Selasa, 15 November 2011

Adakah 729 barkod Israel?

HATI-HATI sekiranya anda membeli apa-apa barang. Sila lihat barkod dahulu untuk mengetahui negara manakah yang menghasilkan produk tersebut. Dan ingat nombor ini :
729
sekiranya anda mengesan tiga digit ini pada tiga angka pertama barkod produk tersebut, maka produk itu produk ISRAEL!

Hah? Benarkah? Cepat, jom geledah rumah cepat cari barkod ni, kemudian buang, tumbuk atau bakar saja produk ISRAEL ini!


Haha. Tahniah! Fakta : orang kita memang sangat taksub dengan perkataan ISRAEL ni. Sama ada orang-orang yang gemar berkonspirasi mahupun seorang Muslim yang tidak ada Facebook.

Pernah tak anda terfikir untuk menyiasat perkara ini? Benarkah kita dapat mengetahui produk tersebut buatan negara mana hanya melalui barkod sahaja?

Baru-baru ini saya terbaca amaran seperti di atas tentang barkod Israel ini. Maka dengan semangat ingin tahu, saya telah melakukan kajian ilmiah di laman jaringan (oh, lapuk gila istilah ni! :P) [Sila terjemah laman jaringan itu sebagai website].

APA ITU BARKOD?

Barkod ialah imej kecil garisan (bar) dan ruangan yang diletakkan pada barang-barang runcit, kupon dan surat untuk mengenal pasti beberapa produk tertentu, orang, atau lokasi. Kod menggunakan urutan garisan menegak (bar) dan ruang untuk mewakili nombor dan simbol-simbol lain. Satu simbol barkod biasanya terdiri daripada lima bahagian: zon tenang, karakter awal, karakter data (termasuk karakter cek pilihan), karakter berhenti, dan satu lagi zon tenang. [1]

Satu barkod itu mempunyai 12 digit, dalam pelbagai kumpulan. Dua digit pertama menunjukkan negara yang mengeluarkan barkod tersebut. Empat digit berikutnya menunjukkan pengilang. Sesetengah negara mempunyai kod negara tiga digit, jadi mereka hanya mempunyai tiga digit bagi kod pengilang. Enam digit akhir kod produk pengilang berikan. Setiap produk mempunyai kod yang berasingan. Malah kotak yang berbeza saiz produk yang sama mesti mempunyai kod yang berlainan. [2]

BOLEH BAGI CONTOH?

Boleh saja. Saya bagi dua contoh.

CONTOH 1 
"PRODUCK" adalah satu produk negara Tahtawu yang dihasilkan di negara Fafaway dan kemudiannya diimport dan diedarkan oleh negara Counthree. Maka tiga digit pertama pada barkod "PRODUCK" menunjukkan kod negara Tahtawu.

CONTOH 2
Oklah, saya ambil fakta yang sebenar. Saya ambil produk yang ada di rumah saya.
 Oreo Ice Cream adalah produk terbaru keluaran syarikat Kraft. Barkodnya bernombor : 7622300442507. Pada bungkusannya, ditulis:
Singapore Distributor : Kraft Foods Singapore Pte Ltd.

Malaysia Importer : Kraft Malaysia Sdn. Bhd.

Brunei Distributor : Syarikat Perniagaan Malar Setia, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Imprted & Distrbuted by : Kraft Foods (Philiphines), Inc.

PRODUCT OF INDONESIA.
Dan pada bungkusan ini juga ada logo halal dari Majlis Ulama Indonesia.
.....
Jadi saya check balik tiga digit pertama pada barkod itu, iaitu 762, kod untuk negara mana. Anda rasa negara mana? Singapura? Atau Malaysia? Mungkinkah Brunei atau Filipina? Indonesia kot.

Ok, jawapannya : kod 762 tak ada tapi kod 76 ada (jika anda was-was kenapa ambil dua digit sahaja, sila baca kembali maksud kodbar di atas) iaitu negara SWITZERLAND!


 Datang dari mana pula Switzerland ni? Sedangkan pada bungkusan ni tak ada langsung perkataan Switzerland mahupun bahasa Switzerland pun tak ada.

Jadi, saya buat sedikit lagi kajian ilmiah, dan mendapati, Kraft Food Inc mempunyai ibu pejabat di Chicago, Amerika Syarikat dan ibu pejabat Eropad di Opfikon, SWITZERLAND! [3]

Maka, Oreo Ice Cream merupakan produk Kraft yang bertapak di Switzerland, diberikan barkod di negara Switzerland tetapi dihasilkan di Indonesia dan diedarkan di Singapura, Malaysia, Brunei dan Filipina.

INFO TAMBAHAN

Ketika saya menjalankan kajian ilmiah tentang tiga digit awal barkod ini, saya mendapati bahawa masyarakat di negara lain (terutama Amerika Syarikat dan negara maju) juga mempunyai masalah yang sama iaitu mesej berantai tentang barkod ini.

Tetapi mesej berantai mereka ini tentang produk yang dibuat oleh China dan lain-lain negara, kerana mereka tidak mahu menggunakan produk dari negara-negara ini kerana sering memberikan masalah dan penipuan.
Maka masyarakat negara yang dihuni ramai Yahudi ini juga tidak terlepas dari mesej-mesej berantai dan penipuan (hoax and scam) ini
 DALAM CENGKERANG KACANG

In a nut shell (kesimpulannya), tiga digit pertama pada barkod itu menunjukkan negara mana yang mengeluarkan barkod berkenaan dan selalunya barkod itu diberikan di tempat di mana syarikat sesuatu produk itu bertapak. Maka tidak benar sama sekali tiga digit pertama pada barkod menunjukkan negara mana yang menghasilkan barang berkenaan.

LATIHAN

Sebagai ujian, anda boleh cuba kaji satu lagi produk di rumah saya. Anda boleh rujuk maklumat yang saya bagi ini :
Nama Produk : Milo Fuze 3 in 1

Syarikat : Nestle

Barkod : 9556001128034

Dikilangkan di Malaysia untuk : Nestle Product Sdn. Bhd.

Diimport oleh : Jasra Harrisons Sdn. Bhd. Negara Brunei Darussalam.



Website Check Barkod :

Info tambahan : Orang kata, Nestle ni salah satu syarikat Israel. Jadi, kajilah.

ADA LAGI SOALAN YANG BELUM TERJAWAB?

Boleh kemukan pada ruangan komen di bawah (highly recommended) atau emel pada saya di jimie_92@yahoo.com

Sekian, wassalam.

JIMIE 1402 : Burger McDonald dan ayam KFC tak ada barkod. :P

Sumber :
1. More Than You Think : Shopping; Engineering and Physical Sciences Research Council (EPSRC) United Kingdom; http://www.morethanyouthink.com/shopping/index.html

2. Bar code (or barcod) by Ziad Mallah; SearchManufacturingERP; last updated September 1999; http://searchmanufacturingerp.techtarget.com/definition/bar-code

3. Do the Barcodes on Products Reveal the Country of Origin?; HealthDiaries.com; Published on November 18, 2008; http://www.healthdiaries.com/eatthis/do-the-barcodes-on-products-reveal-the-country-of-origin.html

4. Country Code; Snopes.com; last updated 20 November 2010; www.snopes.com/politics/business/barcodes.asp

5. The First 3 Digits On Barcode Labels Represents The Country of Origin-Fiction!; TruthOrFiction.com; updated 06/26/09; http://www.truthorfiction.com/rumors/b/barcodes.htm

6. Do Bar Codes Reveal Where a Product Is Made?; By David Emery; About.com Guide; Last updated 11/13/08; http://urbanlegends.about.com/od/fooddrink/a/barcodes.htm

7. 729 di Bar Code Adalah Produk dari Israel; Blog Gerbang Maya Melankolia Segar; 13 November 2011; http://syuxermelankolia.blogspot.com/2011/11/729-di-bar-code-adalah-produk-dari.html

8. What do the number inder barcodes mean?; Answer.com; http://wiki.answers.com/Q/What_do_the_numbers_under_barcodes_mean

9. Learn what bar code numbers mean in the wake of major cereal recall; Dictionary.com; June 26, 2010; http://hotword.dictionary.com/bar-code/

7 ulasan:

  1. laman jaringan??? haha.. laman sesawang la.. so, berdasarkan latihan yang telah saya buat, Nestle terbukti merupakan produk adri syarikat di Malaysia.. betul x?? dpt full mark x?? haha

    BalasPadam
  2. hoho. pape je la, tp laman sesawang lg sesuai kot. Tak terer nak terjemah bahasa ni.

    Btw, maaf, nampaknya anda tak dapat full mark. Jawapan anda tidak tepat sebenarnya.

    Sila fahami dan cuba lagi. :)

    BalasPadam
  3. x tepat??? xleh jadi ni.. hahaha.. saya masih lagi dpt jwpn yg same. apa jwpn sebenarnya??

    BalasPadam
  4. Jawapan
    -------
    Barkod : 9556001128034
    955 kod negara Malaysia
    maksudnya Malaysia mengeluarkan barkod untuk produk ni.

    Tetapi Nestle bukan produk dari syarikat Malaysia.
    Nestle ialah syarikat dari Switzerland.

    Walaubagaimanapun, produk di atas dibuat di Malaysia dan ada cop Halal Malaysia. :)

    BalasPadam
  5. Tapi kalo kita beli milo tu still akan sumbangkan ke nestle jugakkan? Maknanya even kod bar malaysia, tapi seeloknya jangan beli jugak la kan since terang2an ini adalah produk israel...betol?

    BalasPadam
  6. Ni semua masalah branding....barcode was not affected....kalau deme gunakan branding dari Israeli...off course deme bayar untuk guna brand tersebut...so they support israel...jadinya dari MCDONALD tu tukarlah jenama Malaysia mcm MEKJENAB ke...MEKJEMAH ke...dari NESTLE tukar pada SALLYCO ke....ape2lah....asal tak bunyi mcm ISRAHELL!!!

    BalasPadam