Selasa, 26 Februari 2013

Tika Ketiga


 
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, blog Jazmi : Tekadku Yang Kukuh telah pun mencapai usia tiga tahun mengikut tahun Masihi. Memandangkan saya menetapkan bahawa blog ini akan disambut setiap setahun setengah, maka sempena sambutan kali kedua, saya membuat sebuah post khas untuk berkongsi artikel-artikel menarik yang telah diterbitkan di dalam blog ini.

Di samping itu, blog ini juga akan mengalami pembaharuan dari segi reka bentuk. Lagipun, template blog saya ni ada juga digunakan sebuah lagi blog yang popular (dan sesetengah orang menganggap saya meniru blog tersebut). Maka disebabkan rasa kurang senang yang terbit, maka blog ini akan berwajah baru.

Namun untuk post istimewa ini, seperti artikel Tribute 365+203, saya bawakan kepada anda senarai artikel atau post yang terbaik pernah diterbitkan di blog ini. Dimaklumkan bahawa artikel-artikel ini tidak termasuk artikel yang telah diterbitkan pada setahun setengah pertama (yakni hanya artikel-artikel selepas artikel Tribute 365+203.

Dalam tempoh tersebut, 30 artikel/blogpost telah berjaya dihasilkan.

Kategori Popular

1.       Campak dan Cacar Air (31 Mei 2012)
Satu artikel saya tulis selepas saya sembuh daripada cacar air. Saya kongsikan maksud, perbezaan, tips, pantang larang dan banyak lagi tentang campak dan cacar air.

2.       Amir, Kahwin dan ... (28 Januari 2012)

3.       IIUM Kuantan (27 Jun 2012)
IIUM Kuantan berdasarkan pandangan saya yang telah berada di sini kira-kira 5 bulan.

4.       Sekitar Kuantan (1 Ogos 2012)
Beberapa tempat menarik di Kuantan diceritakan dalam post ini.

5.       DAJJAL : Bersediakah Anda? (12Oktober 2011)
Antara perkara yang sangat penting untuk diambil tahu memandangkan kita sudah berada di hujung zaman.

6.       SUKMA 2012 : Sesuatu Yang Menarik (9Julai 2012)
Satu perkongsian pengalaman saya ketika bertugas sebagai sukarelawan SUKMA ke-16. Apa yang menarik? Bacalah artikel ini.

7.       IIUM Kuantan : Taaruf Week (6Julai 2012)

8.       Adakah 729 barkod Israel? (15November 2011)
Pasti anda pernah terbaca amaran supaya tidak membeli barang yang ada kod Israel (729). Adakah benar kenyataan tersebut atau ada maksud tersirat?

9.       Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-15, Pahang (5 Julai 2012)

10.   Mahallah At-Tabari (3 Ogos 2012)

Disyorkan
1.       Senjata Mukmin Tak Berkesan? (5 November 2011)

2.       Seberat Gelas Kosong (9 Februari 2013)
Seorang bijaksana berkongsi ilmu dengan anak muridnya melalui cara yang unik; menggunakan gelas! Apakah kisahnya?

3.       SUKMA 2012 : Sesuatu Yang Menarik (9 Julai 2012)

4.       DAJJAL : Bersediakah Anda? (12Oktober 2011)

5.       Sebab Aku Jadi Kuat (30 Januari 2013)

6.       Bencana Y2K
-Bahagian 1 (6 September 2012)
-Bahagian 2 (16 September 2012)
Suatu penyelidikan ilmiah tentang suatu bencana yang pernah menggerunkan dunia suatu ketika dahulu. Dikatakan berkaitan dengan teknologi. Ketahui lebih lanjut dengan membaca dua artikel ini.

7.       Rasulullah Menjerit Di Pasar? (30 Oktober 2011)
Peniaga yang menjerit-jerit di pasar dikatakan mengikut teladan Rasulullah yang juga seorang peniaga dahulu. Benarkah?

8.       Adakah 729 barkod Israel? (15 November 2011)

9.       Benarkah Saintis Barat Merendahkan Makanan Rasulullah? (5 Januari 2013)
Kambing makanan kegemaran Rasulullah, tetapi saintis Barat mendakwa makanan tersebut boleh menyebabkan darah tinggi. Betulkah penyataan ini? Siapa yang betul, siapa yang biul?



Isnin, 18 Februari 2013

Pengejar Lelayang



“The Afghanistan of our youth is long dead.
Kindness is gone from the land, and you cannot escape the killings.
Always the killings.
I dream that flowers will bloom in the street of Kabul again,
and music will play in the samovar houses,
and kites will fly in the skies.”

Itulah sedikit petikan daripada filem ‘The Kite Runner’ yang baru saya tonton baru-baru ini. Mungkin agak terlewat kerana filem tersebut dikeluarkan pada 2007, tetapi saya rasa ramai lagi (terutama rakyat Malaysia) yang tidak menontonnya lagi.

Sinopsis

The Kite Runner merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel (yang laris di pasaran) ditulis oleh Khaled Hosseini. Ia mengisahkan tentang persahabatan seorang anak pembesar daerah di Afghanistan (Kabul) bernama Amir dengan seorang anak pembantu rumahnya bernama Hassan. Mereka memang rapat sehinga kebanyakan perkara dilakukan bersama.

Permainan layang-layang sangat popular di Afghanistan suatu ketika dahulu, sehingga ada pertandingan peringkat kebangsaan dalam kalangan kanak-kanak.

Dua layang-layang akan bertarung sehingga berjaya memutuskan tali lawannya. Layang-layang yang kalah dan putus akan jatuh dan akan dikejar oleh kanak-kanak yang merebutkannya. Yang berjaya mendapatkannya dikira bertuah. (Inilah asalnya tajuk The Kite Runner).

Amir dan Hassan bergandingan untuk kejohanan layang-layang yang pertama kali mereka sertai. Gandingan mereka berjaya memenangi kejohanan tersebut. Namun ada konflik menyebabkan mereka tidak bertegur sapa sehingga hari terakhir mereka berjumpa dan berpisah.

Kemudian, Afghanistan mengalami peperangan hingga hilang tamadun yang dahulu aman damai. Beberapa tahun kemudian, Amir kembali ke Afghanistan dengan melihat perubahan yang ketara ke atas negaranya kerana peperangan. Kepulangan Amir menemukan dirinya dengan beberapa rahsia yang selama ini tidak diketahuinya.


Komen


Filem ‘The Kite Runner’ merupakan satu filem yang bagus untuk ditonton, sarat dengan pengajaran (dan tak boring macam sesetengah cerita berkonsep pengajaran). Tema utamanya ialah persahabatan, namun ada pengajaran sampingan yang juga bernilai.

Seperti petikan yang saya selitkan di atas, filem ini juga memperlihatkan perubahan yang berlaku pada sebuah masyarakat dan tamadun manusia yang dahulu aman damai, dibunuh oleh peperangan dan gerakan revolusi yang ganas. Sejarah tinggal sejarah, memori dikambus dengan darah.

Menonton filem ini mengingatkan saya keadaan di sesetengah negara (termasuk negara sendiri). Bagaimana ada wujud golongan yang agak berlebihan dalam merebut kuasa di negara sendiri. Kekaburan perjuangan golongan ini berkemungkinan boleh membawa bencana seperti yang ditunjukkan dalam filem ini.

Kemungkinan ada yang kabur dengan kata-kata saya ini, jadi saya sarankan anda menonton filem ini dahulu.
Maka saya berdoa (dan anda juga perlu) agar tanah tumpah ini tidak ditimpa bencana sebegitu.

Lagi Petikan Filem

“I feel like a tourist in my own country.”
“You've always been a tourist here. You just didn't know it.”

-------------------------------------------------

“You know what they're doing?”
*the car passing two men with just a leg each*
“He's selling his leg?”
“He can get good money for that. Feed your kids for a couple of weeks.”
*the car passing a dead man who commit suicide*

Jm : Nak dapatkan pula versi novel ‘The Kite Runner’.

Sabtu, 9 Februari 2013

Seberat Gelas Kosong

Al kisah ini bermula apabila tiga orang pencari ilmu bertemu dengan tok guru, Sang Bijaksana. Mereka tentunya teruja untuk mempelajari ilmu yang baru daripada Sang Bijaksana.

Hari ini, Sang Bijaksana muncul dengan sebiji gelas yang kosong. Maka Sang Bijaksana mengangkat gelas tersebut dan bertanya pada anak muridnya :
"pada pendapat kamu, berapakah berat sebenar gelas ini?"

Oh, tok guru bagi teka-teki! Tentu ada muslihat. Adakah tok guru menyembunyikan sebiji batu di dalam gelas itu? Atau tok guru memegang gelas plastik tiruan? Atau gelas itu bukanlah gelas sebenarnya?

"Saya nak teka! Seberat sebuah bata," jawab anak murid pertama.
"Ah, tak mungkin. Tok guru tentu ada sorokkan sesuatu. Ianya seberat segantang beras," jawab pula anak murid kedua.
"Tidak, tidak, tidak. Ianya cuma seringan baju sejukku," anak murid ketiga memberi jawapan.

Tok guru tersenyum dan berkata,
"Sejujurnya, saya tidak tahu pun berat gelas ini. Tetapi pada awalnya saya mengangkat gelas ini, kamu rasa saya rasa sakit tak?"

"Tak," jawab semua anak muridnya serentak.

"Bagaimana pula saya terus-menerus memegang gelas ini selama 30 minit?"

"Rasa lenguh la nanti."

"Sakit tangan tu dok pegang gelas tu je."

"Tok guru tertidur kot nanti. Hehe."

Tok guru tersenyum dan terus bertanya,

"Bagaimana pula sekiranya saya memegang gelas ini sepanjang hari tanpa meletakkannya langsung?"

"Ish, tok guru jangan cari pasal. Nanti tok guru jatuh sakit nanti."

"Susah nanti kami nak angkut tok guru pergi jumpa tabib."

Tok guru tersenym lagi lantas bertanya lagi,
"apa yang menyebabkan tok guru sakit?"

Anak muridnya terdiam.

"Adakah ada orang yang menambah berat gelas ini?"

"Tak."

"Adakah ada orang menuang air ke dalam gelas ini?"

"Tak."

"Atau udara di dalam gelas ini menjadi berat selepas sehari?"

"Tak."

"Habis tu, kenapa boleh sakit pula kalau berat gelas ini tak berubah?"

"Sebab tok pegang gelas tu lama-lama."

Tok guru tersenyum lantas berbicara,
"wahai anak muridku, gelas ini umpama masalah yang kita hadapi. Makin lama kita pegang, makin sakit diri kita. Walhal berat masalah itu tak bertambah langsung.
Oleh itu, sebolehnya janganlah menanggguh dan menyimpan sesuatu masalah lama-lama. Nanti makin sakit diri kita.
Cubalah cari penyelesaian terbaik dengan secepatnya, atau ia akan menjadi barah dalam diri kita."

Alhamdulillah, tiga orang pencari ilmu mempelajari sesuatu yang bermakna hari ini.

Jm : Yang bermasalah bukan gelas tu, tetapi orang yang memegangnya.

***Kisah dipetik dan diubahsuai daripada Facebook Useful Info.***