Khamis, 31 Mei 2012

Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 Dikuatkuasa Mulai 1 Jun 2012

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 
Anda perlu kisah tentang perkara ini tidak kira sekiranya anda berkaitan dengan bidang perguaman dan pengadilan undang-undang atau tidak, terutama pada yang kerap melayari internet dan mempunyai akaun pengguna pada laman-laman web tertentu.

Apa yang penting sangat tentang Rang Undang-undang ini? Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 yang baru dipinda ini bertujuan menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian (online), dan bakal dikuatkuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.

Namun berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan BERNAMA dan mStar, undang-undang ini dipinda dan dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah jenayah siber yang agak sukar untuk dikesan terutamanya bagi yang merekacipta akaun palsu.
“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. “Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.
Apa perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang ini? Akta ini menyatakan setiap kandungan dalam mana-mana laman web mahupun WiFi, akan dipertanggungjawab pada pemiliknya.

Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  • > Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.


  • > Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.

  • > Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.

  • > Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.

  • > Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

  • > …dan pelbagai perkara yang berkaitan.

Perkara ini memang ada kebaikan dan keburukan. Harapnya akan ada bijak pandai yang mengutarakan penyelesaian yang lebih baik bagi memperbaiki akta ini.


JIMIE : Selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam laman web dan perlu juga memantau aktiviti orang lain yang berkaitan dengan diri kita.


SUMBER :
1. Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012; Radio Informasi; 20 April 2012; http://www.radioinformasi.com/2012/04/20/dewan-rakyat-lulus-rang-undang-undang-keterangan-pindaan-2012/

2. Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Berkuat-Kuasa Mulai Esok - 1 Jun 2012;
amanz.my; 31 Mei 2012; http://amanz.my/2012/05/akta-keterangan-pindaan-2012-berkuat-kuasa-mulai-esok-1-jun-2012/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan