Jumaat, 10 Mei 2013

"Abang, IC saya hilang..."

Pada satu hari di hujung minggu, saya bersama ibu saya pergi membeli-belah barang keperluan saya yang saya nak bawak balik ke U saya.  Shopping kat pasaraya biasa je, Giant Hypermarket.

Sampai ke bahagian makanan sejuk beku yang ada ikan, aiskrim, buah, makanan goreng segera dan macam-macam lagi. Memandangkan dah nak balik U, ibu saya cakap, "kalau nak aiskrim apa-apa ambik la. Wall's Selection ke."

Wah! Memang hepi lah. Maka bergegas la ke peti sejuk terletaknya macam-macam jenis aiskrim. Aku pun mula berfikir untuk memilih yang paling berbaloi. Hmm, yang ni beli 3 dapat murah, tapi setiap satu 400ml je. Yang ni 1.5L tapi harga lebih kurang yang beli 3 tu je. Yang ni tak banyak pilihan pulak. Yang ni ayah aku suka ke tak eh?

Memang jadi pengguna bijak la waktu pilih aiskrim tu (kononnya). Tengah duk jadi pengguna bijak tu, tiba-tiba ada orang tegur.

"Abang, boleh tolong saya tak? Saya sanggup masuk Islam kalau abang tolong saya."

Tanpa buat apa-apa ekspresi muka, aku rasa pelik. Untuk pengetahuan, yang datang tegur tu seorang lelaki berkulit gelap, umur dianggar dalam 30-an. Tengok cara dia cakap, hmm, India la kot. Tapi India yang BM dia agak lancar. Dia panggil saya sebagai Abang.

"Tadi saya mintak tolong seorang India ni, dia cakap kat saya 'pergi mampus la'. Abang orang sini ka?"

"Ya. Kenapa dengan awak?" *dalam hati: dia nak tanya jalan ke?*

"Saya dari Bandar Baru Bangi, datang sini untuk interview kerja. Tadi saya naik bas. Pastu dompet saya tercicir. Dalam tu ada IC, duit dalam RM1,500."

Sambil dia serahkan sekeping kertas kat saya, "saya dah buat report polis, dia kata kalau nak mintak tolong orang suruh dia ambil salinan repot dan gambar saya dari atas sampai bawah. Tolongla bang, saya dah tak tahu nak mintak tolong siapa lagi. Saya tak pernah merayu kat sesiapa macam ni."
Dia mula sebak nak nangis.

"Ok2, apa yang saya boleh tolong?" saya mula potong dari bebelan dia.

"Tadi saya pergi ***somewhere, tak dengar sgt sbb dia cakap kalut*** pastu dia kata kena ada IC. Kalau nak buat IC kena dalam RM400."

"Kalau buat IC baru kena dalam RM50 je kan?" saya cuba ingatkan balik memori tukar IC baru dulu.

"Abang, kalau hilang ka rosak ka, tak payah bayar. Tapi kalau kena samun atau kena curi kena RM400."

Aku mula pelik dengan statement dia. Tapi still rasa simpati kat dia. So, aku mula susun kata-kata.

"Ok, saya faham. Saya nak tolong, tapi saya ni student. Saya tak ada duit banyak."

"Abang pergi la ATM keluar duit dalam bank."

"Tapi saya memang tak ada duit, dalam bank pun. Saya ni student lagi. Biasiswa pun tak dapat. Mintak maaf la. Macam ni lah, kalau saya bagi dalam... *fikir kejap dalam dompet ada berapa* RM10 ok tak?"

Waktu aku tengah cakap tu, dia dok pandang sekeliling macam curiga dan buat gaya tangan suruh saya rendahkan suara saya.

Tapi saya terus je cakap macam biasa, sebab memang tu suara biasa saya, dan kalo tak ada salah apa-apa kenapa nak takut? Lagi la orang nak tolong nanti.

"Takpelah bang, kalau tak ada duit." gaya macam dah putus asa, nak blah.

"Eh, saya nak bagi RM10 pun tak nak ke?"

"Ok la, bagi la apa yang abang nak bagi."

Saya keluarkan dompet, waktu nak keluarkan duit, saya tunjuk kat dia yang dompet saya pun ada sikit je duit. Saya hulurkan RM10.

"Terima kasih bang."

Dia terus bergerak laju menuju ke gate keluar yg khas utk laluan kalau tak beli apa-apa.

Tamat cerita.

Apa yang saya boleh katakan, sepanjang hidup saya, dah berapa kali dah jumpa orang macam ni. Kalau berdepan situasi ni, pertama sekali jangan panik. Dengar apa yang orang ni cakap, sambil2 tu fikir macam mana nak selesaikan, kalau boleh buat win-win situation. Dua-dua macam dapat manfaat.

Walaupun dalam hati ada keraguan; orang ni betul ke saja nak tipu aku; tapi kalau boleh selesaikan dengan cara baik. Jangan maki-maki ke. Lagipun kita kat tempat awam. Sasaran orang macam ni memang tempat awam. Kalau jadi apa-apa senang je nak mintak tolong orang sekeliling.

Part nak masuk Islam tu, saya tak nak komen banyak. Saya doakan kalau betul, semoga Allah bagi hidayah kat dia. Dan bila dia sebut pasal Islam tu, saya teringat nak tunjukkan bahawa Islam mengajar untuk berlemah lembut tetapi tegas dalam tutur kata.

Apa-apa pun, tadi check kat website JPN, bayaran yang dikenakan kalau nak buat IC baru.
Kalau hilang kali pertama : RM100 + RM10
Hilang kali kedua : RM200 + RM10
Hilang kali ketiga dan seterusnya : RM300 + RM10
*RM10 utk kad baru; yang selebihnya denda sebagai pengajaran.*
rujukan : http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kadpengenalan/gantiKPhilang

Apa kata anda tentang situasi sebegini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan