Isnin, 30 Januari 2012

Concours De Cuisine

Assalamualaikum et bonjour! Comment êtes-vous? 

Untuk entri kali ini bukanlah nak ajar tentang bahasa Perancis, tetapi sebenarnya nak kongsikan sedikit tentang maraton memasak yang telah saya hadapi sepanjang minggu lepas.

Tajuk entri ni pun maksudnya 'Cooking Marathon' dalam bahasa Perancis. Dua ayat pertama tu? Haa, try la pakai Google Translate, saya pun gunakan bantuan Google Translate. Haha! (memang tak pernah belajar secara formal Bahasa Perancis)

Ok la, tentang La Cuisine Marathon, sebenarnya saya mencuba untuk memasak beberapa hidangan (kebanyakannya tak pernah makan pun) kira-kira hampir seminggu. Mak tak marah pun, sebab family balik Penang, so ambil kesempatan la. Tinggallah daku bermaharajalela di rumah.

Bermula dengan sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada 22 Januari 2012 hinggalah 28 Januari 2012, saya telah memasak kira-kira 12 hidangan yang berbeza, 8 daripadanya merupakan percubaan pertama saya.

Ok, tak nak taip panjang-panjang, nanti malas pula nak baca kan. Saya sertakan imej-imej masakan saya. Kebanyakan resipi diambil dari internet.

AMARAN : Don't judge taste by its look!

HONG KONG STYLE FRENCH TOAST


Macam French Toast atau orang Malaysia panggil roti telur. Bezanya, dua roti digabung dan dilekatkan dengan jem sebelum dicelup dalam telur dan goreng.

HOMEMADE ICE CREAM


Yang ni memang ais krim yang berkrim, bukan Ais Krim Malaysia yang keras tu ye. Sangat mudah sebenarnya nak buat, tak payah nak beli mesin buat ais krim mahal-mahal, pakai plastik je. Tapi kena tahan sikit dengan kesejukan waktu buat ais krim ni.

STIR-FRIED INSTANT NOODLES


Yang ni pula mi goreng segera, tapi menggunakan dapur (air mendidih atas api dapur dan goreng), tak pakai air panas je. Digoreng dengan bahan-bahan tambahan lagi (fishcake, kicap soya buatan sendiri, telur, cili dll).

Memang ada beza kalau pakai air panas dengan kalau pakai dapur. Macam yang saya buat ni, memang nampak lagi fresh (tak ada wax atau minyak-minyak). Tetapi, mi yang didihkan atas api dapur ni senang melekat, so waktu menggoreng tu kena letak air kosong sikit-sikit.

FRUIT PARFAITS


Kalau sesiapa pernah main The Sims 3, Fruit Parfait ni salah satu pilihan makanan untuk sarapan. Mudah je nak buat ni. Pakai buah-buahan dan yogurt. Tak perlu goreng ke bakar ke masuk microwave ke, tak perlu. Sangat sedap dan berkhasiat lagi mengenyangkan.

WHITE RICE WITH CHICKEN SCALLOPS & FRIED EGG



Ni makanan simple je. Chicken scallop ni makanan goreng segera keluaran syarikat Saudi Gold. Kalau dalam gambar ni yang ada lima ketul tepi telur tu. Telur goreng tu bukan telur goreng biasa, telur kuningnya cair. Sedap!

Tapi scallop tu apa? Saya pun tak tahu, tapi kalau Google (Translate, Search & Images) dan tengok Wikipedia, scallop dalam bahasa Melayu bermaksud kapis/kekapis, yakni haiwan bercengkerang yang boleh dimakan, seperti kerang, siput, ketam dll. (sumber : Wiki Melayu, Wiki English, Google Image) Kalau Chicken Scallop? Hmm, entahlah, fikir-fikirlah sendiri. (terbaca yang scallop ni pernah dibuat dalam MasterChef Malaysia)

MANGO FLAVOURED PUDDING


Tengok nama pun dah dapat tahu kan. Makanan ni common sangat. Tapi first time buat sendiri ni tau. Selalu makan je. Orang Melayu panggil agar-agar. Pakai serbuk beli kat Giant Hypermarket. Then hias la sikit-sikit kat atas tu dengan anggur, yogurt dan chocolate rice.

PANCAKE

Penkek ini juga buatan sendiri semua ramuannya, bukan segera punya. So, mainlah dengan tepung, telur semua. Rasanya kureng sikit sebab silap perkiraan. Lepas dah siap semua, check balik baru sedar silap. Tapi still ok la.

Boleh dimakan sahaja, mahupun beserta pelbagai perisa seperti jem, mentega dan sirap penkek. Dalam gambar ni dimakan dengan mentega dan madu asli. Mua-mula ingatkan nak buat sekali sirap penkek (madu+oren) tapi tak cukup bahan.

HOT MILO WITH RAINBOW MARSHMALLOW

Yang ni memang resipi sendiri. Buat milo pekat panas-panas, kemudian masukkan marshmallow. Sedap kalau makan sekali dengan marshmallow ni. Kalau panas sangat air, marshmallow ni boleh cair dan menyedapkan lagi air milo.

LYCHEE COBBLER

Resipi Cobbler yang dapat dari internet kebanyakannya pakai buah pic. Jadi waktu membeli-belah, memang ada jumpa buah pic (dalam tin) tapi mahallah pulak. So, try je lah pakai buah laici. Alhamdulillah, jadi juga.

Ingat ya, amaran awal-awal tadi. Walaupun rupa tak seberapa, tapi sebenarnya sedap tak terkata. Biasalah, first time, comot-comot la sikit. Family saya minta nak makan beberapa pusingan. Nak rasa? Hehe.

FRENCH CREPES

French Crepes ni sebenarnya lapisan luar warna kuning coklat tu je. Sedap juga kalau makan Crepes tu saja tanpa isi. Tapi saja try macam-macam inti. Paling sedap (menurut family) yang diletakkan kuah spaghetti (credit to my sister, Wawa) yang dicampur daging cincang dan cendawan. Inti sardin tin tu pun sedap gak. Isi lain : jem oren, jem buah campur, mentega kacang.


Sekian, terima kasih, wassalam.
JIMIE : Akan mencuba lagi dan memperbaiki masakan pada masa akan datang. Nak order? :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan