Sabtu, 12 Jun 2010

A.I.R.

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya nak berkongsi tentang suatu perkara yang terbina daripada tiga huruf : A, I dan R.

How you pronounce it? Is it air (udara) or air (water) or it is an abbreviation for any words?

Jawapan : air yang juga dikenali oleh mat salleh sebagai water. Apa kisahnya?

Beberapa hari lepas, sewaktu saya sedang melayari internet, kawan sebilik saya teringat tentang bicara lecturernya yang menceritakan tentang keajaiban air. Lecturernya telah khatam (habis baca) sebuah buku yang bertajuk “The Hidden Messages of Water” karya Masaru Emoto. Kalau sesiapa berpeluang untuk memilikinya, baguslah.

Apa yang ada tentang buku ini? Mari kita saksikan dahulu video di bawah ini :







Jadi, buku ini dihasilkan oleh Masaru Emoto setelah melakukan kajian dan eksperimen. Saya juga ada saksikan video eksperimen terhadap nasi.













Apa yang menariknya, 90% daripada tubuh kita ini adalah air! Ini adalah fakta. Jadi sekiranya kamu menuturkan kata-kata yang baik mahupun buruk, molekul-molekul air di dalam badan seperti darah, saliva, asid amino dan sebagainya akan turut berubah. Jadi, anda tentunya faham bagaimana hasilnya sekiranya anda menuturkan kata-kata yang baik atau buruk kepada orang lain.

Seperkara lagi tentang air ini, tahukah anda dalam banyak-banyak air, ada satu jenis air yang cukup istimewa dihasilkan khas oleh Allah SWT. Pasti ada yang sudah tahu air yang saya maksudkan. Ya, air zamzam.

Zamzam yang bermaksud yang banyak atau mengalir dalam bahasa Arab, memang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada yang sudah mengkaji molekul air ini dan sememangnya air zamzam mempunyai geometri yang unik.
Tanpa perlu berkata apa-apa pada air zamzam ini, molekul air ini sudah mempunyai bentuk istimewa yang tersendiri. Berbanding air biasa, seperti yang diceritakan pada tulisan atas ini, memerlukan manusia melakukan sesuatu (berkata-kata) sebelum molekul air itu berubah menjadi bentuk geometri yang menarik.

Jadi, berebut-rebutlah untuk meminum air istimewa ini dihasilkan khas oleh Yang Maha Berkuasa. Sangat baik andai mengamalkan meminum air zam-zam ini setiap hari. Tetapi bagi kita yang tidak tinggal dekat dengan telaga zam-zam, pasti sukar untuk mendapatkannya.

Maka, cukuplah andai kita minum setahun sekali, atau semampu mana kita boleh memilikinya. Untuk mendapat kebaikan seperti air zam-zam ini, sebelum minum, berdoalah. Maka, molekul air akan berubah ke geometri yang indah lagi berkhasiat. Seperkara lagi, sewaktu minum, jangan lupa duduk ye!

Marilah kita sama-sama amalkan. Insya-Allah.

jimie1402 : 96% air membina timun (soalan kuiz Mighty Minds Malacca State 2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan