak sekali bersama dengan Hariz yang membonceng Hafiz. Aku pula menunggang bersendirian motosikal yang dipinjamkan daripada Akram.

Keluar kampus, kami tiba di persimpangan kampus. Lampu isyarat merah. Aku tiba dulu di persimpangan itu, jadi aku berhenti dan turunkan gear. Hariz pula datang apabila lampu isyarat telah bertukar hijau. Jadi, dia hanya terus bergerak tanpa berhenti di persimpangan itu.

Aku juga mula bergerak dan berada di belakang Hariz. Dan kemudian... Kemudian...

Ah, apa yang berlaku selepas itu? Kenapa aku tak ingat?

Ketika aku dalam proses penyembuhan, aku cuba untuk mengingati kembali saat-saat sebelum terjadinya kemalangan ini. Dan aku mendapat dua gambaran yang berkemungkinan menjadi punca kemalangan ini. 

Pertama, ketika menunggang motosikal, aku cuba betulkan cermin sisi motor dan aku tak perasan selekoh di hadapan. Lantas melanggar pembahagi jalan.

Kedua, aku telah memotong sebuah kereta dan berada di hadapan kereta tersebut. Berkemungkinan selepas itu, kereta tersebut terlanggar aku dan menyebabkan motor aku terbabas.
Sehingga sekarang, keraguan aku masih dalam dan aku masih tidak tahu persitiwa sebenar yang terjadi. 

Disebabkan aku ‘kehilangan ingatan’ tentang peristiwa yang berlaku, aku telah ditahan hampir 24 jam untuk pengawasan daripada doktor. Alhamdulillah, aku telah dibenarkan keluar hospital dan menjalankan proses penyembuhan bersendirian.

Namun, aku teringat. Sebelum aku sedar di bawah pohon di tepi jalan, aku seakan-akan berada di alam lain. Aku sendiri keliru ketika itu. Namun ketika itu, aku merasakan ada kedatangan beberapa orang makhluk yang datang membantu aku.

Sedang mereka membantu aku, salah seorang daripada mereka berkata, “INI KIFARAH DOSA!”

Kemudian, aku tersedar.

Rabu, 17 Julai 2013

Peringatan Buat Orang Muda

Assalamualaikum wbt.

Pada 23 April 2012 di blog ini, saya ada terbitkan artikel bertajuk "Orang Muda Menyebut Dalil Agama?".
Antara kandungannya adalah hadis berikut:

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah.

Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat."


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang sahabat saya bertanyakan tentang kesahihan hadis ini. Maka saya telah merujuk pada yang arif dan bertauliah; IslamGRID; sebuah portal kendalian JAKIM & MAMPU yang mempromosikan Islam dan lain-lain (rujuk sini).

Dan hari ni saya akhirnya mendapat maklumbalas dan jawapan daripada mereka; yang mensahihkan hadis tersebut. Boleh lihat gambar di bawah (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas):


Maka sekali lagi saya berpesan, marilah berfikir sejenak. Memang banyak yang konon-konon berdakwah melalui facebook, blog dan sebagainya zaman sekarang ni, tetapi bagaimana iman kita sebenarnya?

Semoga terpelihara dari menjadi salah seorang golongan ini.

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu: Yang Perlu Anda Tahu



Jerebu melanda negara lagi tahun ini. Sepanjang lebih 20 tahun saya hidup, dah banyak kali saya mendengar masalah jerebu ni. Entah bila akan selesai, atau sekurang-kurangnya jarak berlakunya jerebu ni dapat dipanjangkan; sekali dalam 10 tahun ke.

Ok, kali ni, saya nak kongsikan tentang perihal jerebu ni yang saya telah buat sedikit kajian ilmiah kat internet. Selamat membaca.

Definisi
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.
Fenomena ini disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara.

Disebabkan keadaan ini, cahaya matahari telah mengurangkan atau menyekat cahaya matahari dari sampai ke muka bumi.

Jerebu tebal juga dikenali sebagai ‘asbut’.

Punca
Punca jerebu ni bergantung kepada jenis jerebu ni. Ada yang berpunca daripada letusan gunung berapi yang mengeluarkan abu gunung berapi. Ada disebabkan ribut pasir atau salji. Ada juga disebabkan wap air macam fenomena kabus.

Tapi, jerebu yang selalu diperkatakan dan sering melanda Asia Tenggara tentunya dari asap akibat daripada pembakaran sesuatu. Asap kenderaan dari pembakaran bahan api, asap dari kilang (pemprosesan) dan juga pembakaran terbuka. Tetapi kebanyakan jerebu yang berlaku besar-besaran disebabkan pembakaran hutan sama ada terbakar sendiri (cuaca panas) atau dibakar orang.

IPU
IPU merujuk kepada Indeks Pencemaran Udara. Kalau dalam bahasa international (English), orang pakai API atau Air Pollution Index atau AQI (Air Quality Index); tapi benda yang sama je.

Ni pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU di Malaysia:

Nilai IPU
Kualiti udara
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak sihat
201 - 300
Sangat tidak sihat
301 - 400
Berbahaya
401 - 500
Sangat berbahaya
Lebih 501
Darurat

Setiap negara ada level API yang berbeza. Macam kat US, lebih 300 dah dikira berbahaya dan mengancam nyawa. Korea Selatan meletakkan lebih 350 dikira berbahaya. Singapura letak lebih 400 sebagai berbahaya.

Mana nak dapat IPU terkini? Boleh berkunjung ke laman web Sistem Indeks Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar.
Kesan & Akibat
1.      Masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
2.      Sektor ekonomi negara terjejas. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan pelbagai industri terutamanya sektor perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja.

Sumber pendapatan berasaskan industri pelancongan turut akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara luar tidak akan berkunjung ke negara yang terlibat dengan jerebu sekiranya jerebu masih berlaku kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

3.      Apabila pelbagai sektor tak berjalan, nelayan tak tangkap ikan, petani tak bercucuk tanam dan mengutip hasil, kilang (makanan) pun tak hasilkan produk; maka kuantiti makanan akan berkurangan. Krisis makanan mungkin boleh berlaku andai tiada alternatif atau bantuan luar dihulurkan.

4.      Flora dan fauna turut terancam. Kandungan partikel-partikel asing dalam udara akan menjejaskan kualiti udara. Maka udara yang digunakan tumbuhan dan haiwan juga akan tercemar. Udara yang tercemar ini  boleh menyebabkan sistem pernafasan tumbuhan dan haiwan ini terganggu. Berkemungkinan boleh menyebabkan kematian.

Sejarah Jerebu
1.      Jerebu di Asia Tenggara
  • 1997 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei)
  • 2005 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia)
  • 2006 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Saipan, Korea Selatan)
  • 2013 (Negara terlibat: Indonesia, Malaysia, Singapura)
2.      Kemarau & Ribut Debu di China (2010) (Vietnam dan Thailand turut terlibat)

3.      Asian Dust

4.      Jerebu di Pittsburgh (1940)


Berkaitan
- Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) (2002)
- Jerebu: Panduan Kesihatan Untuk Anda (diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia)

Jumaat, 14 Jun 2013

Blog Fake Enough?

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni saya agak sibuk membina dan membangunkan sebuah blog baru bertajuk 'Fake Enough?'.

Paparan halaman utama blog Fake Enough?

Blog baru ini dibuat untuk menyertai Pertandingan Blog Pengguna sempena Hari Pengguna Malaysia 2013 (HPM 2013). Blog ini berbahasa Inggeris dan membawa tajuk 'Counterfeit and Consumers' (kod BBE2).

Dijemput semua memeriahkan blog baru ini di http://fakeenough.blogspot.com
Banyak informasi boleh dapat.

Juga doakan saya mendapat kejayaan setimpal dengan usaha saya.

Terima kasih.

Jumaat, 17 Mei 2013

Trifle: Resepi & Tips



Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni, try buat resipi baru. Cari kat internet je. Namanya Trifle. Trifle ni ada 3 lapisan. Lapisan bawah sekali kek yang lembut; lapisan tengah ialah kastard; dan lapisan atas ialah jeli. Antara kastard dan jeli tu ada buah. Yang saya buat ni pakai buah koktail dalam tin tu je la.



Apa-apa pun, ni first try. Ingat second try baru nak update kat blog. Tapi tak apalah, sebab dah ada permintaan untuk resipi ni.

Ok, ni resipinya. Saya modified dari blog Teratak Mutiara Kasih:

BAHAN A (Lapisan Kek)
kek marble secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA:
1. kek dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist. Ketepikan.

BAHAN B (KASTAD)
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan (kecuali buah2 koktel), kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat, padat dan likat. Tutup api.
2. Terus curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Jeli)
pakai jeli kristal yang dalam kotak je.
Ada jenama Nona, First Choice pun ada.
Dalam RM2.00-3.00 je.
Ikut arahan blkg kotak.



Kalo tak jumpa, bleh pakai agar-agar:
10g serbuk agar-agar
1.2liter air
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah

CARA
1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket. Sejukkan sebentar. Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.


SIAP! Insya-Allah kalo ikut instruction betul2, boleh jadi.


TIPS

Haa, kat tajuk ada tulis tips kan. Maka tips apa yang nak dikongsi?

Ok, first sekali tentang lapisan bawah iaitu kek. Pastikan anda pilih kek yang mudah menyerap seperti kek span, kek batik dan sebagainya. Kalalu kek London swiss roll tu macam nipis sikit kan, tapi boleh je rasanya pakai, akan jadi jugak.

Kenapa perlu kek yang boleh menyerap? Kalau tengok kat resipi atas ni, kan ada curah air dari buah tin (koktail). Maka kek akan menyerap air ni untuk menjadi satu struktur tapak yang kukuh. Tapi jangan terlebih sangat tuang air koktail tu ya! Nanti tenggelam kek tu lagilah tak menjadi nanti.

Kemudian pastikan lapisan kek tu ditekan-tekan agar dapat jadi struktur yang kuat. Pastikan tekan sampai nampak dah ada kekuatan tapak kek tu. Ada kawan saya buat tak tekan sangat kek tu, maka apabila dicurahkan bancuhan jeli, kek dia terapung. Maka tak jadilah trifle dia.

Ni Classic Strawberry Trifle Bowl. Mat Salleh yang buat. Saja share untuk bagi korang idea.


Tips seterusnya ialah bahan-bahan yang boleh ditukar atau digantikan dengan bahan yang saya guna seperti dalam resipi di atas. Sumber

Kek:
  • Gingerbread
  • Angel food (no fat in the cake)
  • Pumpkin bread
  • Banana bread (kek pisang)
  • Sponge cake
  • Chocolate cake
  • Ladyfingers
Kastard (or pastry cream) :
  • Classic vanilla
  • Chocolate
  • Pumpkin
  • Cinnamon
  • Butterscotch
  • Lemon curd
  • Orange curd
  • Lime curd
Buah-buahan :
  • Seedless jam, apricot, blackberry, raspberry, strawberry
  • Fresh strawberries
  • Oven-roasted pears or apples or Fuyu persimmon
  • Mango
  • Raspberries
  • Blackberries
Tips terakhir ialah bahan-bahan yang boleh ditambah. Tetapi tak wajib, cuma optional; untuk mencantikkan lagi trifle anda dan menambah perasa.

The Whipped Cream
  • Vanilla
  • Cinnamon
  • Chocolate
  • White chocolate chunk
The Nuts - What nuts? Chef Scott, you didn't mention any nuts? What gives?
Nuts are optional and, toasted, can reflect the insides. For example:
  • Hazelnut
  • Almonds
  • Pistachios

Ok, sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca. Selamat mencuba!

Jumaat, 10 Mei 2013

"Abang, IC saya hilang..."

Pada satu hari di hujung minggu, saya bersama ibu saya pergi membeli-belah barang keperluan saya yang saya nak bawak balik ke U saya.  Shopping kat pasaraya biasa je, Giant Hypermarket.

Sampai ke bahagian makanan sejuk beku yang ada ikan, aiskrim, buah, makanan goreng segera dan macam-macam lagi. Memandangkan dah nak balik U, ibu saya cakap, "kalau nak aiskrim apa-apa ambik la. Wall's Selection ke."

Wah! Memang hepi lah. Maka bergegas la ke peti sejuk terletaknya macam-macam jenis aiskrim. Aku pun mula berfikir untuk memilih yang paling berbaloi. Hmm, yang ni beli 3 dapat murah, tapi setiap satu 400ml je. Yang ni 1.5L tapi harga lebih kurang yang beli 3 tu je. Yang ni tak banyak pilihan pulak. Yang ni ayah aku suka ke tak eh?

Memang jadi pengguna bijak la waktu pilih aiskrim tu (kononnya). Tengah duk jadi pengguna bijak tu, tiba-tiba ada orang tegur.

"Abang, boleh tolong saya tak? Saya sanggup masuk Islam kalau abang tolong saya."

Tanpa buat apa-apa ekspresi muka, aku rasa pelik. Untuk pengetahuan, yang datang tegur tu seorang lelaki berkulit gelap, umur dianggar dalam 30-an. Tengok cara dia cakap, hmm, India la kot. Tapi India yang BM dia agak lancar. Dia panggil saya sebagai Abang.

"Tadi saya mintak tolong seorang India ni, dia cakap kat saya 'pergi mampus la'. Abang orang sini ka?"

"Ya. Kenapa dengan awak?" *dalam hati: dia nak tanya jalan ke?*

"Saya dari Bandar Baru Bangi, datang sini untuk interview kerja. Tadi saya naik bas. Pastu dompet saya tercicir. Dalam tu ada IC, duit dalam RM1,500."

Sambil dia serahkan sekeping kertas kat saya, "saya dah buat report polis, dia kata kalau nak mintak tolong orang suruh dia ambil salinan repot dan gambar saya dari atas sampai bawah. Tolongla bang, saya dah tak tahu nak mintak tolong siapa lagi. Saya tak pernah merayu kat sesiapa macam ni."
Dia mula sebak nak nangis.

"Ok2, apa yang saya boleh tolong?" saya mula potong dari bebelan dia.

"Tadi saya pergi ***somewhere, tak dengar sgt sbb dia cakap kalut*** pastu dia kata kena ada IC. Kalau nak buat IC kena dalam RM400."

"Kalau buat IC baru kena dalam RM50 je kan?" saya cuba ingatkan balik memori tukar IC baru dulu.

"Abang, kalau hilang ka rosak ka, tak payah bayar. Tapi kalau kena samun atau kena curi kena RM400."

Aku mula pelik dengan statement dia. Tapi still rasa simpati kat dia. So, aku mula susun kata-kata.

"Ok, saya faham. Saya nak tolong, tapi saya ni student. Saya tak ada duit banyak."

"Abang pergi la ATM keluar duit dalam bank."

"Tapi saya memang tak ada duit, dalam bank pun. Saya ni student lagi. Biasiswa pun tak dapat. Mintak maaf la. Macam ni lah, kalau saya bagi dalam... *fikir kejap dalam dompet ada berapa* RM10 ok tak?"

Waktu aku tengah cakap tu, dia dok pandang sekeliling macam curiga dan buat gaya tangan suruh saya rendahkan suara saya.

Tapi saya terus je cakap macam biasa, sebab memang tu suara biasa saya, dan kalo tak ada salah apa-apa kenapa nak takut? Lagi la orang nak tolong nanti.

"Takpelah bang, kalau tak ada duit." gaya macam dah putus asa, nak blah.

"Eh, saya nak bagi RM10 pun tak nak ke?"

"Ok la, bagi la apa yang abang nak bagi."

Saya keluarkan dompet, waktu nak keluarkan duit, saya tunjuk kat dia yang dompet saya pun ada sikit je duit. Saya hulurkan RM10.

"Terima kasih bang."

Dia terus bergerak laju menuju ke gate keluar yg khas utk laluan kalau tak beli apa-apa.

Tamat cerita.

Apa yang saya boleh katakan, sepanjang hidup saya, dah berapa kali dah jumpa orang macam ni. Kalau berdepan situasi ni, pertama sekali jangan panik. Dengar apa yang orang ni cakap, sambil2 tu fikir macam mana nak selesaikan, kalau boleh buat win-win situation. Dua-dua macam dapat manfaat.

Walaupun dalam hati ada keraguan; orang ni betul ke saja nak tipu aku; tapi kalau boleh selesaikan dengan cara baik. Jangan maki-maki ke. Lagipun kita kat tempat awam. Sasaran orang macam ni memang tempat awam. Kalau jadi apa-apa senang je nak mintak tolong orang sekeliling.

Part nak masuk Islam tu, saya tak nak komen banyak. Saya doakan kalau betul, semoga Allah bagi hidayah kat dia. Dan bila dia sebut pasal Islam tu, saya teringat nak tunjukkan bahawa Islam mengajar untuk berlemah lembut tetapi tegas dalam tutur kata.

Apa-apa pun, tadi check kat website JPN, bayaran yang dikenakan kalau nak buat IC baru.
Kalau hilang kali pertama : RM100 + RM10
Hilang kali kedua : RM200 + RM10
Hilang kali ketiga dan seterusnya : RM300 + RM10
*RM10 utk kad baru; yang selebihnya denda sebagai pengajaran.*
rujukan : http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kadpengenalan/gantiKPhilang

Apa kata anda tentang situasi sebegini?

Ahad, 28 April 2013

Yang Terbaru

Alhamdulillah, bersempena penjenamaan semula blog ini, beberapa perkara telah dilakukan.

1. Pertama sekali perkongsian senarai artikel atau post yang terbaik pernah diterbitkan di blog dalam tempoh setahun setengah yang lalu melalui artikel bertajuk Tika Ketiga.

2. Rekabentuk (template) blog ini juga telah diubah. Dahulu putih, sekarang hitam kelabu.

3. Nama blog juga telah ditukar daripada nama "Jazmi : Tekadku Yang Kukuh" menjadi "Tekad Kukuh".

4. Moto blog juga telah berubah. Dahulu : "Tekadkan azammu, berusaha termampu, dan akhirnya bertawakkal selalu..." Sekarang: "Terus melangkah penuh azam dan tawakkal."

5. Facebook page telah diwujudkan untuk memudahkan penyebaran artikel-artikel di dalam blog di samping meningkatkan promosi. Mungkin lebih meriah di sana memandangkan sekarang dalam tempoh 'busy' dan agak kekekangan masa untuk update banyak-banyak post dalam waktu terdekat. Klik sini untuk ke Facebook page Tekad Kukuh.

Doakan semoga terus diberi kekuatan dan kecerdasan untuk terus berkongsi penulisan-penulisan yang menarik. Terima kasih atas sokongan anda.

Khamis, 18 April 2013

ColorLights

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, I managed to produce another short video.

I submitted this video into a competition called 'DakwahTube (D-Tube) Competition' for Campus Dakwah Project 4.0 (CamPro 4.0) and this video has been voted (by judges and audience) to be in the Best Top 8.

So, here I share to you the video entitled 'ColorLights'.
Enjoy! :)

Ahad, 7 April 2013

Rebuilt Blog Design

Assalamualaikum wbt. Jika anda membaca sebarang post atau artikel di blog ini selepas pukul 9.30 malam pada 7 April 2013, ini bermaksud anda telah melihat blog ini dengan design yang baru. Saya telah menukar template blog ini bersempena dengan masuknya usia 3 tahun blog ini.

Design lama blog

Namun, dalam rekabentuk blog ini mungkin hanya akan bertahan beberapa bulan sahaja kerana saya kurang berpuas hati dengan beberapa perkara; walaupun saya agak kagum dengan beberapa rekabentuk dan susunatur.

Tunggu dan lihat sahaja nanti.

Saya juga mungkin tidak berpeluang untuk update blog dengan kerap memandangkan pada sesi pembelajaran saya pada ketika ini sangat padat, ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti non-akademik dan beberapa jawatan dan tanggungjawab telah ditugaskan kepada saya.

Apa-apa pun sekiranya anda mempunyai cadangan (bagaimana saya boleh update blog ketika sibuk ke), harapan, kata-kata sokongan ke; apa-apa saja, bolehlah tulis pada komen pada artikel ini atau di mana-mana yang anda rasa boleh (tapi pastikan sampai pada saya). Boleh juga emel pada saya: jimie_92@yahoo.com.

Setakat ini sahaja. Doakan semoga saya dapat terus menghidupkan penulisan saya di alam maya ini.
Terima kasih.