Assalamualaikum wbt.
Cuba fahamkan komik di bawah ini.
|
*Jika anda tidak faham bahasa Inggeris dalam komik di atas dan perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, sila tinggalkan nota di ruangan komen di bawah. |
Komik di atas menunjukkan kesilapan kebanyakan umat Islam.
Melalui Internet kita sering menerima emel (atau melalui perkongsian di laman sosial seperti Facebook) tentang 'bukti kebesaran Allah atau keajaiban Islam' atau 'mukjizat Allah' tanpa apa-apa bukti. Kebiasaannya berita tersebut adalah dalam bentuk yang mengejutkan: bentuk imej atau kejadian semula jadi yang aneh atau luar biasa; dan kebanyakan orang Islam percaya padanya.
Tetapi sebelum kita percaya pada gambar atau apa-apa kandungan, beberapa persoalan perlu dilontarkan :
1. Adakah kita pernah bertanya atau mempersoalkan kesahihan imej tersebut apabila anda menerima e-mel, atau lihat di laman Facebook?
2. Secara jujurnya, adakah kita perlu untuk membuktikan kebenaran Islam atau kebesaran Allah melalui cara ini?
Menambah ayat Al-Quran dan berkata Subhanallah tidak membuat sesuatu perkara itu ajaib.
Pastikan anda memeriksa dan periksa beberapa kali sebelum mempromosikan apa-apa 'mukjizat'.
"Wahai orang-orang yang beriman!
Jika orang-orang Faasiq (pembohong - orang jahat) datang membawakan kepada kamu sesuatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
[Al-Hujuraat 49:6]
Nabi (saw) bersabda:
"Cukuplah seseorang itu dikira berdusta apabila menceritakan hanya berdasarkan apa yang didengarnya."
[Sahih Muslim dalam al-Muqaddimah, 6; Saheeh al-Jaami, 4482]
Terdapat banyak video dan gambar di internet menyatakan mukjizat berikut:
1) Malaikat di Kaabah
Hanya nabi-nabi dan rasul-rasul utusan Allah yang dapat melihat malaikat. Malah para sahabat tidak dapat melihat malaikat yang telah diutuskan ke bumi pada peperangan Badar untuk membantu orang Islam. Jadi bagaimana pula kamera dapat menangkap gambar malaikat?
2) Kalimah Allah yang ditulis pada haiwan
Secara logiknya, perlukah Yang Maha Berkuasa perlu menulis nama-Nya pada haiwan? Haiwan tersebut bergolek atas tanah, mandi di kubang air dan lain-lain lagi, kemudian Allah nak tulis nama-Nya pada badan haiwan tersebut?
Terdapat banyak gambar dan video seperti ini tetapi saya tekankan dua yang utama ini.
Sila ambil perhatian bahawa saya sedar tentang kebesaran Allah, dan saya tidak berada di sini untuk mencabar kuasa ALLAH.
Saya juga tahu bahawa apabila Allah mahu melakukan apa-apa benda, Dia Yang Maha Agung hanya perlu berkata "jadi" dan jadilah.
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Surah Al-Baqarah 117]
Keajaiban terbesar adalah Al-Quran. Bacalah dan cuba untuk fahami isi kandungannya.
Jadi, saudara seagamaku sekalian, jangan sebarkan sesuatu berita tanpa pengetahuan dan sumber yang sahih.