Rabu, 17 Julai 2013

Peringatan Buat Orang Muda

Assalamualaikum wbt.

Pada 23 April 2012 di blog ini, saya ada terbitkan artikel bertajuk "Orang Muda Menyebut Dalil Agama?".
Antara kandungannya adalah hadis berikut:

“Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah.

Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat."


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang sahabat saya bertanyakan tentang kesahihan hadis ini. Maka saya telah merujuk pada yang arif dan bertauliah; IslamGRID; sebuah portal kendalian JAKIM & MAMPU yang mempromosikan Islam dan lain-lain (rujuk sini).

Dan hari ni saya akhirnya mendapat maklumbalas dan jawapan daripada mereka; yang mensahihkan hadis tersebut. Boleh lihat gambar di bawah (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas):


Maka sekali lagi saya berpesan, marilah berfikir sejenak. Memang banyak yang konon-konon berdakwah melalui facebook, blog dan sebagainya zaman sekarang ni, tetapi bagaimana iman kita sebenarnya?

Semoga terpelihara dari menjadi salah seorang golongan ini.

2 ulasan:

  1. ASSalamualaikum saudara
    syukran jazilan atas perkongsian ini.
    sagat saya hargai...
    bagaimana nak contact saudara?

    BalasPadam