Khamis, 24 Februari 2011

Satu Saf Sejadah

Assalamualaikum wbt. Kali ini saya nak bicarakan satu perkara yang agak remeh. Cuba lihat gambar ini :


Oh, gambar ini ketika duduk. Mungkin ketika khutbah Jumaat mungkin. Nak lebih tepat, tengok gambar berikut :

 

Pasti kamu tahu di manakah tempat gambar ini dirakam. Ya, masjid. Sesiapa yang jawab surau pun bolehlah terima. Bagus, bagus. Ini bererti kamu pernah ke sana. Rajin ke tak rajin ke sana lain ceritalah ye. Tapi yang pasti itu tempat orang Islam menunaikan solat.

Boleh kamu kecilkan sedikit skop pada gambar tersebut? Apa objek yang terdapat dalam gambar tersebut? Ya, ya! Orang, yang semestinya Muslim. Lagi? Kopiah, serban, songkok, rambut (bukan ditujukan pada yang botak ye), lampu, kipas, spek… Ya, ya, semua itu betul. Tapi satu benda yang mahu difokuskan hari ini.

SEJADAH!

Kamu semua tahu objek tersebut kan? Kamu tahu fungsinya, bila objek tersebut digunakan. Ya, SOLAT! (Abaikan sejadah yang digunakan ketika kahwin). Perkara yang mahu ditekankan pada kali ini mudah sahaja. Bagus kalau solat berhamparkan sejadah. Kalau kat masjid tu, selalunya sesiapa yang nak solat beralaskan sejadah, kenalah datang awal, sebab sejadah selalunya hanya dibentangkan pada beberapa saf hadapan sahaja.

Cuma yang mahu ditegurnya, seperti dalam gambar di atas, apabila sudah dapat saf yang beralaskan sejadah, jangan pula dibuat seperti solat sendirian, satu sejadah tu kamu conquer sorang-sorang. Satu sejadah tu untuk kamu seorang sahaja.

Ah, siapa suruh datang lambat! Cuba kaji balik tujuan kamu datang ke masjid atau surau. Untuk solat berjemaah atau untuk tunjukkan kamu tu datang awal? Atau sekadar mahu dapatkan sejadah? Kalau jawapan kamu selain bertujuan untuk solat berjemaah, maka tidak perlu kamu susah-susah bazirkan tenaga kamu datang ke masjid atau surau. Solat sahaja di rumah. Maaf, bukan saya tidak menggalakkan untuk solat berjemaah di masjid atau surau, tetapi cuma mahu kamu betulkan kembali niat dan tujuan kamu ke masjid.

Apabila solat berjemaah, bahu hendaklah dirapatkan, kalau boleh tak ada langsung ruang antara jemaah. Ini mampu memupuk kebersatuan dan ukhuwah sesama muslim. Oleh itu, kalau dapat saf yang ada sejadah, tambah-tambah badan kamu tu kecik pula, satu sejadah boleh kongsi dua orang, maka, rapat-rapatkanlah saf. >>>Lanjut<<<
Kalau jemaah susah sangat nak rapatkan saf, maka saya nasihatkan pada AJK masjid, tak payahlah hamparkan sejadah. Tak perlu bazirkan tenaga hamparkan sejadah itu elok-elok menjadi satu garis lurus. Saya yakin karpet masjid tu cukup bersih untuk solat. Kalau tak yakin, setiap kali sebelum solat jemaah, kamu vakum ke, sapu sikit ruang solat.

Haa! Camni kan bagus!
 Kamu dapat apa yang saya mahu kongsikan hari ini?

JANGAN SEJADAH SAHAJA BERADA PADA SATU SAF YANG LURUS, TETAPI JEMAAH PUTUS-PUTUS!


Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan