Rabu, 27 Jun 2012

IIUM Kuantan

Anda mungkin juga meminati :
- IIUM Kuantan : Taaruf Week
- Sekitar Kuantan  
- Mahallah At-Tabari

Assalamualaikum wbt.


Buat kali kedua, entri tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditulis selepas pos Asasi UIAM. Kali ini saya bawakan pula tentang UIAM Kampus Kuantan, ringkasnya UIAMK atau UIA Kuantan.

Insya-Allah saya cuba update post ini dari semasa ke semasa dengan penambahan gambar, atau apa-apa tentang IIUM Kuantan yang terlintas di fikiran. 

***Blogpost akan datang (insya-Allah) :  Bachelor in Biotechnology (BSBT), Food
Artikel yang telah siap : Taaruf Week, Sekitar Kuantan

LOKASI
UIAM Kampus Kuantan terletak di Bandar Indera Mahkota, kira-kira 7km dari Bandar Kuantan. Berhampiran juga dengan Jalan Pintasan Kuantan.

Bagi yang mahu kunjungi Kuantan dari Zon Tengah (Negeri Sembilan, Selangor, KL & Perak Selatan), boleh menggunakan Lebuhraya Karak yang menghubungkan Gombak-Karak dan seterusnya terus bersambung dengan Lebuhraya Pantai Timur yang menghubungkan Karak-Jabor. Untuk memasuki Bandar Kuantan, boleh lalui simpang keluar lebuhraya sama ada persimpangan Gambang atau Kuantan.

Jika anda dari Zon Utara (Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah & Perlis) pula, anda juga boleh menggunakan Lebuhraya Karak, tetapi rasanya lebih dekat sekiranya menggunakan Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik (Perak)-Jeli (Kelantan). Seterusnya ikut Machang, kemudian ikut Jertih atau Setiu, kemudian masuk ke Kuala Terengganu, kemudian boleh ikut Besut atau Dungun-Kemaman (jalan pantai) dan akhirnya sampai Kuantan. Begitu juga yang dari Kelantan dan Terengganu, boleh ikut Besut atau Kemaman.

Bagi yang dari Perak Tengah dan Zon Utara juga boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan lalui persimpangan keluar Serendah, Batang Kali & Genting Highland, dan kemudiannya menuju ke Lebuhraya Karak.

Sekiranya dari Selatan Tanah Air (Johor, Melaka & Selatan Pahang) boleh menggunakan Jalan Pesisir (JB-Kuantan). Dari Melaka dan Barat Laut Johor boleh masuk melalui persimpangan Tangkak berhampiran Jasin yang menghubungkan ke Segamat, kemudian Muadzam Shah dan seterusnya ke Kuantan. Tapi jalan ni selalunya banyak lori dan bas yang lalu. Orang Nogori dan Melaka juga boleh ikut Serting, kemudian ke Temerloh atau Maran dan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur.

Bagi orang Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) seperti biasa sebolehnya menaiki kapal terbang. Ada Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di pinggir bandar Kuantan. Kalau penerbangan terus ke Kuantan saya tak pasti ada, tetapi dari Kuala Lumpur memang ada.

Kalau pening lagi boleh tanya saudara-mara dan rakan-rakan yang pernah ke Pantai Timur. Tak pun guna GPS. Kalau tak sekaya mana nak ada GPS, boleh buka Google Maps atau Google Search. Banyak info di forum-forum dan sesetengah laman web.

Satu laman web yang saya cadangkan : http://pelancongan-terengganu.blogspot.com/2010/10/panduan-perjalanan-ke_16.html ; tetapi laman web ni sampaikan maklumat kalau nak ke Kuala Terengganu, tapi Kuantan dengan Kuala Terengganu ni berjiran.

INFRASTRUKTUR
Setiap kulliyyah atau fakulti ada bangunan masing-masing kecuali Kulliyyah Kejururawatan atau Kulliyyah of Nursing (KON) yang bergabung dengan Kulliyyah of Medicine. Semua ada lima bangunan kulliyyah iaitu Kulliyyah of Medicine (KOM), Kulliyyah of Dentistry (KOD), Kulliyyah of Pharmacy (KOP), Kulliyyah of Allied Health Sciences (KAHS) dan Kulliyyah of Science (KOS).

Kulliyyah of Medicine

Kulliyyah of Dentistry
(credit to Flickr Hive Mind)
Kulliyyah of Pharmacy
(credit to IIUMRx6th)
Kulliyyah of Science
(credit to nuryfah02)
Kulliyyah of Allied Health Sciences
(credit to najwahamali)

KOM merupakan titik tengah kampus kerana dahulu di sini letaknya semua pejabat pentadbiran selain masjid lama (kini surau KOM), kafe, kiosk, koperasi UIAM, mesin ATM, pejabat pos, dewan peperiksaan dan banyak lagi. Kini pejabat pentadbiran telah berpindah tetapi kemudahan-kemudahan yang ditulis sebelum ini masih lagi wujud di situ.

Selain itu juga, ada bangunan-bangunan pentadbiran iaitu Office of Campus Director (OCD), One Stop Student Centre (OSC) dan pejabat Security Management. Bangunan Fasiliti pelajar juga ada iaitu Centre Facilities Brother (CF Bro) dan Centre Facilities Sister (CF Sis). Juga ada sebuah bangunan 3 tingkat iaitu IIUM Kuantan Library.

Office of Campus Director (OCD) dari pandangan belakang
Pandangan Luar IIUM Kuantan Library
(credit to nuha)
Suasana di dalam IIUM Kuantan Library

Di dalam Perpustakaan UIA Kuantan

UIAM Kuantan juga mempunyai Kompleks Sukan atau Sport Complex. Pelbagai kemudahan disediakan di sana termasuklah kolam renang, dewan gelanggang utama (untuk futsal dan bola keranjang selalunya), bilik permainan dalam dewan (indoor games) untuk chess dan karom, surau, bilik persalinan, gelanggang tenis, gelanggang luar bola keranjang, dan yang paling utama tentunya stadium bola sepak yang turut mempunyai trek larian bersaiz standard. Kawasan bersukan juga wujud di hadapan KOM, selalunya digunakan pelajar perempuan.

Kolam renang di Sport Complex
Pintu masuk ke kolam renang
Gelanggang skuasy
Gelanggang Dalam Dewan Utama
Stadium IIUM Kuantan
Gelanggang tenis
 Sebuah masjid di dalam kampus juga baru sahaja disiapkan dan dirasmikan oleh Sultan Pahang. Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Sultan Ahmad Shah dibuka setiap kali solat lima waktu dan dibuka kepada umum untuk solat Jumaat.

Masjid Sultan Ahmad Shah a.k.a Masjid IIUM Kuantan
(credit to Flickr Hive Mind)
Suasana di dalam masjid IIUM Kuantan
Terdapat dua buah mahallah yang terletak di dalam kawasan kampus iaitu Mahallah Maimunah dan Mahallah Talhah. Setiap mahallah mempunyai beberapa blok. Sehingga sesi 2011/2012, kedua-dua mahallah ini diduduki oleh pelajar perempuan sahaja.

Mahallah Maimunah
UIA Kuantan juga mempunyai beberapa infrastruktur di luar kawasan kampus. Salah satunya ialah Kampus Jalan Hospital iaitu tempat khas untuk kegunaan pelajar perubatan dan kejururawatan, serta wujud perpustakaan di kampus tersebut.

Jalan Hospital Campus, IIUM Kuantan
 Selain itu, Mahallah Tabari di Indera Mahkota 7 (IM7) berhadapan dengan Kompleks Dagangan Mahkota (KDM). Mahallah ini mempunyai 4 buah blok, 2 buah blok diduduki pelajar lelaki (Tab 1 & Tab 2) dan lagi 2 buah blok diduduki pelajar perempuan (Tab 3 & Tab 4). Setiap blok setinggi 3 tingkat (termasuk tingkat bawah). Tab 1 adalah tempat tumpuan kerana wujudnya kafe, kiosk, surau dan pejabat mahallah (Mahallah Office/MO) di tingkat bawah blok.

Mahallah At-Tabari, IM7
 Terdapat sebuah lagi mahallah di Indera Mahkota 2 (IM2) yang (baru-baru ini diletakkan sekali di bawah mahallah Tabari, sebelum ini diletakkan di bawah nama Talhah) dinamakan sebagai T6 & T7. Setiap blok setinggi 2 tingkat sahaja. Dua blok ini diduduki sepenuhnya oleh pelajar lelaki.

PEMBANGUNAN
Bandar Indera Mahkota dan kawasan Indera Mahkota (IM) yang lain juga kebanyakannya sedang dalam proses pembangunan yang pesat. Jadi masih banyak kemudahan yang tidak lengkap atau tak wujud.

Di dalam kampus UIAM Kuantan, bangunan utama mahallah sedang dalam proses pembinaan. Terletak berhadapan dengan KOS, bangunan ini mampu menempatkan kesemua pelajar UIAM Kuantan setelah siap kelak dan penuh dengan pelbagai kemudahan.

Selain itu, di pintu masuk lama bersebelahan dengan masjid dan mahallah Maimunah, juga sedang pesat dibangunkan hospital UIAM yang bakal berfungsi sama seperti hospital universiti yang lain, contohnya HUKM dan Hospital Universiti (UM). Dijangkakan pelajar kemasukan 2012/2013 akan menjadi penggerak pertama hospital berkenaan.

PENGANGKUTAN
Kampus UIA Kuantan memang besar. Anda akan kepenatan yang sepenat-penatnya sekiranya hanya berjalan kaki mengelilingi kampus. Oleh itu, pihak UIA Kuantan ada sediakan bas henti-henti yang beroperasi sekitar kampus setiap hari kecuali cuti hujung minggu dan cuti am. Bas ini akan melalui beberapa kulliyyah. Selain itu, ada juga bas dari mahallah luar seperti mahallah Tabari dan T7/T8.

Namun, kebanyakan pelajar lebih memilih untuk memiliki kenderaan sendiri seperti motor dan kereta kerana lebih memudahkan perjalanan ke mana-mana sahaja, ke kelas mahupun ke bandar. Ada juga yang memiliki basikal yang boleh digunakan juga ketika riadah.

Namun sekiranya mahu masuk ke kawasan UIA Kuantan, sticker kenderaan perlu dimiliki dan ditampal pada kenderaan. Bagi Mahallah Talhah, Maimunah dan Tabari, sticker yang dikeluarkan ketika ini sangat terhad (kereta terutamanya) kerana kekurangan kawasan tempat letak kenderaan. Pelajar senior (3rd year ke atas) diberikan keutamaan. Tetapi mahallah di IM2 mudah sahaja untuk dapatkan kelulusan.

Bagi yang nak menaiki bas antarabandar atau bas henti-henti ke bandar, agak susah untuk menaikinya di hadapan UIA Kuantan kerana tak banyak bas yang lalu. Kadang-kadang ada pelajar yang berjalan lebih 1 kilometer untuk ke jalan besar utama ke bandar dan menunggu bas di situ. Jadi memiliki kenderaan sendiri amat digalakkan (oleh saya).

INTERNATIONALIZATION
Satu perkataan yang agak serasi dengan UIAM iaitu internationalization atau pengantarabangsaan. UIA Kuantan juga dihuni pelajar dan staf dari seluruh dunia selain warganegara Malaysia. Banyak juga pensyarah yang bukan rakyat Malaysia. Jadi bahasa utama tentunya Bahasa Inggeris. Ada juga pensyarah dan staf bukan beragama Islam.

Ketika khutbah Jumaat, dibacakan dalam 3 bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk khutbah utama selain bahasa Arab untuk bacaan lazim. Perkara yang sama dipraktikkan di masjid UIAM Gombak. Selalunya, khatib yang bertugas merupakan pensyarah atau staf UIA Kuantan sendiri dari pelbagai kulliyyah. Ini menunjukkan kekuatan UIA itu sendiri yang mampu menyediakan insan untuk duniawi dan ukhrawi.

Walaupun tidak semeriah UIA Gombak (lebih internationalize), tetapi bagi pelajar yang baru nak memasuki UIA Kuantan, diharapkan bersedia untuk menghadapi pelajar, pensyarah dan staf yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.


LAGU RASMI IIUM
Atas cadangan rakan saya, AhTaw, saya sertakan sekali lagu rasmi IIUM. Bolehlah cuba-cuba nak berlatih menyanyi, nanti waktu Taaruf Week kena dera menyanyi lagu ni. :P
Info tambahan, lagu ni sama saja sama ada IIUM Gombak atau Kuantan. Jadi jangan nak tanya lagu UIA Gombak macam mana.



Untuk lirik lagu yang bertajuk Leading The Way ini, boleh berkunjung ke sini :
http://www.iium.edu.my/medicine/resource-centre/downloads/iium-song

Boleh download lagu ni (dalam format mp3) di sini :
http://staff.iium.edu.my/abdmubin/iiumedic/01-iiumsong.mp3

KESIMPULAN
Anda sebenarnya tidak akan tahu setahu-tahunya tentang IIUM Kuantan sebelum menjejakkan kaki ke sini. Apa yang dapat saya berikan hanyalah gambaran secara umum. Saya pun dulu nampak dunia Kuantan ni bila dah menjejakkan kaki kat sini.

Akhir kata, welcome to garden of knowledge and virtue! :)

PAUTAN PENTING
1. IIUM Kuantan Website : http://www.iium.edu.my/ocd
2. IIUM Student Portal : http://my.iium.edu.my/

12 ulasan:

  1. terima kasih atas penjelasan awal tentang uia kuantan, abg senior!!! =)

    BalasPadam
  2. bgus2 jazmi.. tp bile bdak2 ni msk nnt,kao akn tgk d'org akn update kt status..

    UIA kuantan, indah khabar dari rupa.

    BalasPadam
  3. camne nk main badminton.dewan tu boleh main sukat ati ke camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo dah ada jaring semua & xde org main, bleh je pegi main terus kalo pintu tak kunci.
      Tapi kalau ade event, x boleh kacau la.

      Padam
  4. Tab tu apa ye?

    Btw, biasanya student baru(perempuan) kos bioSc dapat mahallah mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tab merujuk kepada blok di Mahallah Tabari.
      Contohnya blok 1 di mahallah Tabari dinamakan Tab 1.

      Penempatan student baru di asrama UIA selalunya berbeza pada setiap kemasukan. Jadi saya tak boleh la nak kata pelajar baru perempuan selalu dapat mahallah mana.

      Padam
  5. Salam..utk student perubatan yg xdapat hostel, kt mne diorg perlu menyewa?? indera mahkota atau berhampiran dgn hospital?? terima kasih..=)

    BalasPadam
  6. salam..sister first year bole duk luar x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh, tapi waktu mula2 daftar, kena masuk asrama dulu kejap.

      Padam
  7. salam , kalau student matrik or asasi boleh ke masuk fakulti perubatan uia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.
      Kalau tak salah saya, peluang utk student matrik/asasi (selain dpd UIA) utk masuk fakulti perubatan agak susah.
      Tetapi kalau student asasi UIA, dah ada tempat disediakan. :)

      Padam
  8. boleh tau tak dalam kolam brape meter?

    BalasPadam