Memaparkan catatan dengan label sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedap. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Trifle: Resepi & Tips



Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni, try buat resipi baru. Cari kat internet je. Namanya Trifle. Trifle ni ada 3 lapisan. Lapisan bawah sekali kek yang lembut; lapisan tengah ialah kastard; dan lapisan atas ialah jeli. Antara kastard dan jeli tu ada buah. Yang saya buat ni pakai buah koktail dalam tin tu je la.



Apa-apa pun, ni first try. Ingat second try baru nak update kat blog. Tapi tak apalah, sebab dah ada permintaan untuk resipi ni.

Ok, ni resipinya. Saya modified dari blog Teratak Mutiara Kasih:

BAHAN A (Lapisan Kek)
kek marble secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA:
1. kek dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist. Ketepikan.

BAHAN B (KASTAD)
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan (kecuali buah2 koktel), kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat, padat dan likat. Tutup api.
2. Terus curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Jeli)
pakai jeli kristal yang dalam kotak je.
Ada jenama Nona, First Choice pun ada.
Dalam RM2.00-3.00 je.
Ikut arahan blkg kotak.



Kalo tak jumpa, bleh pakai agar-agar:
10g serbuk agar-agar
1.2liter air
3/4 cawan gula
1-2 titis pewarna merah

CARA
1. Satukan semua bahan,masak atas api hingga agar2 dan gula hancur.
2. Curahkan ke atas adunan kastad.Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.Dengan kata lain buat dengan cermat hoket. Sejukkan sebentar. Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga puding keras.


SIAP! Insya-Allah kalo ikut instruction betul2, boleh jadi.


TIPS

Haa, kat tajuk ada tulis tips kan. Maka tips apa yang nak dikongsi?

Ok, first sekali tentang lapisan bawah iaitu kek. Pastikan anda pilih kek yang mudah menyerap seperti kek span, kek batik dan sebagainya. Kalalu kek London swiss roll tu macam nipis sikit kan, tapi boleh je rasanya pakai, akan jadi jugak.

Kenapa perlu kek yang boleh menyerap? Kalau tengok kat resipi atas ni, kan ada curah air dari buah tin (koktail). Maka kek akan menyerap air ni untuk menjadi satu struktur tapak yang kukuh. Tapi jangan terlebih sangat tuang air koktail tu ya! Nanti tenggelam kek tu lagilah tak menjadi nanti.

Kemudian pastikan lapisan kek tu ditekan-tekan agar dapat jadi struktur yang kuat. Pastikan tekan sampai nampak dah ada kekuatan tapak kek tu. Ada kawan saya buat tak tekan sangat kek tu, maka apabila dicurahkan bancuhan jeli, kek dia terapung. Maka tak jadilah trifle dia.

Ni Classic Strawberry Trifle Bowl. Mat Salleh yang buat. Saja share untuk bagi korang idea.


Tips seterusnya ialah bahan-bahan yang boleh ditukar atau digantikan dengan bahan yang saya guna seperti dalam resipi di atas. Sumber

Kek:
  • Gingerbread
  • Angel food (no fat in the cake)
  • Pumpkin bread
  • Banana bread (kek pisang)
  • Sponge cake
  • Chocolate cake
  • Ladyfingers
Kastard (or pastry cream) :
  • Classic vanilla
  • Chocolate
  • Pumpkin
  • Cinnamon
  • Butterscotch
  • Lemon curd
  • Orange curd
  • Lime curd
Buah-buahan :
  • Seedless jam, apricot, blackberry, raspberry, strawberry
  • Fresh strawberries
  • Oven-roasted pears or apples or Fuyu persimmon
  • Mango
  • Raspberries
  • Blackberries
Tips terakhir ialah bahan-bahan yang boleh ditambah. Tetapi tak wajib, cuma optional; untuk mencantikkan lagi trifle anda dan menambah perasa.

The Whipped Cream
  • Vanilla
  • Cinnamon
  • Chocolate
  • White chocolate chunk
The Nuts - What nuts? Chef Scott, you didn't mention any nuts? What gives?
Nuts are optional and, toasted, can reflect the insides. For example:
  • Hazelnut
  • Almonds
  • Pistachios

Ok, sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca. Selamat mencuba!

Sabtu, 5 Januari 2013

Benarkah Saintis Barat Merendahkan Makanan Rasulullah?


Pernah tak anda dapat info bahawa Barat merendah-rendahkan Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan daging kambing mampu meningkatkan kolestrol dan berisiko untuk darah tinggi; sedangkan daging kambing kegemaran Rasulullah.

Pasti ramai yang percaya tanpa benar-benar mengkaji dahulu. Bagaimana kalau anda benar-benar membuat eksperimen untuk membuktikan daging kambing tu tak akan menyumbang kepada darah tinggi; malangnya  hasil eksperimen anda sama juga dengan apa yang diperkatakan Barat?

Oh, pasti aku tersilap daging. Atau aku tersilap bahan kimia? Atau ada yang cuba menipu aku? Yang Barat yang menipu aku atau yang Islam tu?

Astaghfirullah, harap tiada yang terfikir nak keluar Islam. Ok, mari kita betulkan tanggapan kita.

Rasulullah memang maksum, sempurna orangnya; namun sebenarnya yang dimaksudkan adalah dari aspek penerimaan dan penyampaian wahyu Islam. Ini tak bermaksud Rasulullah tak pernah buat silap dan tak pernah ditegur. Sebenarnya pernah, tapi bukan dari sudut wahyu yang diturunkan Allah. (Boleh cari dari sumber yang sahih kisah Rasulullah ditegur)

Jadi adakah Rasulullah salah dalam menggemari daging kambing? Tidak sebenarnya. Jadi adakah saintis pula yang salah dan sengaja merendah-rendahkan makanan kegemaran Rasulullah tersebut? Tidak juga sebenarnya. Eh, habis tu?

Ok, ini analogi daripada saya. Siapa suka aiskrim? Siapa suka coklat Cadburry? Siapa suka gula-gula kapas? Oh, pastinya peratus untuk anda menolak makanan-makanan seperti ini sangat rendah. LAZAT AMAT!

 Tetapi satu hari, saya berjumpa dengan doktor. Katanya makanan-makanan ini menurut kajian mampu memudaratkan kesihatan; berpotensi untuk diabetes, sakit gigi dan banyak lagi. Adakah anda akan rasa seperti doktor itu merendah-rendahkan diri kita? Adakah anda akan bangun sambil bercekak pinggang dan jerit;
“Hey doktor! Kau ingat kau hebat sangat ke? Kau jangan nak rendah-rendahkan aku dengan fakta tak betul kau tu! Blah la lu!”

Kesian doktor kena marah...
Ish, apa ni? Pening aku,  mana satu yang betulnya sekarang? Ok2, kita straight to the point ok? Sebenarnya, makanan-makanan ini berpotensi untuk menyumbang kepada pelbagai penyakit kalau kita makan secara berlebihan. Diulang, SECARA BERLEBIHAN! Nampak tak, kunci kata di sini sebenarnya bersederhana, walaupun dalam memilih makanan. Nak makan aiskrim, coklat, gula-gula? Boleh je asalkan jangan makan banyak-banyak sangat. Kalau tak mai la penyakit-penyakit tu.

Nak makan daging kambing? Boleh je, asalkan tak berlebihan. Kan dah ada kajian kata boleh darah tinggi nanti. Bukannya saintis ni nak merendah-rendahkan Rasulullah kesayangan kita, tetapi ada yang tersilap cerna maklumat ni.

Perkara penting di sini ialah BERSEDERHANA. Kalau nak menuduh orang Barat pun kena bersederhana gak lah. Bukannya semua di barat tu Yahudi dan Nasrani yang nak Islam ikut telunjuk mereka; ada jugak Islam di sana, saintis-saintis Barat pun ada yang Islam.

Sebenarnya banyak lagi kes-kes macam ni. Macam kopi,soya dan banyak lagi. Kes-kes macam ni pun sebenarnya banyak di Barat dan salah satunya Islamophobia. Diharapkan dalam kalangan umat Islam tak ada pula yang terkena penyakit Westernophobia. Kalau tak, apa beza kita dengan mereka?

Sabtu, 28 April 2012

Lychee Cobbler

UPDATED! : Resipi boleh didapati di sini : http://jimie1402.blogspot.com/2012/05/lychee-cobbler-recipe.html

Assalamualaikum wbt.

Beberapa minggu yang lalu, ketika dalam proses penyembuhan dari cacar air, saya bersama kakak saya telah membuat (sekali lagi) satu makanan yang dipanggil Cobbler. Sebelum ini pernah buat sendiri sorang-sorang dan kurang teratur sikit. Jadi kali ini lebih berkualiti dari segi rasa dan struktur.

Melalui post hari ini, saya sertakan beberapa gambar Lychee Cobbler yang telah dimasak.

Lychee Cobbler yang baru dikeluarkan dari ketuhar.

Selamat Menjamu Selera!
=)