Khamis, 8 Julai 2010

Rahsia Angka 13

Assalamualaikum wbt.

Maaf, dah lama tak update blog. Sebenarnya banyak yang sudah ditulis, tetapi masih dalam bentuk draft, tak finalize lg. Jadi, saya kongsikan dahulu tentang suatu perkara yang menarik ini.

Angka 13. Ada yang percaya bahawa nombor ini sial, betul tak? Siapa percaya, angkat tangan! Siapa yang angkat tangan tu, saya sarankan anda mengucap dua kalimah syahadah semula, takut terjerumus dalam kekufuran. Syirik mempunyai kepercayaan sebegitu. Sesungguhnya baik buruk segalanya datang dari Allah, semuanya telah ditakdirkan.

Mungkin ada pihak sengaja mahu menutup keindahan angka 13 ini, maka diwar-warkan persepsi bahawa nombor ini sial. Ada juga yang menyelitkan unsur-unsur seram agar takutkan angka 13 ini. Jadi, apakah maksud sebenar angka 13 ini? Bacalah dengan lebih lanjut di bawah :

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita di dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbiratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Al-Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat"

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Jimie1402 : Umur 13 tahun sebagai simbol tahun pertukaran dari alam kanak-kanak (sekolah rendah) ke alam remaja (sekolah menengah).

2 ulasan:

  1. Terlalu banyak kepercayaan karut (khurafat) yang boleh membawa kepada terpesongnya akidah wujud tanpa sedar dalam kehidupan seharian kini. Sebab itulah kena sentiasa awas dan berwaspada dengan perkara yang meragukan (was-was).

    BalasPadam
  2. Betul tu beliamuda...
    Kalau boleh kita kena siasat dahulu kesahihan sesuatu perkara tu, jgn terus percaya bulat2 dan tros amalkan...
    ;)

    BalasPadam