Jika anda belum membaca
bahagian pertama kisah Y2K ini, anda boleh membacanya di sini.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Sebelum ini saya telah ceritakan tentang latar belakang bencana Y2k,
persediaan yang telah dilakukan dan apa yang telah berlaku sebenarnya. Kali ini
saya ingin kongsikan pula tentang kejadian-kejadian yang turut ditakuti manusia
seperti bencana Y2K ini.
9 September 1999
Sebelum bencana Y2k yang dijangkakan berlaku pada 1 Januari 2000,
sebenarnya ada juga ketakutan bencana seperti Y2k ini akan berlaku lebih awal
iaitu pada 9 September 1999.
Seperti yang saya ceritakan pada bahagian pertama, komputer dahulu
menggunakan format dua angka untuk menulis tahun (1963 menjadi 63 sahaja). Jadi
pada 9 September 1999 ini, komputer akan membaca tarikh 9/9/99.
Jadi apa masalahnya? Kalau anda biasa dengan komputer zaman sebelum 2000,
anda pasti biasa dengan nombor 9999. Untuk komputer zaman tersebut, sekiranya berlaku kesilapan atau error atau komputer tidak dapat membaca
sesuatu data (nombor dan tarikh terutamanya), maka komputer akan menunjukkan
angka 9999.
Jadi, terdapat kerisauan sekiranya pada 9 September tersebut, komputer akan
keliru dengan angka 9999; sama ada menunjukkan tarikh sebenar atau ditafsirkan sebagai error. Tetapi pastinya yang akan keliru
adalah orang yang menafsirnya, bukannya komputer yang tak berakal itu.
Tarikh ini berlalu begitu sahaja seperti bencana Y2k. Sepatutnya mereka
sudah dapat jangkakan bencana Y2k tidak akan berlaku berdasarkan jangkaan 9
September ini, namun ramai tak berani mengambil risiko.
Tahun 2010
Sesetengah sistem bermasalah sebaik kita menjengah tahun 2010. Sesetengah
media menggelarkannya sebagai masalah Y2k+10 atau Y2.01k.
Masalah ini agak rumit untuk difahami oleh orang biasa, kerana masalah ini
berkaitan dengan pengkodan nombor hexadecimal dan pengkodan nombor binari
(BCD). Kedua-dua jenis pengkodan ini menafsirkan nombor 0 hingga 9 sebagai 0x0
hingga 0x9. Namun bagi nombor 10, BCD tafsirkan nombor itu sebagai 0x10,
manakala bagi pengkodan hexadecimal, nombor 10 ditafsirkan sebagai 0x0A.
Pengkodan nombor hexadecimal menafsirkan 0x10 sebagai nombor 16.
Sebagai contoh, protokol SMS menggunakan format BCD. Jadi sesetengah telefon
bimbit yang menggunakan pengkodan hexadecimal (bukan BCD) telah tersilap
menafsirkan tarikh 2010 sebagai tahun 2016. Windows Mobile merupakan antara
perisian yang mengalami masalah ini.
Namun, masalah ini hanyalah kecil. Tidak mewujudkan kerisauan seperti
bencana Y2k. Tak ramai pun yang menghadapi masalah ini.
Masalah Tahun 2038
Ramai yang tak tahu sebenarnya masalah tahun 2038 ini berkaitan dengan kita
yang menggunakan teknologi baru sekarang ini. Saya pun baru tahu lepas membuat
kajian ilmiah tentang bencana Y2k ini.
Secara dasarnya, timestamp Unix yang asal menyimpan data tarikh dan masa
dalam bentuk 32-bit integer bagi menafsirkan bilangan saat sejak 1 Januari
1970. Namun pada tahun 2038 nanti, timestamp ini akan mengalami masalah kerana
nombor tersebut akan terlebih daripada hadnya iaitu 231 – 1.
Maka bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan sistem telah beralih daripada
sistem 32-bit kepada 64-bit. Seperti kebanyakan komputer sekarang ini, sejak
Windows XP, sistem pemprosesan Windows telah menggunakan 64-bit (aplikasi x64)
berbanding 32-bit (aplikasi x86) pada produk Windows sebelum ini.
Maka, sesetengah program dan aplikasi yang dicipta berdasarkan sistem
32-bit sudah tidak boleh digunakan pada komputer dan sistem yang menggunakan
sistem 32-bit, melainkan syarikat pembangun aplikasi tersebut telah menyediakan
update dan penukaran kepada sistem
tersebut, seperti Microsoft Office.
Mungkin penyelesaian ini dilihat untuk jangka masa pendek sahaja, iaitu
hanya boleh digunakan untuk 60 tahun yang akan datang sahaja.
Tak tahulah kenapa tidak di buat sehingga 96-bit ke kan. Mungkin agak susah
dan kompleks sangat. Mungkin orang-orang ini tidak menjangkakan komputer akan
digunakan sehingga 60 tahun lagi. Atau mereka menjangkakan bumi akan hancur
dalam tempoh 60 tahun ini. Entahlah, tak tahu jawapan sebenarnya.
BERSAMBUNG LAGI
Sebenarnya saya mahu rangkumkan sekali bahagian seterusnya ke dalam
bahagian kedua ini, namun artikel bahagian kedua ini agak kompleks dan saya
jangkakan agak bosan memandangkan banyak berkaitan pengkomputeran yang kompleks
diceritakan. Jadi saya berhenti dahululah di sini.
Untuk bahagian seterusnya (mungkin bahagian terakhir), saya akan ceritakan
tentang bencana Y2k dalam Islam.
Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan