Ketika zaman kanak-kanak, aku dan beberapa rakan aku pergi kelas mengaji
Al-Quran di surau menaiki basikal. Sementara menunggu ustaz datang,
kadang-kadang kami ke kedai runcit membeli makanan ringan (biasalah
budak-budak).
Suatu hari, aku pergi ke kedai dengan menunggang basikal sambil seorang
kawan aku tumpang kat belakang (berdiri atas skru tayar). Seorang lagi kawan
aku pun naik basikal juga ada kawan tumpang belakang dia.
Waktu dalam perjalanan pulang, kami ternampak kereta ustaz dari jauh menuju
ke surau melalui jalan yang sama. Maka kami pun pecutlah dengan harapan sampai
dulu daripada ustaz. Nasib baik kami Cuma merentas padang sedangkan ustaz kena
ambil jalan jauh sikit.
Bila dah pecut tu mesti timbul rasa nak berlumba sampai dulu, betul tak?
Jadi pada awal pecutan, saya agak ketinggalan berbanding lagi satu rakan yang
menaiki basikal jugak.
Aku pun kunyah cepat-cepat sambil cuba pecut memotong kawan aku.
Akhirnya aku berjaya sampai dahulu.
“Eh, macam mana hang boleh sampai dulu?”
“Tadi aku makan biskut Tiger, macam dalam TV. Tu yang jadi kuat tu,” jawab
aku bangga.
---------
Ketika aku belajar di peringkat asasi universiti, aku ada mengalami sakit
gigi yang sangat teruk. Jadi aku ke klinik di Pusat Asasi UIA kerana percuma.
Selepas berjumpa dengan doktor, saya akhirnya dibekalkan dengan ubat yang
sepatutnya.
Pada ubat tersebut tertulis;
“It is not the doctor or medicine that heals you, it is The Almighty.”
Aku terkedu. Betul. Baru aku sedar.
Jadi betulkah aku jadi kuat sebab biskut Tiger?
*Kisah ini sedikit sebanyak diolah kerana ingatan yang tak berapa kuat.*
Jm : Hasil pembelajaran tak langsung daripada iklan dan televisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan