Pernah tak anda dapat info bahawa Barat merendah-rendahkan Rasulullah s.a.w.
dengan mengatakan daging kambing mampu meningkatkan kolestrol dan berisiko
untuk darah tinggi; sedangkan daging kambing kegemaran Rasulullah.
Pasti ramai yang percaya tanpa benar-benar mengkaji dahulu. Bagaimana kalau
anda benar-benar membuat eksperimen untuk membuktikan daging kambing tu tak
akan menyumbang kepada darah tinggi; malangnya
hasil eksperimen anda sama juga dengan apa yang diperkatakan Barat?
Oh, pasti aku tersilap daging. Atau aku tersilap bahan kimia? Atau ada yang
cuba menipu aku? Yang Barat yang menipu aku atau yang Islam tu?
Astaghfirullah, harap tiada yang terfikir nak keluar Islam. Ok, mari kita
betulkan tanggapan kita.
Rasulullah memang maksum, sempurna orangnya; namun sebenarnya yang dimaksudkan adalah dari aspek penerimaan dan penyampaian wahyu Islam. Ini tak bermaksud Rasulullah tak pernah buat silap dan tak pernah ditegur. Sebenarnya pernah, tapi bukan dari sudut wahyu yang diturunkan Allah. (Boleh cari dari sumber yang sahih kisah Rasulullah ditegur)
Jadi adakah Rasulullah salah dalam menggemari daging kambing? Tidak sebenarnya. Jadi adakah saintis pula yang salah dan sengaja merendah-rendahkan makanan kegemaran Rasulullah tersebut? Tidak juga sebenarnya. Eh, habis tu?
Ok, ini analogi daripada saya. Siapa suka aiskrim? Siapa suka coklat Cadburry? Siapa suka gula-gula kapas? Oh, pastinya peratus untuk anda menolak makanan-makanan seperti ini sangat rendah. LAZAT AMAT!
Tetapi satu hari, saya berjumpa dengan doktor. Katanya makanan-makanan ini menurut kajian mampu memudaratkan kesihatan; berpotensi untuk diabetes, sakit gigi dan banyak lagi. Adakah anda akan rasa seperti doktor itu merendah-rendahkan diri kita? Adakah anda akan bangun sambil bercekak pinggang dan jerit;
“Hey doktor! Kau ingat kau hebat sangat ke? Kau jangan nak rendah-rendahkan aku dengan fakta tak betul kau tu! Blah la lu!”
Kesian doktor kena marah... |
Ish, apa ni? Pening aku, mana satu
yang betulnya sekarang? Ok2, kita straight to the point ok? Sebenarnya,
makanan-makanan ini berpotensi untuk menyumbang kepada pelbagai penyakit kalau
kita makan secara berlebihan. Diulang, SECARA BERLEBIHAN! Nampak tak, kunci
kata di sini sebenarnya bersederhana, walaupun dalam memilih makanan. Nak makan
aiskrim, coklat, gula-gula? Boleh je asalkan jangan makan banyak-banyak sangat.
Kalau tak mai la penyakit-penyakit tu.
Nak makan daging kambing? Boleh je, asalkan tak berlebihan. Kan dah ada kajian kata boleh darah tinggi nanti. Bukannya saintis ni nak merendah-rendahkan Rasulullah kesayangan kita, tetapi ada yang tersilap cerna maklumat ni.
Perkara penting di sini ialah BERSEDERHANA. Kalau nak menuduh orang Barat pun kena bersederhana gak lah. Bukannya semua di barat tu Yahudi dan Nasrani yang nak Islam ikut telunjuk mereka; ada jugak Islam di sana, saintis-saintis Barat pun ada yang Islam.
Sebenarnya banyak lagi kes-kes macam ni. Macam kopi,soya dan banyak lagi. Kes-kes macam ni pun sebenarnya banyak di Barat dan salah satunya Islamophobia. Diharapkan dalam kalangan umat Islam tak ada pula yang terkena penyakit Westernophobia. Kalau tak, apa beza kita dengan mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan