Pada suatu malam yang ada bulan...
Adik : Kak, tolong ajar Pendidikan Seni ni. Ada exam pulak nanti.
Kakak : Oh, kesiannya kat adik. Nasib baik akak dulu pun belajar Pendidikan Seni. Ok, hari ni kita belajar yang asas-asas dulu ye dik. Erm, tajuk pasal Warna masuk exam tak?
Adik : Masuk, masuk! Cikgu kata tajuk ni paling senang dapat markah, tapi adik tak tahu apa-apa lagi.
Kakak : Ok, kita mulakan dengan warna primer. Warna primer ni maksudnya warna asas. Ada 3 warna primer iaitu merah, biru dan kuning. Faham?
Adik : Oh senang je. Warna sekunder pulak?
Kakak : Warna sekunder tu maksudnya gabungan warna-warna primer. Contohnya, Merah campur dengan biru jadi warna purple. Ce adik tengok gambar rajah ni :
Adik : Oh, macam tu. Patutla ink printer kaler ada warna primer je. Tapi boleh print warna lain jugak. Cuma kan akak, kalau print hitam putih tu, macam mana dapat warna hitam tu? Kena campur warna apa dengan warna apa?
Kakak : Oh, adik nak tahu ke macam mana dapatnya warna hitam?
Adik : Nak, nak! Kot-kot nanti masuk exam.
Kakak berjalan ke suis lampu dan padamkan lampu.
Adik : Akak! Kenapa padam lampu! Gelap la! Takut!
Kakak : Adik, cuba tengok gambar rajah tadi. Nampak warna apa?
Adik : Mana nampak apa-apa. Hitam ja. Kan gelap, akak tutup lampu! Cepat la bukak balik!
Kakak : (Sambil menekan semula suis untuk nyalakan lampu) Ha, sekarang adik nampak tak macam mana dapatnya warna hitam?
Adik : Haa?
Kakak : (Sambil gelak terkekeh) warna biru, kuning, merah dan lain-lain tu kan jadi hitam bila akak padam lampu tadi. Kan senang! Kikiki~
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Saya berasa amat untung kerana sekolah saya mengajar saya Pendidikan Seni dengan baik. Kalau waktu kelas Pendidikan Seni (PS), kami bukan disuruh lukis apa-apa sahaja atau kadang tu cancel je kelas PS, tetapi sebaliknya kami diajar asas-asas seni.
Garisan itu bermaksud gabungan tititk. Dari garisan pula akan menghasilkan bentuk dan geometri. Dari bentuk-bentuk inilah baru wujudnya gambar atau rajah yang sempurna.
Ketika exam PS, kami bukan disuruh melukis sahaja, ditanya juga asas-asas ini. Siap kena buat nota lagi. Alhamdulillah, sangat seronok apabila tahu benda-benda macam ni. Meningkatkan lagi kekreatifan seseorang. Juga mampu melihat seni dari perspektif yang berbeza.
Saya juga belajar tentang warna. Ada warna primer, sekunder dan tertier. Dialog di atas itu bukan sekadar lawak jenaka yang sengal. Memang itulah kebenarannya. Putih dikira sebagai warna, tetapi tidak bagi hitam. Warna hitam didefinisikan sebagai sesuatu yang wujud akibat ketiadaan cahaya. Itulah yang dikatakan menurut seni.
Cuba kita masukkan seni dalam kehidupan kita pula. Setiap seorang pasti ada warna kegemaran masing-masing. Warna dalam kehidupan juga boleh merujuk kepada personaliti seseorang. Ada yang merah (panas baran atau bersemangat), ada yang hijau (cintakan tumbuhan) dan ada juga warna pelangi (eh, kekeliruan personaliti? =P)
Jadi setiap manusia itu pasti ada sifatnya yang tersendiri. Hidup pasti lebih bermakna andai perbezaan 'warna' ini dapat kita terima sesama kita. Malah, apabila digabungkan, dapatlah warna kehidupan yang berbeza. Merah (semangat) campur dengan kuning (ceria) dapatlah warna jingga (api!) Woha!
Tetapi apabila tiadanya cahaya keimanan, seperti warna-warna kehidupan tadi bertukar menjadi hitam. Maka warna-warna kehidupan tadi tenggelam dalam kegelapan. Campurlah warna apa sekalipun, tetap nampak warna hitam tanpa cahaya.
Maka marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha membantu yang masih belum diberikan cahaya agar diberikan cahaya petunjuk Allah SWT, agar warna-warna kehidupan mereka tidak sia-sia. Insya-Allah. :)
JIMIE : Maaf, artikel ini bukan berkaitan dengan warna 'KUNING'. =P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan