Dunia sekarang ini dikatakan dunia yang penuh dengan teknologi. Komputer,
telefon bimbit, televisyen, internet, dan macam-macam lagi; anda pasti tidak
asing dengan benda-benda ini. Kehidupan seharian kita juga telah mula
bergantung pada teknologi-teknologi ini.
Susah ada nak jumpa orang yang basuh pakaian di sungai lagi kerana mesin
basuh sudah pun wujud. Perpustakaan pun sudah tidak menjadi tumpuan sepanjang
waktu sebagai pusat rujukan utama kerana sudah adanya internet. Seiring dengan
perkembangan teknologi, pelbagai pihak juga termasuk kerajaan telah menggunakan
teknologi dalam setiap urusan mereka. Secara mudahnya, teknologi sangat
memudahkan kehidupan.
Pernah tak anda terfikir, andai teknologi ini tiba-tiba lingkup sama
sekali. Macam orang yang buat kerja guna laptop tanpa bateri (bergantung pada
sumber elektrik sahaja), tiba-tiba bekalan elektrik terputus (blackout) dan tak sempat nak save. Oh,
tidak, kena buat balik! Itu cuma kes terpencil melibatkan individu tertentu,
orang tak kisah sangat pun. Bagaimana kalau tiba-tiba semua bahan elektronik
dan teknologi ni tak dapat pakai tiba-tiba?
Oh, anda pernah terfikir? Tahu tak perkara sebegini sebenarnya pernah dijangkakan
berlaku, dan menjadi igauan bagi mereka yang menhadapinya. Pergh, panjangnya
lah mukadimah.
Y2k merupakan bencana yang dijangkakan melanda pada tahun 2000 melibatkan
bahan elektronik dan teknologi. Bencana ini sangat ditakuti bagi golongan yang
hidup sebelum era millenium (2000). Secara ringkasnya Y bermaksud year, k pula bermaksud kilo (x000 atau
ribu), jadi bencana Y2k bermaksud bencana tahun 2000.
PUNCA
Secara umumnya, punca bencana ini sangat simple. Sejak komputer dicipta
pada tahun 1941, pelbagai peningkatan atau improvement
telah dilakukan. Komputer sekarang pun taklah sebesar waktu mula-mula
diciptakan. Jadi, salah satu improvement
yang telah dilakukan ialah dengan menyingkatkan tahun dari 4 digit kepada 2
digit. Contohnya tahun 1957 menjadi 57.
Perubahan ini dilakukan kerana ingin menjimatkan ruang yang digunakan memori
komputer. Waktu dahulu, setiap ruang memori (atau memory space) dalam komputer sangatlah mahal. Pada permulaan, 1 bit
berharga 1 dollar. Sebagai info tambahan, 1 bite (1b) bersamaan dengan 8 bit;
124bite = 1kilobite (1kb). Jadi kalau dokumen yang disave dalam bentuk Microsoft Office bersaiz 16kb, maka harganya
ialah $15,872. Mampukah anda membayarnya?
Jadi kalau boleh, akan cuba dijimatkan sebanyak mungkin. Namun, yang
menjadi persoalan, pada tahun 2000, apakah yang akan berlaku? Kerana 00 ketika
itu dirujuk kepada tahun 1900. Maka sekiranya dikira beza 07/08/99 dengan
07/08/00, ditakuti akan dikira -99 (00 merujuk kepada 1900) berbanding jawapan
1 tahun (00 merujuk kepada 2000). Begitu juga tahun-tahun selepas 2000.
Tahun 2000 juga akan menimbulkan masalah ini : tahun lompat berlaku setiap
4 tahun. Dan setiap 100 tahun bukanlah tahun lompat, melainkan setiap 400
tahun. Tahun 2000 ini boleh dibahagikan dengan 4, 100 dan 400 juga. Jadi 2000
tahun lompat atau tidak?
Maka semua aplikasi teknologi akan lingkup gara-gara kesilapan ini. Dan
kehidupan kita yang sedia bergantung kepada teknologi ini, akan kembali ke
zaman lampau, elektrik tak boleh dipakai, air juga tak dapat disalirkan dan
kapal terbang juga tak dapat digunakan.
Anda mungkin tidak nampak sangat kesannya pada diri sendiri, namun pada
syarikat-syarikat besar, kerajaan dan sektor kewangan, perkara ini sangat
merunsingkan. Sebagai contoh, maklumat perniagaan Y yang disimpan dalam
komputer akan dikemaskini dan dihantar ke syarikat Y yang merupakan ‘bos’nya
setiap tahun lompat. Jadi bagaimana tahun 2000 ini?
Contoh lain, syarikat air akan mengurangkan jumlah pengeluaran air domestik
pada 3 Januari 2000 kerana dijangkakan paras air laut akan naik. Jadi sekiranya
komputer yang mengendalikan syarikat air tersebut tidak dapat berfungsi
gara-gara masalah tarikh itu yang dikira sebagai tahun 1900, maka pengeluaran
air tidak akan dikurangkan, dan paras air domestik akan naik, seterusnya mampu
menyebabkan banjir, empangan pecah dan sebagainya.
KESAN & PERSEDIAAN
Syarikat perkomputeran dan teknologi telah berusaha gigih untuk mengatasi
masalah ini. Banyak perisian (software)
komputer yang compatible (sesuai)
dengan masalah Y2k ini telah dibangunkan. Sektor komputer dan teknologi ini
juga berkembang dengan pantas sekali. Banyak pekerja diambil bekerja; dengan
kerja yang sedikit, tetapi gaji yang besar; bagi memaksimumkan idea dan tenaga
bagi mengatasi masalah ini.
Di pihak kerajaan pula, The International Y2K Cooperation Centre (IY2KCC)
telah ditubuhkan dan bermesyuarat pada Disember 1998 di United Nations atau
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). IY2KCC ini disertai kira-kira 120 buah
negara seluruh dunia dan cuba mencari penyelesaian melalui penyepakatan negara
seluruh dunia.
HARI KEJADIAN
Setiap detik menuju 1 Januari 2000 dilalui penuh debaran. Tidak seperti
tahun-tahun sebelum ini yang dinantikan dan diraikan dengan perayaan tahun
baru. Kebanyakan orang telah melakukan persediaan rapi dengan membeli bekalan
makanan dan air bergelen-gelen, penjana elektrik dan sebagainya.
Beberapa syarikat penerbangan seperti Northwest Airlines tidak mahu
meneruskan perkhidmatan penerbangan sehingga masalah Y2K ini diatasi. Syarikat
HSBC pula telah menghentikan perkhidmatan penggunaan dan pemprosesan kad kredit
dan kad debit. Syarikat tersebut menggunakan paper-based atau secara manual tanpa menggunakan komputer langsung,
sehingga krisis Y2K itu berakhir.
Dan pada ketika jam berdetik ke pukul 12:00:00 AM, 1 Januari 2000; semua
berdebar menantikan bencana yang dikatakan bakal berlaku. Namun, detik-detik
berikutnya, tiada apa perkara dan kes yang besar, sebesar bencana berlaku. Yang
ada pun beberapa kes terpencil seperti komputer persendirian. Mesin di hospital
juga terus berfugsi dengan sedikit gangguan.
Maka ramai yang menarik nafas lega. Bencana yang dijangkakan tidak berlaku.
Masing-masing meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan meraikan tahun baru,
zaman millenium dengan permulaan yang baru.
SELEPAS KEJADIAN
Selepas mengetahui tiada bencana besar yang berlaku, masing-masing
meneruskan kehidupan seperti biasa. Kerajaan dan syarikat-syarikat besar pula
telah mendapati perkhidmatan mereka telah mengalami peningkatan dan
penambahbaikan yang amat baik sekali.
Beberapa kedai juga membenarkan penduduk yang telah membeli bergelen-gelen
air dan sebagainya untuk memulangkan barang-barang tersebut.
AKAN BERSAMBUNG
Memandangkan agak panjang dah, artikel berkenaan Y2K ini akan saya sambung
lagi. Untuk bahagian seterusnya, saya akan ceritakan tentang kes-kes yang
asasnya sama macam bencana Y2K ni, serta bencana Y2K dari sudut Islam.
Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan