Selasa, 10 Mei 2011

Program Asasi UIAM

Assalamualaikum wbt.


Hari ini saya nak kongsikan serba sedikit tentang program asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau dalam bahasa omputih, International Islamic University Malaysia (IIUM).


Saya akan lebih memperkatakan tentang UIA Petaling Jaya (PJ) berbanding UIA Nilai, maaf, kerana saya lebih tahu di situ. Lagipun, ada ura-ura katanya UIA Nilai akan ditutup dan UIA PJ akan dijadikan tempat asasi sepenuhnya.


***Nota : Pastikan anda ingat nama-nama singkatan (yang popular di UIA) yang ditulis pertama kali kerana kebanyakan ayat seterusnya hanya akan menggunakan singkatan. Kalau tak, rujuklah balik ayat yang menggunakan singkatan-singkatan tersebut pertama kali.


UMUM : LOKASI


Setakat Mei 2011 (semester 3 2010/2011 sedang berlangsung), Berikut merupakan penetapan kampus asasi UIAM :


Kampus Petaling Jaya – Science-based course (Medical, Pharmacy, Dentistry, Biological Science, Physical Science, Nursing, Allied Health Science), Kejuruteraan (Engineering, ICT), Law, Architecture and Environmental Design (AED).


Kampus Nilai – Art-based (English/BEN, Arabic/BAR, Economic, Islamic Revealed Knowledge/IRK, Human Science/HS)


Eh, kampus Gombak tu? Haa, kampus Gombak tu untuk undergraduate atau degree level. Bagi science-based course, degree nanti di kampus Kuantan.


PETEMPATAN


Di UIA, blok-blok petempatan pelajar dipanggil MAHALLAH. Di UIA PJ ada sebanyak enam buah mahallah, dua untuk wanita, empat untuk lelaki.


Mahallah lelaki :

Abu Bakr (MAB/ABC),

Mahallah Umar Khattab I (MUK1/UKC)

Umar Khattab II (MUK2/Aisyah) dan Fatimah Zahra (MFZ/FZC).


Mahallah perempuan :


Mahallah Khadijah (KC)
dan Zainab Jaisyi (ZC)


Keterangan selanjutnya tentang Mahallah lelaki sahaja. Keterangan lanjut tentang mahallah wanita boleh rujuk di sini.


Bilangan ahli bilik bagi mahallah lelaki adalah dalam lingkungan 4-10 orang, bergantung pada mahallah mana dan jenis bilik. Bilik macam biasa, ada katil (1 atau 2 tingkat), locker dan meja study. Tirai/langsir juga dah siap pasang. Tandas di luar bilik kecuali FZC. Ampaian pun ada di setiap level.


Semua mahallah lelaki tidak ada lif, tetapi bilik paling tinggi pun ABC tingkat 4 (Mahallah Aisyah pun 4 tingkat, tapi lagi rendah dari ABC walaupun atas bukit). Setiap mahallah ada kafe dan kiosk (kedai runcit) kecuali FZC. Setiap mahallah ada TV yang dilengkapi Astro kecuali FZC. Semua mahallah (kalau tak salah) ada mesin basuh baju (pakai duit syiling 20 sen & 50 sen) tetapi hanya di tingkat bawah (bukan di setiap level). Perkhidmatan water cooler dan water dispenser pun ada.

Setiap mahallah ada surau masing-masing di tingkat bawah sekali. Di sesetengah level mahallah tertentu juga ada surau yang dipanggil musolla. Tetapi bukan lebih elok kalau kita ke masjid? Masjid ini bernama Masjid Kolej Islam Malaya. Dekat sangat terutamanya mahallah Abu Bakr. Tetapi pintu pagar ke masjid hanya dibuka ketika awal waktu solat sahaja.



Suasana dalam Masjid Kolej Islam Malaya

ABC ada cyber café. Mahallah office juga ada di setiap mahallah (kalau ada apa-apa masalah bilik/mahallah, report la kat sini). Mahallah Aisyah ada court kat tengah-tengah, tapi ramai yang ke padang utama je.


PAKAIAN


Untuk muslimin, pakaian yang dibenarkan hanyalah kemeja (tanpa tali leher) dan baju melayu jenis raihan. Hari Rabu special sikit, kena pakai kemeja dengan bertali leher. Seluar, kalau boleh warna gelap. Tali pinggang jangan lupa. Kasut warna gelap, hitam sebaiknya. Baju-baju jenis lain tu memang boleh pakai tetapi DILARANG. Maksudnya, kalau guard nampak, kena samanlah. Lecturer2 pun ada kuasa nak saman, tetapi sesetengah je yang tegas. Ok, saya tak galakkan anda melanggar peraturan kalau tak nak masalah.


Pakaian ketika bukan waktu kuliah adalah bebas, tetapi ada beberapa larangan juga. Antaranya : jeans, seluar pendek dan seluar jenis carrot (kecik kat bawah) tak dibenarkan. Pakaian yang ada benda-benda mengarut (yang ada unsur-unsur pemesongan akidah) DIHARAMKAN sama sekali. Kalau ke tempat yang kena lalu pos kawalan pengawal tu, pakailah baju berkolar sebaiknya. Ketika outing, kena baju berkolar. Jangan lupa bawa kad matrik.


Untuk muslimat, setakat yang saya tahu, WAJIB bertudung, baju kurung dan jubah. Baju-baju jenis lain saya tak pasti. Boleh rujuk di sini juga kot.


MAKAN & MINUM


Selain wujudnya kafe di setiap mahallah kecuali FZC, ada juga beberapa kafe berasingan. Terletak di bangunan khas dua tingkat bersebelahan dengan SMAWP 2 (tempat kelas), setakat ini ada 3 buah kafe utama. Yang paling popular E-Café yang terletak di tingkat bawah. Selain itu, ada juga Café A dan Café U (Kafe Mamak) di tingkat atas. Wujud juga gerai roti impit di antara Kafe A dan U. Di tingkat atas, ada sebuah jambatan yang menghubungkan bangunan Central Spine (pejabat dan bilik-bilik lecturer). Ada meja dan kerusi, bolehlah makan dan study di situ (ala-ala restoran jejantas gitu. :P)

Suasana di Jambatan (Bridge)
KULIAH


Tempat kuliah dijalankan di serata kawasan UIA. Bangunan utama ialah SMAWP 2 dan SMAWP 3. Tergeliat lidah ke nak sebut? Cara nak sebutnya : sma-wep. SMAWP tu singkatan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan. Dahulu bangunan tu digunakan oleh sekolah tu, tapi dah tinggal sejarah.


SMAWP 2
SMAWP 3 ada pendingin hawa (tapi tak semua berfungsi dengan baik). SMAWP 2 tak ada pendingin hawa. Yang paling saya suka di SMAWP ini adalah tandasnya. Ya, TANDAS! Kerana tandas baru sahaja dibina semula. Sangat cantik dan kondusif. SMAWP juga selalu dijalankan pelbagai aktiviti seperti jamuan, perjumpaan, majlis dan juga peperiksaan.


Selain itu wujud juga kelas-kelas di Blok C dan Blok E. Tingkat atas sekali Blok C (daripada 3 tingkat) ada bilik sebahagian lecturer. Kelas-kelas di Blok C dan E ni memang best sebab dilengkapi pendingin hawa yang memang berfungsi dengan baik sekali. Cuma yang saya tak suka, Blok E tu bangunan kayu, macam nak roboh. Jalan pun kena hati-hati, takut-takut tiba-tiba roboh. Lagi satu, Blok C dan E ni agak terpencil. Jadi malam-malam jarang ada aktiviti dibuat di sini.


Terdapat juga kelas-kelas diadakan di bangunan perpustakaan (di luar perpustakaan tetapi satu bangunan) yang dikenali sebagai LY. Selalunya kalau bukan waktu kuliah, ada juga aktiviti-aktiviti dijalankan di sini seperti perjumpaan, kelas tambahan dan peperiksaan.

Di mahallah-mahallah tertentu juga wujudnya kelas seperti Mahallah Abu Bakr dan Mahallah Khadijah. Juga wujud kelas berhampiran dengan klinik.


Tentang subjek-subjek yang akan diambil, boleh rujuk di sini.


KECEMASAN


Haa, kecemasan yang nak diberitahu di sini berkaitan dengan perubatan sahaja ye. Di UIA PJ, wujudnya klinik UIA. Pada minggu orientasi (Taaruf Week) pihak klinik ni lah yang bertanggungjawab mengendalikan medical check up. Kalau sakit ke, buat-buat sakit ke, datanglah ke klinik. Untuk pelajar-pelajar UIA percuma sahaja, tiada bayaran dikenakan. Medical Certificate (M.C) pun percuma tapi hanya yang pandai berlakon sakit teruk sahaja.


Klinik gigi juga wujud di sini, tetapi tak banyak perkhidmatan yang dapat disediakan (berdasarkan pengalaman).


PERBEZAAN


Program Asasi UIAM berbeza dengan program asasi universiti-universiti lain, mahupun pusat-pusat matrikulasi. Apa bezanya. Meh saya beritahu.


PERTAMA, jurusan di UIAM sudah spesifik sejak di asasi lagi. Faham tak? Meh saya explain. Kalau di universiti-universiti lain, untuk jurusan sains hanya terbahagi kepada dua iaitu sains hayat dan sains fizikal. Siapa nak ambil perubatan, farmasi, bioteknologi dan sebagainya, pergilah ke sains hayat. Siapa nak ambil kejuruteraan ambillah sains fizikal. Betul tak? Itu sepanjang yang saya tahu lah.


Berbezanya di UIA ni, seperti yang dah ditulis, jurusan di UIAM sudah spesifik sejak di asasi lagi. Kamu nak ambil kursus perubatan? Pergilah ke jurusan perubatan. Farmasi? Silalah ke jurusan farmasi. Kejuruteraan pun dengan kursus kejuruteraannya yang tersendiri. Jadi, sudah faham?


Alamak! Saya nak jadi doktor, tapi dapat tawaran kursus kejururawatan pulak! Haa, apa nak buat? Jangan risau. Kalau kamu memang nak pilih UIA sebagai tempat kamu belajar, kamu masuk sahaja dulu UIA. Nanti waktu minggu orientasi atau lebih dikenali dengan Taaruf Week di UIA, bolehlah apply untuk tukar kursus yang anda nak. Kalau apply tapi tak dapat jugak? Jangan risau, waktu hujung semester nanti boleh cuba untuk minta tukar lagi.

Kata orang, kalau apply waktu taaruf week, tak perlu korbankan RM50. Tetapi kalau minta tukar waktu semester sedang berjalan, kenalah berkorban RM50. Ditambah juga kena interview (bagi jurusan tertentu sahaja).


KEDUA, asasi di UIA anda akan dapat lebih ilmu! Betulkah? Saya pasti ramai dah tahu nak masuk UIA ni bermakna kena belajar bahasa Arab. Hah, itu dah satu ilmu yang lebih tu! Ada orang kata, best tu, bahasa syurga! Dan ada banyak lagi. Ada subjek komputer, Understanding Islam dan juga Basic Theme of Al-Qur’an. Subjek English hanya untuk yang tak lepas kelayakan yang kursus tersebut nak. Ada juga Fardhu Ain, Tilawah dan Study Circle, tetapi ketiga-tiga ini berdasarkan ujian Tilawah yang akan diadakan waktu Taaruf Week. Senang kata, ilmu untuk dunia ada, untuk akhirat pun ada. Serba lengkap!


KETIGA, Bi’ah Solehah! Hah, apa pulak benda alah ni? Bi’ah Solehah itu maksudnya persekitaran yang baik, elok, terjaga dan sebagainya. Senang kata macam ni lah, di suatu negeri, penduduknya semua baik, tak mencuri, saling berpesan dan menegur, selalu bertukar hadiah, jenayah sifar dan apa jua kebaikan yang dapat anda gambarkan. Aman sungguh. Maka negeri itu dikatakan mempunyai bi’ah solehah. Faham? Suka tak kamu kalau suasana begitu?


Itulah yang cuba diterapkan di UIA. Kamu akan lihat kurangnya kes-kes jenayah terutamanya kecurian. Kalau kamu nak tahu, peniaga-peniaga di sini, selalunya berniaga tepi kaki lima. Apabila azan berkumandang, mereka tinggalkan begitu sahaja barang-barang niaga mereka. Ada juga la yang letak plastik, tapi itu rasanya untuk cover dari cuaca sahaja.


**********************************
Banyak lagi yang perlu ditulis, tapi kesuntukan masa dan idea. Jenguk-jenguklah dalam seminggu dua ni, Insya-Allah akan diupdate lagi info-info baru. Gambar-gambar juga akan ditambah lagi kemudian kerana connection lembap ketika publish post ini.


Sekian, wassalam.


JIMIE : Ta’aruf Week juga dikenali sebagai TaWe (eeeiii… comelnya bunyi! Haha). Ahlan wa sahlan ila UIAM!

26 ulasan:

  1. jazmi : aku promote entry ko kat junior ye..hee sebab entry ko lagi specific compared to mine..plus , aku tertinggal lagi satu test which is tilawah test..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    cop!! say nak tanye. saye minat nak amek asasi sains kemanusiaan sebab nanti saye nak amek psychology. masalah sekarang saye xboleh nak apply sebab saye dari aliran sains. cakap boleh tukar kursus kan??? boleh saye amek kursus lain dulu, then mintak tukar sains kemanusiaan?? or saye teruskan je dengan kursus lain. abeh asasi nanti apply je psychology???~boleh ke???

    BalasPadam
  3. I'd plesure with your advice :D

    BalasPadam
  4. kenapa human science x ada?

    BalasPadam
  5. @Tanpa Nama : maaf, saya dah kemaskini dan dah masukkan Human Science. :)

    BalasPadam
  6. @ili ajeerah :
    Waalaikumsalam...

    YA, semestinya BOLEH!
    Mcm saya tulis dlm post kat atas, kalau betul awak nak masuk UIA, masuk dulu.

    Tukar kos semua tu boleh dibuat sepanjang pengajian anda di UIA.

    Waktu asasi boleh mintak tukar, masa degree pun boleh mintak tukar ke psychology.

    Jelas x? Ada soalan lg? Bleh reply lg la ye. Sekadar membantu yg termampu. :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum . saya dapat tawaran asasi sains hayat di UIA . tapi sebenarnya saya lebih meminati asasi perubatan sebab saya nak jadi doktor . perlu ke saya tukar daripada asasi sains hayat ke asasi perubatan ? kalau saya teruskan juga asasi sains hayat , masa degree nanti course apa yang saya akan ambil ? adakah saya dapat meneruskan cita-cita saya untuk menjadi doktor kalau saya belajar asasi sains hayat di UIA ? tolong jawab soalan-soalan saya ni ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt.

      Kalau awak memang berhasrat untuk meneruskan pengajian di UIA, saya sarankan anda cuba untuk menukar program dari asasi sains hayat kepada asasi perubatan pada minggu orientasi/taaruf week.

      Asasi sains hayat hanya akan beri pilihan kepada awak untuk memilih di peringkat degree sama ada Bioteknologi, Kimia atau Fizik. Jurusan perubatan tidak ditawarkan.

      Anda kena ingat bahawa untuk menjadi seorang doktor bukan mudah. Di UIA, di peringkat asasi sekalipun, anda kena jaga keputusan peperiksaan. Untuk ambil MBBS (sarjana muda doktor) anda perlu melalui proses temuduga selepas hampir habis asasi. Dan semua yang minta jurusan perubatan akan dinilai dan ditapis.

      Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk awak. Kalau betul awak nak jadi doktor, awak perlu yakinkan diri, kuatkan semangat untuk tempuh banyak dugaan. Dan yang penting sekali, sentiasalah berdoa dan berserah pada Tuhan. :)

      Padam
    2. salam abang , batch kami masih boleh tukar asasi lagi ka ? saya pon dapat asasi kejuruteraan dan ict , tapi saya nak pergi ke asasi perubatan . tapi saya takut bila pergi ke sana nanti x boleh pula. ermm . saya dengar rumors , susah untuk tukar kos . mohon pencerahan abang .

      Padam
    3. Waalaikumsalam wbt.

      To be honest, memandangkan saya dah hampir 2 tahun tinggalkan asasi, saya tak pasti sgt dengan sistem di Asasi UIA sekarang, mungkin dah berubah.

      Untuk lebih jelas, saya syorkan awak contact UIA:

      Admission and Records (AnR)
      Centre for Foundation Studies
      International Islamic University Malaysia
      Jalan Universiti
      46350 Petaling Jaya
      SELANGOR DARUL EHSAN

      General line : (+603) 79462400
      Fax No. : (+603) 79540319 / 79541215
      E-mail : anr_asasi@iium.edu.my

      All the best! ^_^

      Padam
  8. assalamualaikum..sy dpt asasi kejururawatan di uia.. blh ke klau sy nk tukar kpd asasi sains hayat .. bagaimana proses pertukaran tu ?? adakah agak sukar ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam wbt.

      Jawapannya boleh. Waktu minggu orientasi/taaruf week nanti akan dibuka peluang bagi sesiapa yang mahu menukar course.

      Senang saja untuk apply tukar jurusan. Tak salah saya, cuma sediakan copy result SPM. Kena bayaran RM50 kecuali kalau mintak tukar waktu Taaruf Week.

      Kalau apply tapi tak dapat, waktu hujung setiap semester nanti boleh cuba untuk minta tukar lagi. Akan ada interview (bagi jurusan tertentu sahaja).

      Padam
  9. Salam.. Saya dpt asasi pergigian di uia.. Brape lma tmpoh pngajiannya dan adkh di hjung asasi nnti akan ad tmuduga sprti perubtan? slain itu, kbiasaannya rmai x plajar yg mngmbil asasi prgigian? maaf.. mhon pnjlasan dan pndpt... Trma ksih bnyk2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt.

      - Pertama sekali, tahniah! Selalunya tak ramai yang berjaya dpt asasi pergigian.

      - Tempoh pengajian utk asasi pergigian ialah selama 2 tahun.

      - Sama mcm perubatan, nanti akan ada interview waktu hujung2 asasi. Kalau awak memang bersungguh2 nak degree perubatan, insya-Allah akan ada jalannya.

      - Walaupun tak ramai yg dapat asasi pergigian, selalunya pelajar asasi pergigian ni akan bercampur dgn pelajar jurusan lain (jurusan sains sahaja) jugak waktu asasi ni sebab subjek pun lebih kurang sama.

      Kalo ada apa2 kemusykilan lagi boleh je tanya. Insya-Allah akan bagi jawapan yg terbaik. Tapi kalau dpt reply lambat sikit tu mintak maaf; tengah sibuk nak final exam semester. ^_^

      Padam
  10. assalamualaikum..
    sy dapt twaran sns hayat, tapi sy mahu asasi perubatan..kalau apply penukaran kos time mggu orentasi tu apa syarat2 yg pihak uia akan pndng? apa maksud surat jemputan?sbb sy ada tny senior uia, dia ckp hny bleh tkar kos kalau dpt surat jemputan shja..tlg bls soalan sy :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt.

      Sewaktu saya di Asasi UIA, pertukaran course waktu minggu orientasi masih boleh lg. Baru-baru ni sy dpt tahu yg sekiranya course yg nak ditukar tu dah penuh, maka dah tak boleh tukar waktu minggu orientasi.

      Andaikata waktu minggu orientasi awak ni, dibuka peluang untuk tukar course, awak cuma sediakan salinan keputusan SPM. Selalunya dia cuma consider result SPM awak tu. Kalau straight A or ada satu dua B camtu je, insya-Allah boleh.

      Tentang surat jemputan tu, hanya course tertentu sahaja yg buat (e.g perubatan, pergigian). Yang ni waktu setiap semester kat Asasi UIA. Andaikata semester tu keputusan awak sangat cemerlang (dan awak bukan course yang ditawarkan), maka awak akan dapat surat jemputan ke course tersebut.

      Nasihat saya, fikir baik2. Kalo boleh solat hajat mintak petunjuk dpd Allah.
      Semoga dapat buat keputusan yang terbaik. ^_^

      Padam
  11. Assalamualaikum . Saya dpt twrn asasi sains kemanusiaan di uia. Tp , saya masih tak tau kos tu sesuai x untk saya atau tak sbb cita2 saya nk jd cikgu . Saya dh mntk pndpt ckgu , ada sstgh cikgu suroh saya masuk , dan ada sstgh lagi cikgu suruh saya smbg je kat f6 . Mohon pndpt :)

    BalasPadam
  12. Saya bakal amik AED UIA PJ.Bertanya psl bilik sy dpt tahu akan diberi bilik special (besar) tapi adakah bilik tu 4 org & berasingan ke? Biasanya student AED lelaki diberi mahallah mana?

    BalasPadam
  13. Nak tanya, biasanya budak AED diletakan kat mahallah mana? Yg saya tahu bilik katil single ada compartment kt dlm bilik tu ye?

    BalasPadam
  14. Mahallah ni ikut cos ke?kalau AED dia bagi bilik 4 org ke?

    BalasPadam
  15. ASALAMUALAIKUM,,saya nak tanya kalau lepasan spm aliran sains tapi saya nak mohon asasi pngetahuan brteraskan wahyu boleh tak sebab itu bagi aliran sstera shj,,,saya juga tak ambil bhasa arab wktu spm

    BalasPadam
  16. assalammualaikum. ikut result spm,saya layak utk amik asasi sains hayat. kalau boleh,saya nak amik asasi perubatan sebenarnya,tp disebabkan kimia saya c+,tu yg saya amik asasi sains hayat. katakanlah kalau time habis asasi, saya dpt pointer tinggi, bole ke kalo saya amik bidang doctor even saya bukan dri asasi perubatan? and ada orang kata yg matrik lagi senang nk dpt 4 flat drpd asasi, betul ke?

    BalasPadam
  17. assalammualaikum. nak tanya,kalo amik asasi sains hayat memang dah takde peluang ke amik bidang perubatan lepas habis asasi? ikut result spm saya,saya hnya layak mohon asasi s.hayat,tp klo boleh saya mmg nak sgt amik doctor.

    BalasPadam
  18. assalammualaikum. saya nak tnye,kalo amik asasi sains hayat mmg dah takde peluang utk amik perubatan ke lepas habis asasi?

    BalasPadam
  19. Assalamualaikumm, salam sejahteraa.. :') Saye ad beberape soalan, mnta izin utk brtnya ya.

    1)sy pelajar form5, spm thun ni. Sy ad sdkit soalan.. Apakah kelayakan untuk memohon asasi farmasi di UIAM? Syarat minimum?? Dan stu lgi, kbiasaannye, utk layak dari asasi ke degree farmasi uiam, berapa pointer.yg diperlukan? :)

    2)Sy ad bce artikel yg mgtakan sbaiknya, isi smue prmohonan kelapan2nya ke Uiam. Bgaimane jika sy dbri kos lain. Dan utk tkar prlu pointer tnggi, jika pointer sy rndh? Brmakne sy perlu mlupkan shje cita2 utk mnjdi ahli frmasi?

    3)Td cg sy ckap, klau asasi xdpt 4.0@4flat mmg xblh smbung degree farmasi. Btul ke?? Brpe kah syarat mnumum utk smbng degree farmasi? Ini melemahkan smngt sy.

    4)Saya berasal dri sklh yg tiada bahas arab. Jika sy msuk ke asasi farmasi uiam wajib ambil bahasa arab kn? Dan di sana, saye bersaing dgn pljar2 yg kbykkannya dri sklah agama yg sudah tahu asas2 bahasa arab. Jadi, ia satu kelebihan kpada mereka. Bagaimana utk sy menyaingi mereke? Kerana utk sambung ijazah, saye perlu bersaing dgan mrka.

    5) Sy bljar Bio,kimia,fizik dlam B.Inggeris di sklh..jika di unviersiti, smuanya dalam Bi kn. 100% english kn? Mcam mana dgn sy? Ad x ap2 nsihat utk sy? :)

    BalasPadam