Khamis, 5 Julai 2012

Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15, Pahang

Assalamualaikum wbt.


 Sejak dari semalam, saya telah berada di Kuantan bagi memenuhi tanggungjawab di kejohanan sukan terbesar di Malaysia iaitu Sukan Malaysia atau singkatannya SUKMA kali ke-15 atau dalam nombor roman : XV

Untuk sekadar perkongsian, saya nak kongsikan sedikit info tentang SUKMA Ke-15 ini.
SUKMA 2012 di Pahang ini secara rasminya berlangsung dari 7 Julai 2012 hingga 16 Julai 2012. Pelbagai pertandingan dianjurkan di tiga buah bandar utama : Kuantan, Temerloh dan Pekan. Acara berbasikal dilangsungkan di Temerloh, manakala angkat berat dipertandingkan di Pekan. Selebihnya acara dilangsungkan di sekitar daerah Kuantan.

Sebanyak 27 acara dipertandingkan bagi kejohanan SUKMA kali ini. Sebanyak 1207 pingat untuk direbuti atlet, termasuk 377 pingat emas. Rujuk jadual di bawah (credit to Facebook Sukma Pahang 2012).

Bagi jadual pertandingan pula, boleh rujuk gambar di bawah (klik bagi paparan yang lebih besar) :


Untuk informasi yang banyak lagi, kunjungi laman web rasmi Sukan Malaysia ke-15 di http://sukanmalaysia2012.pahang.my/

Juga boleh lawati Facebook Sukma Pahang 2012 dan Sukma XV Pahang 2012.

Sekian, wassalam.

Jazmi : SUKMA ini juga akan disiarkan melalui media cetak dan elektronik seperti akhbar dan televisyen, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Jangan ketinggalan!

2 ulasan:

  1. jaz, ko jadi komiti ke?? bestnya~~~ komiti apa weyh??

    BalasPadam
  2. Jadi sukarelawan je. Bahagian sepak takraw.
    Tgok r kat tv ke surat khabar ke kot2 ade muke aku nnti. :P

    BalasPadam