Program Ifthar bersama Pimpinan Lama merupakan program pertama yang dilalui oleh pimpinan baru Persatuan Pelajar-Pelajar Pra-Sains atau Pre-Sciences Students Society (PRESSS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi 2010/2011.
Barisan Pimpinan PRESSS 2010/2011 |
Seawal kira-kira pukul 5.30 petang, sepatutnya semua pimpinan baru dan lama sudah berkumpul di Annex 101. Namun atas sebab-sebab tertentu, hanya beberapa orang sahaja yang dapat datang seawal mungkin.
Saya juga antara salah seorang yang datang awal kerana kelas saya habis awal pada hari tersebut. Dalam senarai pimpinan baru, tiada seorang pun yang saya kenal. Kawan saya yang bertanding sebelum ini kalah dalam perebutan jawatan yang ditandingi.
Kehadiran awal petang itu menyaksikan bahawa saya dan beberapa orang yang datang awal perlu mengemas Annex 101 itu untuk majlis ifthar. Salah seorang yang datang awal juga ialah setiausaha baru PRESSS, Mohd. Amir Abdul Halim. Sempatlah berkenalan sikit-sikit semasa mengemas tu. Sekolah lamanya ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), salah satu sekolah yang hebat di Malaysia.
Sewaktu malam pengundian atau Annual General Meeting (AGM) sebelum ni, saya lihat dia duduk bersendirian. Walaupun begitu, dia mampu menang. Hebatnya! Saya tak ingat sangat ucapannya sebab saya sendiri kena berucap dan membantu sikit-sikit kawan saya yang lain.
Sepanjang kami bersama-sama menjadi pimpinan dalam PRESSS, banyak yang telah kami lalui. Amir juga banyak membantu dalam apa jua program yang dianjurkan persatuan, (walaupun dia suka sakat aku). Juga program yang saya kendalikan iaitu Jualan untuk Raudhah Festival (RaFest), dia banyak membantu terutama dalam mencari orang yang boleh tolonng jualkan sesuatu.
Amir bawakan kenalannya untuk menjual Char Koey Teow dan persatuan berkongsi sedikit keuntungan dari hasil jualan Char Koey Teow tersebut. Memang laku dan gerai kami tutup awal!
Gerai Char Koey Teow PRESSS |
Amir (kanan sekali) juga akti bersukan, membantu PRESSS mendapat pingat emas dalam acara pingpong pada SMAC 2011 |
Selepas setahun memegang jawatan, akhirnya kami memberikan tanggungjawab kepada pimpinan baru pula. Tapi kami masih bertegur sapa sekiranya berjumpa.
Tahun 2012 pula, tercipta pula sejarah peribadi Amir apabila beliau telah sah bergelar suami kepada Siraj Munirah. Apabila dapat jemputan walimatul urus Amir ni, first reaction memang terkejutlah. Awalnya! Tapi tak apa, asalkan kau bahagia.
Mohd Amir dan pasangannya Siraj Munirah |
Oleh sebab saya tak dapat menghadirkan diri ke majlis kenduri kesyukurannya hari ini (28 Jan 2012) kerana perlu sambut kepulangan keluarga dari Pulau Pinang, saya buatkan post ini special untuk Mohd Amir bin Abdul Halim. Semoga berbahagia selalu di samping isteri tercinta! Maaf!
Doakan aku pula jumpa jodoh aku cepat! :P
JIMIE : Semoga menjadi 'Amir' keluarga yang terbaik, sebaik Rasulullah SAW! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan