Sabtu, 20 Ogos 2011

Bijak Si Penggodam

Assalamualaikum wbt.

Ingat tak lagi satu blog post (artikel blog) saya tentang Menggodam Hati Penggodam (Hacking Hackers' Heart)? Baru-baru ni, media massa ada menyiarkan satu berita yang agak panas bertajuk : Gadis Godam 23 Laman Web Hina Nabi. Boleh rujuk Berita Harian Online atau blog Satu Umat (klik untuk siarkan berita tersebut). Kalau malas nak buka link website lain, boleh baca kat bawah ni.

Saturday, August 20, 2011
Gadis Godam 23 Laman Web Hina Nabi

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.

Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.
 
Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.
 
“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi

Alhamdulillah, ada juga yang melakukan langkah seperti yang saya cadangkan, walaupun gadis tu buat bukan selepas baca artikel di blog saya, tetapi sekurang-kurangnya ada juga yang mampu memikirkan tindakan yang wajar.

Seperti yang saya katakan pada blog post bertajuk Menggodam Hati Penggodam tu, mereka yang menggodam laman web tertentu, atas niat sekadar mahu memberontak tindakan kerajaan Malaysia yang block laman web muat turun tertentu, bukanlah tindakan yang bijak. Lagi-lagi ada yang bersuara, kenapa tak diblock laman web lucah dan sebagainya.

Nah, berita di atas adalah bukti bahawa tindakan itu lebih penting dari kata-kata. Bak kata orang bijaksana, "Action speaks louder than words"! Maka, daripada anda tunggu kerajaan block laman-laman web yang tak wajar seperti laman web lucah, laman web anti-Islam, laman web penipuan, laman web skim cepat kaya, laman web fitnah dan sebagainya, lebih baik anda yang bertindak, memandangkan anda ada ilmu menggodam ni.


Kesimpulannya, sila aplikasikan ilmu yang anda ada pada tempat yang sepatutnya.


Sekian, wassalam.

Nota : Pandangan politik saya adalah NEUTRAL, tak menyebelahi mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau pembangkang.

1 ulasan: